Category:

Parenting Tips

raikan potensi anak

4 Perkara Penting Raikan Potensi Anak

Untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang haruslah disertakan dengan ilmu agar potensi anak dapat diraikan dalam pelbagai aspek. Setiap daripada ibu bapa pasti menginginkan potensi diri anak kita terserlah. Sebelum mereka dilahirkan ke dunia ini sudah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap kelebihan yang tersendiri. Sebagai ibu bapa, kitalah orang yang perlu membantu mereka mengasah potensi tersebut. Anak-anak mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ibu bapa berperanan dalam membantu mengembangkan potensi anak. Sebelum kita melihat ruang dan peluang yang boleh kita

Continue reading ➝
budaya mengkritik fizikal kanak-kanak

Budaya Buruk Mengkritik Fizikal Kanak-Kanak, Bagaimana Kita Boleh Bantu?

Saya tergerak memberikan sedikit pandangan mengenai budaya buruk mengkritik fizikal kanak-kanak, atau “body shaming”. Saya amat bersetuju supaya kita semua sebagai ahli masyarakat menjadi orang yang cakna dalam berbahasa dan memberi respon mengenai isu ini. Namun dalam konteks kali ini, kita berfokus kepada kanak-kanak. Anak kecil ini memerlukan perhatian yang tinggi daripada kedua ibu bapa mereka, kerana kalau bukan daripada ibu bapa, siapa lagi bukan? Namun ibu bapa sering alpa tentang keadaan anak di sekolah mahupun di tadika. Justeru, sama-sama

Continue reading ➝
Tips Bantu Anak Tidak Bergantung Pada Gadget

Tips Bantu Anak Tidak Bergantung Pada Gajet 📱

Kita perlu akui bahawa gajet merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kita terlalu bergantung dengan gajet. Baik dari segi perhubungan komunikasi antara keluarga atau urusan kerja, mahupun ke arah mendapatkan isu-isu terkini, segalanya berada di hujung jari. Namun penggunaan gajet yang terlalu lama kepada anak bukan sahaja menjurus kepada ketagihan, malah boleh menghalang kemahiran sosial anak. Hal ini kerana kajian mendapati penggunaan gajet seperti handphone, tablet, televisyen dan komputer, serta konsol permainan video boleh mengganggu fokus

Continue reading ➝

Melukis Pra Menulis ✍🏻

Pernahkah anda terfikir melukis adalah sebahagian daripada langkah awal kepada menulis? Ya, melukis pra menulis! Seawal usia 1 tahun anak telah berupaya memegang pensil dan menghasilkan garisan-garisan atau dalam bahasa orang yang berusia, contengan. Dinding-dinding menjadi kanvas lukisan bergaris sekiranya ibu bapa tidak sempat menyuakan kertas. Malah semua anak sewajarnya diberi akses mudah kepada kertas sebanyaknya. Namun, pernahkah terlintas difikiran mengapa ianya berbentuk garis-garis, contengan ataupun lukisan? Baik, anak-anak ini melihat dunia ini dari dimensi dirinya. Apa pun yang dilihatnya

Continue reading ➝
Bagaimana Keadaan Kita dan Anak-Anak Kita Hari Ini?

Bagaimana Keadaan Kita dan Anak-Anak Kita Hari Ini?

Sebagai manusia yang penuh dengan jiwa dan perasaan kadangkala tidak lari dari emosi yang tidak menentu. Mungkin berpunca dari kerenah anak sendiri, mungkin dari tempat kerja, mungkin juga dari hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Namun dalam konteks ini kita berfokus layanan ibu bapa terhadap anak. Persoalannya, bagaimana keadaan kita dan anak-anak kita hari ini? Walau setinggi manapun amarah kita terhadap anak atas sebab-sebab tertentu, lepaskanlah mereka dulu ke sekolah pagi ini dengan doa harapan dan kasih sayang seorang ibu bapa

Continue reading ➝
tips bonding dengan anak

9 Tips Bonding Dengan Anak

Mendidik anak merupakan proses kehidupan yang mencabar untuk semua insan yang bergelar ibu bapa. Tipulah kalau anda tidak pernah berasa stres dan mood ‘kelaut’ dalam menguruskan anak. Dan dalam pada masa yang sama seringkali kita terngadah lalu menyesal kerana terlalu ikutkan emosi dalam memarahi anak.   Untuk menjadi ibu bapa yang prihatin, kita haruslah memahami bahawa anak yang meningkat umur sedang dalam proses tumbesaran yang aktif dan sering membuat kesilapan. Namun adakah anda sedar dalam setiap kesilapan yang dilakukan merupakan

