Ramadan dan Kanak-Kanak

Ramadan dan kanak-kanak

Ramadan bertamu bersama kita sebulan lamanya. Semoga Allah menyampaikan kita kepada Ramadan dengan penuh amal ibadah dan kebaikan.

Kanak-kanak merupakan golongan yang turut gembira menyambut dengan kedatangan Ramadan. Namun bagaimanakah seharusnya anak didedahkan dengan situasi berpuasa? Seperti menahan diri dari makan dan minum, nafsu, tingkah laku dan sebagainya? Begini adalah amalan dan pendapat saya.

Kewajipan berpuasa adalah kepada Muslim yang baligh. Dalam saranan didikan tarbiyah pula menyebut kewajipan bersolat untuk kanak-kanak adalah seawal usia 10 tahun. Oleh yang demikian latihan anak berpuasa haruslah bercirikan seperti sebuah latihan dan bukan kewajipan pada kanak-kanak, sesuai dengan fitrahnya yang bertahap dan berperingkat.

Mulakan dengan beberapa jam, mungkin 3 hingga 4 jam, kemudian separuh hari. Atau belajar berpuasa mengikut waktu azan berkumandang. Mungkin hari ini berbuka pada waktu Zuhur, esoknya berbuka waktu Asar dan seterusnya, sehinggalah anak mampu melatih dirinya dari makan dan minum sehingga Maghrib.

Ramadan dan kanak-kanak
Sumber: Pexels.com

Begitu juga dengan amalan bersahur. Cuba perlahan-lahan untuk kejut dan didik mereka bangun bersama. Sekiranya anak liat bangun tidur, benarkan untuk bersarapan dan dorong mereka untuk terus puasa semampunya.

Sokongan dan dorongan secara lembut hendaklah seiring dengan latihan ibadah puasa yang diterapkan. Aspek emosi, perasaan anak dan empati ketika mereka melalui fasa sukar berpuasa mestilah disertakan dengan komunikasi.

Ini penting agar anak tidak melihat ibadah puasa sebagai latihan yang membebankan. Tidak salah memberikan sedikit kelonggaran agar mereka faham. Gambarkan dan sampaikan kepedulian pada anak melalui sentuhan dan kata-kata yang menyenangkan.

Antara peranan penting yang lain adalah memberi perhatian terhadap tahap kesihatan anak. Bukan apa, jangan pula dipaksa anak berpuasa penuh tatkala kondisi anak tidak meyakinkan. 

Namun bagi anak yang secara personalitinya pendiam dan tidak banyak menunjukkan reaksi harus diberikan tumpuan. Risau tiba-tiba muka anak pucat dan lesu, dalam diam menahan sakit perut menahan kelaparan. Begitu juga pada anak-anak yang memang ada sejarah penyakit lain seperti semput, lemah jantung, gastrik dan sebagainya.

Mindset masyarakat anak harus berpuasa penuh bermula 6 tahun atau lebih muda sesungguhnya memberatkan kanak-kanak. Ini terlihat dengan kata-kata yang diusahakan dalam perbualan masyarakat secara lazim. Kata-kata seperti:

Dan banyak lagi. Perkara ini tidak seharusnya diamalkan, kerana mereka tidak diamalkan berpuasa untuk beribadah namun hanya mengejar ganjaran semata-mata. Mindset sebegini sepatutnya diubah dan lebihkan mendidik kanak-kanak ke arah nilai kesucian Ramadan itu sendiri.

Dengan bimbingan ibu bapa, anak yang terlihat dengan ibadah solat akan membaiki ibadah puasanya dan ia mengambil masa sesuai dengan usianya untuk di tarbiyah begitu. Ibadah solat tidak bermusim seperti ibadah berpuasa. Jadi dengan mengamalkan gaya hidup keluarga berpandukan Islam, nescaya anak-anak akan diterangkan hati dan mengikut jejak langkah kita.

Selain itu, gambaran terhadap bulan Ramadan juga perlu diolah agar memberi keseronokan buat kanak-kanak. Raikan kedatangan Ramadan ini sepertimana kita menyambut kemenangan di hari AidilFitri nanti.

Ramadan dan kanak-kanak
Sumber: Unsplash.com

Hidupkan keseronokan berbuat baik dengan memberi perhatian kepada semua amalan baik yang perlu dihidupkan setiap hari. Hal ini kerana pada bulan Ramadan inilah saat kita menggandakan amalan baik kita. Tambahkan dengan aktiviti seiring dengan objektif amalan baik yang mahu diterap.

