Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Berbual-bual dengan bayi dan kanak-kanak

Berbual-bual dengan bayi dan kanak-kanak

Berbual-bual dengan bayi dan kanak-kanak

Habit bercakap tentang perkara yang sedang kita lakukan dapat merangsang minda anak-anak dan membantu perkembangan bahasa mereka.

Contoh perbualan :

“Kita siram pokok sebab pokok nak minum air juga, kalau tak minum air, nanti pokok mati.”

“Kita nak beli barang untuk umi masa buka puasa. Kita nak cari beras, rempah dan ayam.”

“Kita nak solat, sebelum solat, ambil wudhu’ dahulu.”

Sejak anak berusia 0 tahun, aktiviti berbual-bual semasa melakukan sesuatu perkara ketika ditemani oleh anak-anak adalah amat penting. Walaupun anak-anak mungkin memberi tindak balas yang tidak difahami, tetapi ia ternyata adalah respons terhadap ‘perbualan’ kita tadi.

Mereka mungkin memberi tindak balas melalui pergerakan badan, seperti pandangan mata yang tepat, anggukan, pergerakan badan atau berjalan, fokus pandangan atau mengeluarkan bunyi. Semuanya merupakan bentuk tindak balas yang perlu diberi perhatian.

Teruskan berbual dengan mereka.

“Ok, sekarang kakak panjat troli dan umi tolak, kita cari barang buat kek. Kakak nak cari ya dengan umi?”

“Yang mana satu ya, nak beli kotak besar atau kecil.”

Apabila anak terdedah dengan perbualan bersama ibu bapa, sebenarnya mereka mempelajari cara kita berfikir dan mengaplikasi dalam penggunaannya. Begitu juga apabila mereka mempelajari cara menggunakan ayat dalam konteks yang tepat agar tidak tersasar.

Meningkatkan perbualan dengan anak-anak sambil melakukan apa jua aktiviti. Menghubungkan dunia kita dan mereka. Peratusan speech delay yang semakin meningkat boleh dibantu dengan perbualan sebegini yang intensif dari awal.

Oleh: Nurul Hanan Arifin, Pengarah Urusan NLI Education Sdn Bhd

 

Melalui artikel di atas, jelaslah bahawa anak-anak mempunyai potensi yang luas dalam bertutur pada peringkat awal. Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan utama dalam proses perkembangan bahasa anak-anak.

Oleh itu, marilah beramai-ramai sertai bengkel khas yang dianjurkan oleh NLI Education, iaitu bengkel ‘Helping Your Child to Talk’ yang akan diadakan pada 18 Ogos 2018 yang bertempat di NLI Training Room, Seksyen 7, Bangi.

Pelbagai tips istimewa akan dikongsikan oleh speaker, iaitu Aisyah Kassim yang merupakan pakar patologis pertuturan bahasa dan banyak menjalankan perkhidmatan terapi individu dan kumpulan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan.

Maklumat Acara

? Bengkel: Helping Your Child To Talk
? Tarikh: 18 Ogos 2018/ Sabtu
? Masa: 9:30 pagi – 12:30 tengah hari
? Yuran : RM 70.00 seorang
? Yuran Nursery RM 20 seorang (bagi 2 tahun dan keatas)
? Tempat: Training Room, NLI Education Sdn Bhd, Seksyen 7, Bangi.

Untuk mendaftar, sila klik link ini : http://bit.ly/helpingyourchildtotalk

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Cik Nadhrah: http://www.wasap.my/6011-56671603