Continue reading ➝

7 Tips Untuk Anak Cerdik Melalui Perbualan

Sudahkah anda berbual-bual bersama anak hari ini? Agak-agak kenapa perlu berbual dan meneroka fikiran dan perasaan mereka ya? Berbual dengan anak ini sebenarnya therapeutic, menenangkan untuk anak dan juga untuk ibu bapa sendiri. Namun mestilah disertai dengan ilmu dan tahu bagaimana untuk melakukannya. Ayuh ikuti 7 tips ekslusif dari Puan Noor Hayati Abdul Hamid, Pengasas Tadika NALURI Kreatif. 1. Dengar Perbualan Anak Layan percakapan anak dan cuba faham apa yang anak ingin sampaikan oleh insan-insan comel ini. Maklumlah, cakap pun

Continue reading ➝

Peluang Bina Karakter Dan Kemahiran Sosial Anak

Pejam celik pejam celik kita sudah pun menghampiri hari-hari terakhir di bulan Ramadan. Di waktu ini jugalah kita harus mempertingkatkan ibadah dalam kita mengejar manfaat 10 malam terakhir dan malam Lailatul Qadar. Namun jauh di sudut hati pastinya kita tidak sabar menantikan 1 Syawal dan beraya di kampung halaman bersama saudara-mara yang barangkali berjumpa hanyalah beberapa kali dalam setahun. Tambahan pula tahun ini pertama kali kita boleh pulang ke kampung halaman bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun kerajaan

Continue reading ➝
Projek Ramadan

12 Projek Bersama Anak Sempena Ramadan

Alhamdulillah, kita telah pun menjejaki bulan Ramadan, bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya. Namun bagaimana kita dapat membantu anak kecil supaya turut menghidupkan bulan Ramadan ini? Jom ikuti 12 Projek Ramadan yang anda boleh cuba. 1. Ramadan Stories Bila sebut saja bedtime story mesti anak-anak ternantikan cerita kita sebelum mereka tidur. Tapi kali ini kita bercerita bertemakan Ramadan. Guna bahasa yang mudah dan dapat difahami anak-anak. Di sini kita boleh bercerita kepada mereka tentang peristiwa Ramadan, kisah-kisah nabi dan apa-apa yang berkaitan

Continue reading ➝
Ramadan dan kanak-kanak

Ramadan dan Kanak-Kanak

Ramadan bertamu bersama kita sebulan lamanya. Semoga Allah menyampaikan kita kepada Ramadan dengan penuh amal ibadah dan kebaikan. Kanak-kanak merupakan golongan yang turut gembira menyambut dengan kedatangan Ramadan. Namun bagaimanakah seharusnya anak didedahkan dengan situasi berpuasa? Seperti menahan diri dari makan dan minum, nafsu, tingkah laku dan sebagainya? Begini adalah amalan dan pendapat saya. Kewajipan berpuasa adalah kepada Muslim yang baligh. Dalam saranan didikan tarbiyah pula menyebut kewajipan bersolat untuk kanak-kanak adalah seawal usia 10 tahun. Oleh yang demikian latihan

Continue reading ➝

8 Tips Agar Ceria Di Musim Cuti Sekolah

Untuk ceria bersama anak dan dalam masa yang sama ingin membimbing mereka menjadi insan yang seimbang memerlukan satu seni dan memerlukan elemen berfikir kritikal. Di era moden ini, pergaulan dan komunikasi bersama anak ini memerlukan strategi yang betul dan berperingkat, selain kesabaran serta disiplin yang tinggi. Strategi pengurusan anak juga banyak membantu ibu bapa dalam mengawal keadaan sekeliling dengan anak. Anak-anak pun faham-fahamlah, terlalu banyak “kejutan” yang diberikannya, seperti menumpahkan air di restoran, jatuh sehingga luka ketika bermain, mandi tak

Continue reading ➝
Berbual-Bual Dengan Bayi Dan Kanak-Kanak

Aktifkan Aktiviti Berbual Bersama Bayi Dan Kanak-Kanak

Bermain merupakan salah satu cara utama bayi berkembang, belajar dan meneroka dunia. Bermain dengan bayi memberikan anda banyak peluang untuk bercakap. Lebih banyak anda bermain dan berkomunikasi, lebih banyak perkataan yang anak anda dengar. Secara tidak langsung meningkatkan kemahiran bercakap dan juga membantu perkembangan otak mereka. Apabila ibu bapa meluangkan masa berbual dengan bayi dan bermain bersama, ia mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Dan tanpa kita sedar perkembangan mereka bercambah disebabkan bimbingan dan dorongan ibu bapa memberi keyakinan

