Tips Anak Mendengar Kata

Tips Anak Mendengar Kata

1. Pastikan anak anda rasa akan kehadiran anda. Hal ini bermakna penggunaan handphone perlu dikurangkan. Cuba fokus kepada anak kita yang sedang menunggu-nunggu mak dan ayahnya seharian untuk mengambilnya dari tadika atau taska.

2. Walaupun kita dalam keadan penat, pastikan ada senyuman dan terlihat excited semasa mengambil anak. Kalau penat sangat, ngeteh dulu, kemudian ambil anak. Sangat penting kawal perasaan kita apabila mengambil anak. Ibu ayah perlu cukup tenaga dalam melayan pertanyaan dan perkongsian daripada anak. Banyak yang hendak diceritakan.

3. Semak diri kita ini, kita jenis suka cakap “no no no”? Lain kali, sebelum cakap no, tidak, jangan dan sebagainya, cuba sebut “Sayang anak papa/mama. Sayang nak beli ni ya, tapi semalam dah beli lain kali kita beli ya”. Sambil melontarkan senyuman, mata memandang anak, duduk eye level dengan anak, seolah-olah anda memang expect anak anda akan setuju.

4. Beri ruang, beri masa untuk anak kita beri pendapat. Anak-anak susah ditunjukkan rasa tidak sabar untuk menunggu, dia keluarkan idea atau soalannya. Jadilah pendengar yang baik, bijak dan sabar.

5. Libatkan diri bersama anak untuk menyiapkan rutin seperti makan. Pastikan cukup tempat duduk, pinggan dan gelas untuk semua. Bayangkan perasaan anak yang tiba-tiba sedar tiada pinggan untuknya. Perasaan anak mudah terguris.

6. Hormat anak untuk memilih pakaian, makanan kegemaran, warna, permainan yang disukai. Sambil itu, berbincang-bincang mengenainya untuk galakkan anak berbincang dan lahirkan ideanya.

7. Jaga ketenangan di dalam rumah. Jiwa yang tenang banyak mempengaruhi tingkah laku kita sebagai ibu bapa dan seterusnya anak. Anak-anak lebih senang untuk ‘mendengar kata ibu ayahnya’ jika panduan itu jelas. Jelas tentang apa yang kita nak mereka bantu. Bandingkan dialog berikut:

“Berapa kali dah mak cakap bawa pinggan ke dapur ni?’

“Sayang, pinggan ni macam mana sambil angguk dan senyum.. kening angkat sikit…”

ANAK AKAN LEBIH SENANG MENDENGAR KATA KITA SEKIRANYA DIA DAPAT BELAJAR DARIPADA KITA …maksud empati….faham…makna sayang….

 

Allahualam.

 

Melalui artikel di atas mendengar dari apa yang di lontarkan oleh ibu bapa juga membantu meningkatkan percakapan anak-anak. Percakapan ibu bapa yang jelas akan membantu anak mengikut dari percakapan ibu bapa.

Sertai bengkel khas yang dianjurkan oleh NLI Education, iaitu bengkel ‘Helping Your Child to Talk’ yang akan diadakan pada 18 Ogos 2018 yang bertempat di NLI Training Room, Seksyen 7, Bangi.

Pelbagai tips istimewa akan dikongsikan oleh speaker, iaitu Aisyah Kassim yang merupakan pakar patologis pertuturan bahasa dan banyak menjalankan perkhidmatan terapi individu dan kumpulan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan.

 

Maklumat Acara

? Bengkel: Helping Your Child To Talk
? Tarikh: 18 Ogos 2018/ Sabtu
? Masa: 9:30 pagi – 12:30 tengah hari
? Yuran : RM 70.00 seorang
? Yuran Nursery RM 20 seorang (bagi 2 tahun dan keatas)
? Tempat: Training Room, NLI Education Sdn Bhd, Seksyen 7, Bangi.

Untuk mendaftar, sila klik link ini : http://bit.ly/helpingyourchildtotalk

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Cik Nadhrah: http://www.wasap.my/6011-56671603