Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Bagaimana Bantu Anak Mengendali Emosi Melalui Kraf

Sudah sampai masanya untuk kita memberikan peluang untuk anak-anak di Malaysia menjadi seorang yang jauh lebih celik tentang emosi.
.
Emosi yang perlu untuk mereka kenalpasti statusnya dan bagaimana mengendalinya dengan lebih baik. Ia perlu dibincangkan bersama anak dengan lebih mendalam dengan pendekatan yang mesra anak-anak supaya mereka menjiwainya dan dapat mengaplikasikannya.
.
Sebelum itu, semua induvidu yang terlibat dengan anak-anak juga, kita harus sama-sama saling bentu membantu mencari kaedah-kaedah terbaik agar suara-suara anak ini didengari dengan lebih telus. Agar kita mampu membantu mereka mengendalikan emosi dengan lebih baik.
.
Apabila anak-anak celik emosi mereka, mereka lebih tahu mengekspresikannya dan lebih tahu apa yang perlu dibuat. Meraikan perasaan mereka membantu mereka mengurus tingkahlaku mereka. Tigkahlaku anak adalah suatu hal yang amat penting dalam perkembangan mereka. Jangan diabaikan.
.
Apabila anak lebih celik emosi, ibu ayah juga akan lebih alert apa yang berlaku dengan anak. Satu perkara yang penting untuk membantu anak mengurus emosi adalah memastikan kita “rapat” dengan anak. Maksud saya, anak-anak tidak terasa takut atau terasa tak nak cerita pada ibu ayah mereka. Gunakan sebaiknya masa bersama anak untuk mewujudkan ini.
.
Pentingkah mereka mesra dengan bahasa-bahasa emosi ini? Kawan-kawan, emosi ni adalah sesuatu yang kita lalui setiap hari sehingga anak-anak dewasa. Ia melibatkan latihan membentuk cara berfikir, membuat keputusan, berkomunikasi yang betul. Bagaimana mereka dewasa nanti, sedikit sebanyak dipegaruhi oleh bagaimana kita bantu mereka mencoraknyaBagaimana nak memulakan menjayakan ini melalui pendekatan art & craft?
.
Kebanyakan kanak-anak sukakannya kerana ia santai. Santai membuat sesuatu, akan memberikan ketenangan dan kegembirakan. Sewaktu hati gembira dan tenang, banyak perbualan tentang perasaan ini, boleh di cuba. .
Gunakan ini art & craft sebagai medium memanjangkan perbualan dan masuk dengan cara yang best, yang anak.
.
Kadang kala, ia tidak memerlukan banyak perbualan spesifik mengenai perasaan. Memadai dengan beraktiviti dengan penuh perhatian, memberi galakan, pandangan dan keprihatinan, dengan komunikasi yang baik, amat amat mendamaikan dan menggembirakan anak. Keterlibatan kita adalah ubat buat mereka.
.
Glass painting, Doodling adalah antara special time saya dengan anak. Cuba explore dan perbanyakkan percubaan untuk mengetahui apa yang mereka suka kerana Art & Craft ini sangat luas skopnya. Jangan paksa anak untuk buat perkara yang dia tidak suka untuk merawat emosi mereka. Apa akan terjdi sekiranya kita paksa? Ia sudah tidak merawat luka, tetapi menambah duka.
.
Melalui projek kraf, kita meraikan imaginasi anak, membantu anak mencurahkan idea kreatif, membantu anak menerima hasil mereka dan belajar meraikan hasil mereka. Proses ini menarik kerana ia ada keunikan pengalaman tersendiri. Ia tidak sama dengan mononton 5 Minutes Craft di Youtube.
.
Ada anak yang sukakan kekemasan, ada anak tidak kisah, ada anak yang boleh terima kegagalan sedia ada, ada anak yang perlukan bimbingan. Peranan kita ialah sebagai fasilitator kepada proses ini. Bantu mereka untuk melaluinya agar ia menjadi sebuah pelajaran, bukan hasilnya sekadar hiasan.
.
Saya sendiri sering menggunakan art & craft. Ia sangat membantu saya mengurus emosi dan terasa ia amat “Me Time” untuk saya sendiri. Sebenarnya, topik Me Time perlukan artikel lain, ada banyak yang saya ingin kongsikan. Tetapi cukuplah dengan ayat bahawa untuk kita gembirakan anak-anak, kita sendiri perlu pastikan kita gembira.
.
Akhir kata, kami doakan Kita semua menjadi ibu ayah yang lebih prihatin terhadap Emosi anak . Tidak lupa juga prihatin terhadap emoai sendiri . Apabila kita lebih prihatin, Kita belajar untuk memahami , membuang ego dan upgrade diri.
.
Meraikan emosi mereka juga tak semestinya dengan projek yang sama contoh ya mewarna. Kepelbagaian warna, tekstur, medium, tempat sebenarnya memainkan peranan penting untuk mengelakkan kebosanan dan mengelakkan keseronokan.
.
Oleh :
Maryam Thoraya Arifin
Pengarah Bahagian Pendidikan & Pemasaran,
NLI Education Sdn Bhd.

Leave a Reply