Continue reading ➝
Ambil Tahu & Fahami Tahap Perkembangan Anak | NALURI Kreatif

Ambil Tahu Dan Fahami Tahap Perkembangan Anak

Menjadi ibu bapa yang prihatin memerlukan daya tenaga yang konsisten dan ilmu yang mencukupi dalam membentuk keperibadian anak yang diinginkan. Kadangkala ibu bapa boleh mendidik anak-anak melalui pengalaman kerana bukankah pengalaman itu mematangkan? Ibu bapa juga perlu tahu setiap anak mempunyai fasa umur yang berlainan. Jangan sesekali melayan anak yang berumur 10 tahun sepertimana anda melayan mereka ketika mereka masih kecil. Cara mendidik anak yang terbaik adalah dengan cara mendidik anak cara Rasulullah, sepertimana Nabi Muhammad SAW berpesan untuk mendidik

Continue reading ➝

Anak Anda Kurang Bercakap? Jom Ikuti Panduan Ini

Pada ibu bapa yang mempunyai anak pastinya menginginkan anak mereka lebih aktif dalam berkomunikasi. Tanyalah pada setiap ibu bapa, pastinya mereka mahukan anak mereka suka bercakap dengan mereka.   Namun ibu bapa juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam merangsang anak-anak untuk berkomunikasi. Di bawah ini kami kongsikan tips praktikal yang boleh diusahakan oleh para ibu bapa.   1. Jadikan Komunikasi Sebagai Rutin Untuk merangsang komunikasi anak-anak ibu bapa mestilah aktif bersembang dengan mereka sejak mereka lahir. Menjadikan komunikasi sebagai rutin

Continue reading ➝

9 Cara Latih Sensori Anak Di Persekitaran Rumah

Isu sensori dan kesedarannya saban hari semakin meningkat. Tapi mengapa dahulu kurang timbul isu ini? Selain dari peranan media massa dan kesedaran yang meningkat, ia juga disebabkan pendedahan anak-anak terhadap waktu bermain yang benar-benar menyeronokkan dan gaya hidup kita dahulu sudah mampu melatih kebanyakan keperluan sensori dan terus menyokong perkembangan tabii. Namun cabaran kehidupan masa kini telah memendekkan masa bermain anak-anak dan gaya hidup kini juga telah mengurangkan latihan sensori secara natural. Hal ini kerana mereka sudah pun terlalu banyak

Continue reading ➝

Tekanan Akademik Dan Kesan Terhadap Kesihatan Mental

Saya percaya bahawa ramai daripada kita ditanamkan dengan mentaliti bahawa untuk mencapai kejayaan mestilah dengan mendapatkan keputusan cemerlang di sekolah. Namun di peringkat akar umbi lagi, kanak-kanak digalakkan untuk terus berfikir ke hadapan dan mempersiapkan diri secara akademik untuk pencapaian ke tahap tertinggi, dan seterusnya membawa kepada tekanan akademik. “Apa? Tekanan akademik?”  Ya, mari kita perhalusi satu per satu. Tekanan akademik ditakrifkan sebagai “pengalaman di mana seseorang pelajar dibebani oleh tuntutan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat akademik tertentu. Tekanan

Continue reading ➝

Bagaimana Beraktiviti Membantu Perkembangan Emosi Kanak-Kanak

Sebelum ini mungkin kita memandang enteng tentang kesedaran kesihatan mental. Sudah sampai masanya untuk kita memberikan peluang kepada anak-anak di Malaysia menjadi seorang yang jauh lebih celik tentang emosi. Melalui pendekatan yang mesra anak-anak, perkara ini perlu dibincangkan bersama dengan lebih mendalam supaya mereka lebih senang menjiwai dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebelum itu, semua individu terlibat termasuk anak mestilah saling bekerjasama dalam mencari kaedah terbaik agar suara mereka didengari dengan lebih telus dan seterusnya dapat membantu mereka mengendalikan

Continue reading ➝

Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Keperibadian Anak

Sejak kemunculan COVID-19 melanda, negara kita telah melalui pelbagai ujian dari pelbagai aspek, tidak kira dari segi ekonomi, pendidikan, dan kesihatan khususnya. Disebabkan itu juga ramai yang terkesan dengan pelaksanaan PKP yang diterapkan oleh kerajaan sehinggakan menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian. Walaupun institusi prasekolah sudah dibuka namun asas SOP seperti penjarakan sosial dan memakai pelitup muka wajib dipraktikkan setiap masa. Tidak asing lagi, kanak-kanak memang gemar bermain dan sangat aktif dalam meneroka dunia luar. Sudah menjadi sifat semula jadi

