Bagaimana Jadikan Perbualan Bersama Anak Lebih Bermakna?

berbual dengan anak

Komunikasi merupakan antara tunjang utama dalam pembentukan kepribadian anak. Berbicara dengan anak bukan sekadar berbual biasa sahaja. Jom ikuti tips berbual bersama anak agar perbualan menjadi lebih bermakna.

 

1. Bercakap Pada Paras Matanya

Menjadikan perbualan bersama anak lebih bermakna
Sumber: Pexels.com

Anak-anak sering berasa diri mereka kerdil dan bercakap dalam keadaan perasaan yang tidak yakin. Lebih-lebih untuk anak yang masih kecil dan belum petah berkata-kata. Untuk mendepani situasi ini, ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan bercakap pada paras matanya. Situasi ini akan membuatkan anak anda berasa terbuka untuk berbual dengan anda. Jangan kita berdiri tegak sehinggakan kepala anak terpaksa mendongak ke atas sambil bercakap dengan kita. Tambahan pula, tunjukkan minat kita untuk berbual dengan mereka.

 

2. Memberi Ruang Dan Peluang

Menjadikan perbualan bersama anak lebih bermakna
Sumber: Unsplash.com

Untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun mungkin tidak sepetah seperti yang kita ketahui. Jadi gunakan masa sebaiknya dan tidak tergesa-gesa dalam menunggu respon anak. Pada fasa ini akan mengambil masak sedikit kerana mereka masih kecil dengan kosa kata yang terhad. Namun jangan terburu-buru dan beri ruang dan peluang kepada mereka mengeluarkan pandangannya. Caranya mudah sahaja. Sementara anak mencari-cari kosa kata dan susunan ayat, kita mengangguk perlahan sambil senyum dan setia menunggu.

 

3. Guna Ayat Yang Mudah Difahami

Menjadikan perbualan bersama anak lebih bermakna
Sumber: Mom.com

Pertuturan antara ibu bapa dirumah amat mempengaruhi gaya percakapan dan pemikiran anak-anak. Komunikasi yang berjaya mampu membuatkan anak lebih celik dalam mempelajari ilmu baharu melalui perbualan di rumah. Namun lebih elok jika anda menggunakan ayat yang lebih mudah difahami agar perbualan antara ibu dan bapa bukan sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan dan akhirnya anak-anak tidak mendapat input daripada komunikasi tersebut walau sekadar melalui pendengaran.

BACA: Ambil Tahu Dan Fahami Perkembangan Anak 
BACA: Anak Anda Kurang Bercakap? Ikuti Panduan Ini
BACA: 7 Idea Jadikan Aktiviti Di Dapur Bersama Anak Menarik

 

4. Bercakap Dengan Jelas

Menjadikan perbualan bersama anak lebih bermakna
Sumber: Pexels.com

Jika tadi kita bercakap tentang komunikasi antara pasangan, point ini pula ditujukan khas untuk komunikasi antara ibu bapa dan anak. Kita semua tahu hati anak kecil tidak sekental hati kita yang dewasa ini. Malah pemikiran mereka juga sangat direct dan straightforward. Justeru, gaya percakapan yang jelas mampu mengubah daya pemikiran anak dalam mengerjakan sesuatu perkara.

Sebagai contoh, dari mengatakan “Berapa kali dah ibu cakap?”, tukarkan kepada “Apa kita nak buat sekarang?”. Dengan ayat-ayat seumpama ini, kita memberi peluang untuk anak memikirkan sendiri langkah yang sebenarnya telah diketahuinya. Jadi, elakkan menggunakan kata-kata yang memerli atau berkias.

Expectation bahawa anak akan buat itu adalah bagaikan kita memberi tenaga tambahan kepada anak, membantu anak bertindak membuat apa yang sepatutnya dilakukan secara psikologi. Oleh itu, anak perlukan masa dan kepercayaan untuk membuat perubahan dan mengikut arahan.

 

5. Bercakap Dengan Tenang

Menjadikan perbualan bersama anak lebih bermakna
Sumber: Unsplash.com

Intonasi suara amat mempengaruhi keberkesanan bicara kita, bukan sahaja dengan anak-anak, malah dengan sesiapa pun. Terutama dengan anak kita yang masih belum matang dalam pemikiran namun cukup panjang akalnya. Malah gaya dan intonasi percakapan juga mencerminkan personaliti seseorang. Jadi bersediakah anda untuk menjadi role model kepada anak-anak? Sama-sama kita memperbaiki diri agar menjadi insan yang dikagumi mereka.

 

6. Tingkatkan Masa Untuk Berbual Dengan Anak

Menjadikan perbualan bersama anak lebih bermakna
Sumber: SirapLimau.com

Dengan keadaan ekonomi yang serba-serbi tidak tentu arah ini amat difahami setiap kesusahan yang melanda keluarga mahupun individu yang terkesan. Dalam konteks ini, di saat kita sibuk dengan kerja, anak pula terabai kasih sayang dan dibiarkan mereka bermain berseorangan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan.

Sebenarnya tidak perlu hadkan diri untuk bermain bersama anak secara berfokus. Malah membuat aktiviti-aktiviti seperti membeli barang dapur, mengemas rumah, bersiar-siar, mahupun menonton tv bersama pun sudah terisi masa bersama anak, di samping memperkenalkan kosa kara secara neutral kepada anak.

Justeru, jadikan anak sebagai keutamaan agar perkembangan mereka dapat bergerak seiring dengan usianya yang perlukan sokongan dan perhatian penuh dari kedua ibu bapanya.

“Bahasa Jiwa Bangsa” amat diperlukan disaat kita berhadapan dengan bahasa dan budaya gajet bagaikan satu budaya yang mengancam manusia sekiranya tidak diawasi. Malah perkongsian perbualan dan penggunaan laras ayat dan bahasa yang baik akan menyentuh perasaan dan keupayaan anak berbicara.

Selamat berbicara dengan niat fokus membina jiwa yang kental, minda yang kaya serta pemikiran yang kreatif agar dapat melahirkan individu yang inovatif dan bertanggungjawab.





1 Comment
One Trackback:

[…] Memberikan eye contact semasa berjumpa adalah salah satu kemahiran penting dalam komunikasi.  Melalui eye contact atau hubungan mata akan membantu komunikasi sekaligus menunjukkan rasa hormat kita terhadap seseorang. Penghargaan akan lebih terlihat dan anak akan lebih mudah bekerjasama apabila ahli keluarga saling memberikan eye contact.BACA: Menjadikan Perbualan Bersama Anak Lebih Bermakna […]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.