Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Keperibadian Anak

Sejak kemunculan COVID-19 melanda, negara kita telah melalui pelbagai ujian dari pelbagai aspek, tidak kira dari segi ekonomi, pendidikan, dan kesihatan khususnya. Disebabkan itu juga ramai yang terkesan dengan pelaksanaan PKP yang diterapkan oleh kerajaan sehinggakan menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian. Walaupun institusi prasekolah sudah dibuka namun asas SOP seperti penjarakan sosial dan memakai pelitup muka wajib dipraktikkan setiap masa.

Tidak asing lagi, kanak-kanak memang gemar bermain dan sangat aktif dalam meneroka dunia luar. Sudah menjadi sifat semula jadi kanak-kanak untuk berlari dan bermain di samping menunjukkan rasa ingin tahu yang mendalam. Pada waktu inilah otak mereka saling berhubung dan berkembang dengan pesat. Namun, disaat pancaindera mereka perlu diaktifkan, banyak aktiviti di sekolah tidak dapat dilakukan sepenuhnya ekoran langkah pencegahan dari wabak ini.

Oleh kerana itu, di sinilah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting bagi membantu perkembangan emosi, komunikasi, serta interaksi sosial anak. Memahami pengaruh besar ibu bapa, di sini kami senaraikan beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh ibu bapa:

Menambahkan Kekerapan Aktiviti Riadah

Penting untuk ibu bapa kekal aktif dalam melakukan aktiviti sukan dan riadah bersama anak-anak di luar rumah. Mereka perlukan kawasan lapang dan udara segar untuk dihirup sambil bermain. Pada ketika ini lah pancaindera mereka diaktifkan untuk melihat dan memproses alam sekeliling. Terdapat banyak kawasan natural yang boleh diteroka bersama anak. Antaranya, bawa ke taman permainan, tasik, sungai, pantai, dan kebun.

Wujudkan Waktu Tanpa Gajet

Untuk menambahkan keharmonian di dalam rumah, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengasingkan anak-anak dari bermain gajet seperti telefon bimbit dan tablet untuk membina ikatan yang lebih bermakna. Hal ini kerana kualiti komunikasi mudah terjejas dan fokus anak sering terganggu. Kanak-kanak perlu dilatih untuk berdisplin sebelum menjadi satu ketagihan.

Ajak Anak Terlibat Dalam Aktiviti Mengemas Rumah

Walaupun baru usia dini, pentingnya memupuk keseronokan dalam mengemas rumah. Tidak bermaksud melakukan aktiviti mengemas yang “berat”. Cukuplah ada kebersamaan dalam beberapa aktiviti agar dapat membantu semangat kerjasama, tolak ansur dan meningkatkan motivasi menyiapkan kerja. Contohnya mengemas katil, mengemas meja belajar dan melipat baju. Pastikan ia tidak bertindan supaya mencapai objektif seronok membantu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, bukan?

Membuat Aktiviti Kraf Bersama

Aktiviti kraf mampu merangsang imaginasi dan kreativiti anak. Ada pelbagai jenis aktiviti kraf yang ibu bapa boleh pilih bersama anak. Lebih elok jika ibu bapa memberikan anak kebebasan dalam memilih aktiviti kraf tersebut, di samping anda cuba mempelbagaikan jenis aktiviti untuk elakkan kebosanan. Dalam banyak situasi, anak sebenarnya sangat seronok apabila ibu ayah terlibat bersama kerana mereka dapat berbual sambil beraktiviti. Di sinilah minat anak anda terhadap sesuatu terserlah!

Mencuba Sesuatu Yang Baru

Adakah anak anda suka berkebun, bertukang, menjual atau membuat aktiviti robotik? Aktiviti-aktiviti ini mungkin agak baru untuk mereka namun sangat bagus untuk perkembangan si kecil. Seeloknya cuba suaikan aktiviti mengikut umur anak-anak anda dan biarkan dunia eksplorasi mereka membara.

Akhir kata, menjayakan semua ini, perlu dengan cara BUKAN memaksa. Justeru sama-samalah kita memperhebat seni negosiasi dan rapat dengan anak.

Semoga tulisan ini memberi inspirasi untuk kita semua.

4 Comments:
4 Trackbacks:

[…] perkara baik dan buruk seterusnya membendung mereka dari terlibat dengan perkara negatif. Di sini ibu bapa memainkan tanggungjawab penting dalam membentuk perwatakan dan sahsiah diri anak untuk menjadi insan yang […]

[…] Begitulah antara langkah yang boleh diambil dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sikap anak perlulah dibentuk dari kecil, seperti bak pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Jika kita boleh mendisiplinkan diri, tidak mustahil kita juga secara tidak langsung membentuk keperibadian anak.Baca: Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Keperibadian Anak […]

[…] yang baru, pasti perasaan mereka terganggu. Di sini lah ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk kepribadian anak. Bagaimana […]

[…] yang baru, pasti perasaan mereka terganggu. Di sini lah ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk kepribadian anak. Bagaimana […]

Comments are closed.