Continue reading ➝
kelas-online-naluri-kreatif

Kelas Online: Adaptasi Project Based Learning oleh Naluri Kreatif

Pembelajaran bertema dan project based learning adalah sinonim dengan NALURI Kreatif. Sejak Mac 2020, pembelajaran berpindah ke dunia digital akibat pandemik COVID-19. Mengekalkan prinsip konsep pembelajaran bertema dan project based learning, NALURI Kreatif memaksimakan kekuatan integrated curriculum bagi melaksanakan proses pembelajaran. Dengan hampir 10,000 jam pengalaman, pasukan NALURI Online School dilaksanakan oleh 50 tenaga pengajar dari 13 cawangan, meliputi pelajar 2-6 tahun, selama 4 bulan, program ini melalui proses penambahbaikan sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Contoh yang dikongsikan di sini adalah

Continue reading ➝

8 Idea Menjadikan PdPR Menarik.

Sejak tahun lepas, apabila anak-anak perlu menjalankan kelas online, NLI Education yang menguruskan rangkaian tadika Naluri Kreatif merangka agar sesi online mampu menarik minat dan fokus anak. 2 perkara ini menjadi tunjang utama dalam pendekatannya. Semua sesi dalam kelas Naluri Kreatif, akan ada hands on activity, dan interaksi 2 hala. Penglibatan banyak pancaindera dalam belajar disertai adalah penting amat penting. Belajar online lama dan banyak, tanpa 2 perkara ini juga berpotensi membuatkan anak tak berminat dan tak fokus. Walaupun banyak

Continue reading ➝

Bagaimana Bantu Anak Mengendali Emosi Melalui Kraf

Sudah sampai masanya untuk kita memberikan peluang untuk anak-anak di Malaysia menjadi seorang yang jauh lebih celik tentang emosi..Emosi yang perlu untuk mereka kenalpasti statusnya dan bagaimana mengendalinya dengan lebih baik. Ia perlu dibincangkan bersama anak dengan lebih mendalam dengan pendekatan yang mesra anak-anak supaya mereka menjiwainya dan dapat mengaplikasikannya..Sebelum itu, semua induvidu yang terlibat dengan anak-anak juga, kita harus sama-sama saling bentu membantu mencari kaedah-kaedah terbaik agar suara-suara anak ini didengari dengan lebih telus. Agar kita mampu membantu mereka

Continue reading ➝

Bagaimana Bantu Anak Fokus?

Cikgu, macam mana nak bantu anak Fokus? .Ibu Ayah yang dihormati, kami mendapat banyak pertanyaan mengenai bagaimana untuk Bantu anak fokus terutama semasa membaca. .Fokus memerlukan motivasi MINAT yang kuat untuk menyelesaikan sesuatu. Membantu anak untuk rasa minat mencuba dan menyelesaikan sesuatu dipengaruhi oleh banyak perkara. Ia adalah proses yang memerlukan masa. . Di sini kami senaraikan beberapa perkara yang boleh dicuba. Setiap anak berbeza. Boleh jadi anak anda sesuai dengan salah satu atau lebih pilihan yang anda. .Berikut ialah

Continue reading ➝

Merialisasikan Sejahtera Di Rumah

Berhadapan dengan situasi ibu ayah dan anak-anak perlu berada dirumah dalam masa yang lebih lama dari biasa, memerlukan kita beradaptasi agar masing-masing sejahtera 1.  Praktikal dengan rutin di rumah Dalam situasi sekarang, usahakan mengekalkan rutin yang praktikal dan adapatsikan mengikut keadaan masing-masing. Rutin membantu anak mengurus diri dengan lebih baik. Bincangkan jadual, atau flowchart bergambar, dengan sokongan reward yang sesuai apabila anak mencapai target.  2. Tenang mengurus dan meraikan emosi anak Emosi yang stabil bagi ahli keluarga adalah penting. Berikan

Continue reading ➝

10 Cara Galakkan Anak Bercakap

Tanyalah sesiapa pun yang ada anak, pastinya mereka mahu anak mereka suka bercakap dengan ibu ayahnya. Di bawah ini kami kongsikan tips praktikal yang boleh diusahakan..1. Biasakan bercakap dengan anak.Sejak dia lahir kita perlu biasakan bercakap dengan dia. Jadi kerja kita setiap hari bercakap sebab anak anak ini perlukan foundation utk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia cakap. Waktu pakai baju, tukar pampers, mandi, minum susu, semualah. .2. Kurangkan screen time.Wujudkan perbualan aktif 2 hala antara kita n

