8 Idea Menjadikan PdPR Menarik.

Untitled-design

Sejak tahun lepas, apabila anak-anak perlu menjalankan kelas online, NLI Education yang menguruskan rangkaian tadika Naluri Kreatif merangka agar sesi online mampu menarik minat dan fokus anak. 2 perkara ini menjadi tunjang utama dalam pendekatannya.

Semua sesi dalam kelas Naluri Kreatif, akan ada hands on activity, dan interaksi 2 hala. Penglibatan banyak pancaindera dalam belajar disertai adalah penting amat penting. Belajar online lama dan banyak, tanpa 2 perkara ini juga berpotensi membuatkan anak tak berminat dan tak fokus.

Walaupun banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan sebuah kelas online untuk kanak-kanak, yang boleh di kawal, yang tak boleh dikawal, di sini kami kongsikan beberapa inisiatif yang boleh membantu faktor dalam kawalan pendidik.

1. Berbual santai.

Perbualan santai, nampak mudah, tetapi bukan semua orang ada kemahiran ini yang menggalakkan orang suka berbual. Perbualan santai ini adalah pelincir penting kepada dalam kelas online. Kalau ramai anak murid, Cikgu pandai pandai lah pancing yang belum bersuara juga.

2. Storytelling.

Bercerita, bukan hanya baik untuk kanak-kanak,  malah sekolah menengah pun boleh. Storytelling adalah sebuah seni dalam menyampaikan nilai. Jangan memandang kecil impaknya. Ramai anak mudah faham apabila pendidikan digabungkan dengan storytelling. Oh ya, sebenarnya inilah masanya untuk kita kenalkan anak dengan suka buku.

3. Penyediaaan makanan dan memasak.

Ini antara aktiviti yang sangat disukai kanak-kanak. Tapi ia semestinya bukan untuk anak kecil sahaja. Tenoklah rancang an memasak, ada ramai peminat. Rancangan  masterchef pun mostly dewasa kan? Food preparation, tak semestinya perkara yang perlu kan penggunaan api dan pisau tajam. Ada banyak yang tak perlu pun. Tetapi sekiranya digunakan, ia perlu ada orang dewasa. Sandwich, satay buah, bento, sediakan air buah  sehingga kek, kita boleh cuba.

4. Painting

Mewarna menggunakan cat air adalah sesuatu yang menarik. Anda boleh pelbagaikan kaedah dan bahan. Lagi berbeza bahan, dan kaedah, ia menjadi seronok. Berita baik ya, banyak bahan olahan ini, senang dapat. Boleh tambah garam untuk salt painting, tambah Minyak atau staving cream untuk marble painting, guna salotape, tali untuk mendapat efek berbeza.

5. Melukis.

Melukis bukan terhad untuk anak yang ada bakar semulajadi melukis. Ia boleh di ajar dan ada banyak yang mudah. Anak akhirnya pandai melukis adalah bonus. Tetapi tujuan utama proses ini adalah untuk membantu menjadi terapi, mewujudkan keseronokan. Bagi alive sesi tersebut. Semasa proses ini, kita boleh berbual banyak perkara terutama mengenai lukisan.

6. Kraf

Aktiviti kraf, ada yang sangat simple, ada juga yang advance. Ada ramai orang dewasa yang menukarkan kraf kepada Wang. Ia bukan hanya permainan anak kecil. Kraf membantu fokus. Yang penting, ada banyak pilihan kraf. Kala buntu, kita boleh kaji atau tanya anak murid, minta mereka pilih mana satu aktiviti yang mereka nak buat.

7. Experiments, STEM activities.

Aktiviti ini sangat di gemari ramai anak. Boleh cari banyak contoh di Pinterest. Banyak juga bahan yang senang dapat. Bahan mudah, tak semestinya memberi hasil tak baik. Banyak projek juga boleh di hasil kan dari bahan recycle. Projek ini semua boleh di panjangkan kepada pelbagai konsep yang bersesuaian.

8. Tukarkan aktiviti kepada tulisan.

Ibarat Jurnal, kita boleh ajak anak-anak mencatat kembali aktiviti mereka bersesuaian  dangan tahap mereka. Menulis ini hasil dari pengalaman dan aktiviti yang dibuat, memberi impak berbeza berbanding menulis sesuatu yang tidak melibatkan pengalaman mereka. Jangan rasa susah. Mulakan dahulu dengan paling minima. Satu perkataan. (ini bagi yang sedang belajar menulis, mengeja). Kalau memang dah pandai menulis semua dan mengeja dengan baik, boleh cuba satu ayat sehari atau of course kalau nak lebih, silakan. Penulisan begini membantu anak mengaitkan kehidupan melalui sebuah catatan. (rutin ni, kalau nak polish, perlukan banyak juga bantuan dari ibu bapa)

Okeh, pendekatan ini sudah tentu perlukan adaptasi mengikut kesesuaian masing-masing dan sudah tentu banyak lagi cara yang berjaya guru lain buat. Boleh lah kongsi di sini. Pendekatan di atas, sudah tentu juga perlukan kepelbagaian. Bukan guna cara 1,2,3 sahaja atau bahan sama sahaja. Semuanya memerlukan sebuah seni dalam mengintegrasi ke dalam subjek masing-masing. Kami ada subjek art, Kraf, experiment, tapi semua pendekatan ini dimasukkan dalam mata pelajaran.

P/s: Bagi yang terasa nak bagi anak masuk Naluri Online School, boleh dapatkan maklumat lanjut di sini: https://nalurikreatif.com/online-school/