Tambahan pula “promosikan” semua kebaikan bermula dari rumah, seperti membantu mengemas rumah, berkongsi juadah bersama jiran, memperbanyakkan sedekah dan juga menjaga tingkah laku baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.

Jadikan Ramadan sebagai bulan yang membawa kebaikan sebenar-benarnya, sehingga dapat dirasai si anak kecil. Kebaikan ini tidak diterhadkan di dalam rumah sahaja, malah dipraktikkan juga kepada masyarakat, jiran tetangga, ahli keluarga dan tidak lupa juga kepada diri sendiri.

Begitu juga Ramadan dihidupkan sebagai bulan “pesta ibadah”. Ramadan sebagai satu pesta kemasyarakatan. Masyarakat sering bertemu, berbuat baik dan menyatukan ummah dalam ketaatan kepada Allah. Justeru jangan lupa libatkan anak-anak dalam ibadah solat, khususnya solat sunat tarawih dan witir, serta solat fardhu 5 waktu yang lain.

Perkenalkan mereka dengan masjid dan hidupkan keistimewaan masjid sebagai rumah Allah. Di sini anda boleh menerangkan apa fadhilat dan amalan yang boleh dibuat di masjid. Misalnya:

Menyebut tentang al-Quran, eloklah dibaca setiap hari dengan tujuan mengkhatamkannya di bulan Ramadan. Jadikan pembacaan Al-Quran sebagai aktiviti keluarga seperti tadarus selepas solat Maghrib mahupun solat tarawih. Mewujudkan masa untuk ini mudah-mudahan menjadi rutin yang berkekalan walaupun Ramadhan berakhir nanti.

Tidak lupa juga sedekah harus dilazimi agar ia terpahat dalam amalan anak-anak secara semulajadi. Bangkitkan kepedulian terhadap saudara sesama umat Islam yang susah kerana miskin, anak yatim, penindasan peperangan dan sebagainya. Bergaul dengan orang susah dapat membuka minda, merasai kesusahan dan menimbulkan keinsafan terhadap nikmat yang perlu disyukuri. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk mengubah bukit-bukit di Makkah menjadi emas. Tetapi aku menadahkan tangan kepada-Nya, sambil berkata, “Ya Allah, aku lebih suka sehari kenyang dan lapar pada hari berikutnya agar aku dapat mengingat-Mu apabila sedang lapar, dan memuji-Mu serta mensyukuri nikmat-Mu apabila kenyang."

Hadith riwayat at-Tarmizi

Meski pemikiran mereka mungkin terbatas dalam memahami dan belum sempurna dalam mengerjakan ibadah puasa, jangan ditinggalkan pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh disuburkan melalui bulan Ramadan yang suci ini. Hidupkan amal kebaikan dan ibadah Ramadan selari dengan latihan berpuasa.

Antara isi penting lain adalah dengan meraikan fitrah anak. Apa yang cuba disampaikan adalah, kanak-kanak dan fitrahnya yang suka bermain melihat unsur keagamaan adalah sesuatu yang berat dan membosankan. Di sinilah ibu bapa memainkan peranan penting dengan memberikan sedikit usaha dalam memberi aktiviti sokongan mengenai fokus pengajaran. Aktiviti sokongan akan membantu kefahaman anak tentang sesuatu objektif pengajaran. Seperti story telling, lakonan, video interaktif, lawatan sambil belajar, dan banyak lagi idea kreatif.

Jika anda mahukan idea kreatif berbentuk seni dan kraftangan, kami menyediakan activity box menarik yang boleh anda berikan kepada anak anda. Ini termasuklah seperti NALURI Junior Chef Apron, Mathematics Workbook (3-6 Tahun) dan juga NALURI K-reative Box yang didatangi 3 set berbeza yang boleh anda pilih.

Dan yang menariknya, bersempena dengan bulan Ramadan ini kami menyediakan PROMO RAMADAN di mana kami memberikan 10% potongan diskaun khas untuk anda! Jadi jangan lepaskan peluang dan berikan anak aktiviti bulan puasa yang menarik untuk dilakukan seisi keluarga. Atau anda boleh klik di sini untuk 12 Projek Ramadan Bersama Anak.

Sebagai penutup bicara, kami di NALURI Kreatif ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga puasa tahun ini menjadi puasa paling bermakna buat anda semua.

Leave a Reply