Continue reading ➝

Children are Amazing

7 Things … What my children has thought me… As the saying goes… children is never too young to understand LOVE…. and unfortunately REJECTION too.. Bahasa paling awal anak belajar adalah bahasa perasaan, komunikasi perasaan, bicara perasaan dan hati. Sejak janin lagi anak ini sudah dapat merasai getaran tenaga perasaan dan jiwa ibu mereka dan mula mengenal suara ibu. Setelah lahir anak akan rasa tenteram apabila mendengar suara dan dapat merasai getaran yang sama apabila dapat menyusu buat pertama kali

Continue reading ➝

AWAS! Anak kita belajar dari Alam Kehidupan Mereka Sendiri, Bagaimana ya?

AWAS! Anak kita belajar dari Alam Kehidupan Mereka Sendiri, Bagaimana ya? 1. Sekiranya kita sering memberi perhatian semasa anak kita bercakap, anak akan belajar budaya bercakap sopan. Orang bercakap, kita mendengar dan cuba faham.   2. Sekiranya mereka selalu digesa-gesakan, paksa buat itu dan ini, dia belajar untuk mendapat sesuatu melalui paksaan.   3.Sekiranya kita sering munkir janji kepada anak kita, anak akan belajar untuk tidak mempercayai kata-kata kita. 4. Sekiranya kita selalu ‘send them off’ ke tempat lain semasa

Continue reading ➝

Tips Anak Mendengar Kata

Tips Anak Mendengar Kata 1. Pastikan anak anda rasa akan kehadiran anda. Hal ini bermakna penggunaan handphone perlu dikurangkan. Cuba fokus kepada anak kita yang sedang menunggu-nunggu mak dan ayahnya seharian untuk mengambilnya dari tadika atau taska. 2. Walaupun kita dalam keadan penat, pastikan ada senyuman dan terlihat excited semasa mengambil anak. Kalau penat sangat, ngeteh dulu, kemudian ambil anak. Sangat penting kawal perasaan kita apabila mengambil anak. Ibu ayah perlu cukup tenaga dalam melayan pertanyaan dan perkongsian daripada anak.

Continue reading ➝

10 Cara Galakkan Anak Bercakap

10 Cara Galakkan Anak Bercakap 1. Anak bercakap, kita boleh stimulate sepanjang masa. Bukannya apabila dia sudah berumur 1 tahun atau 2 tahun. Tapi, memang sejak dia lahir, kita perlu biasakan diri untuk bercakap dengan dia. Jadi, kerja kita setiap hari adalah bercakap kerana anak-anak memerlukan foundation untuk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia bercakap seperti sewaktu memakai baju, menukar pampers, mandi, minum susu dan semuanya. 2. Kurangkan penggunaan ipad, gadget, tv dan sebaliknya. Aktifkan perbualan dua hala

Continue reading ➝

To Listen is To Learn

Kita sering teruja jika anak kita dapat buat atau berbicara tentang sesuatu di luar tahap pemikiran mereka… Bersediakah kita? Sudah tentu kita mempunyai pelbagai kenangan bersama anak-anak semasa cuti Raya Idul Adha yang lalu. Bersetujukah Tn/ Pn jika saya katakan bahawa peluang bersama anak-anak semasa cuti Eidul Adha membawa beberapa pengajaran kepada kita. Antaranya ialah: Anak mempunyai pelbagai idea dan citarasa yang ingin dikongsikan atau ditanya serta memerlukan andorsemen pengukuhan daripada ibu bapa atau orang dewasa sekeliling mereka. Sangat ingin

Continue reading ➝

Kenali Anak Demi Kecemerlangan

  Kenali anak demi kecemerlangan . Pernah ibubapa alami situasi mencabar seperti anak menangis tak mahu pergi sekolah walau sudah berbulan? . Atau anak sendiri yang bijak suarakan nak tukar sekolah. Jika ini terjadi apa boleh kita buat untuk mereka? . Jom kenalpasti! . Pertama, cuba tahu apa kecenderungan kecerdasan yang anak miliki, karekter dan minatnya. Jika sudah tahu… . Kedua, pilihlah sekolah yang kena dengan hati jiwa mereka berdasarkan tips di atas supaya anak meraih emosi yang stabil untuk jangka

Continue reading ➝