
Bagaimana Jadikan Perbualan Bersama Anak Lebih Bermakna?
Komunikasi merupakan antara tunjang utama dalam pembentukan kepribadian anak. Berbicara dengan anak bukan sekadar berbual biasa sahaja. Jom ikuti tips berbual bersama anak agar perbualan menjadi lebih bermakna. 1. Bercakap Pada Paras Matanya Anak-anak sering berasa diri mereka kerdil dan bercakap dalam keadaan perasaan yang tidak yakin. Lebih-lebih untuk anak yang masih kecil dan belum petah berkata-kata. Untuk mendepani situasi ini, ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan bercakap pada paras matanya. Situasi ini akan membuatkan anak anda berasa terbuka untuk