Program Cuti Sekolah 2026

MALAYSIA HALAMANKU

Suatu masa dahulu, halaman rumah adalah tempat dunia kita bermula. Rasa seronok menguli bahan semula jadi, gelak tawa bersama kawan-kawan, dan bau harum manis kuih-muih di dapur.

Holiday at NALURI bawakan kembali keajaiban itu dalam program cuti sekolah bertemakan Malaysia Halamanku.

Sebelum Skrin, Ada Batu Seremban

Bermula dengan sesi bercerita interaktif tentang Tunku Abdul Rahman & impian menyatukan kaum, anak-anak menguli sendiri Onde-Onde manis gula melaka sambil belajar sains di dapur. Jari mereka diasah menerusi Congkak, Batu Seremban & Ceper, disusuli Natural Writing. Hari pertama berakhir dengan bimbingan tertib wudhu & praktikal laungan Azan Zohor.

Pagi bermula dengan nyanyian patriotik “Saya Anak Malaysia” penuh semangat, sebelum anak-anak memerah Bunga Telang sendiri dan kagum melihat air bertukar biru untuk resipi Nasi Lemak Bunga Telang. Keseronokan berlanjutan dengan Ting-Ting & Main Getah, disusuli Natural Writing melabel bahan masakan. Hari kedua ditutup dengan tasmik bacaan Surah Al-Fatihah bersama guru.

Anak-anak menyelami dunia Orang Utan & hutan hujan Malaysia menerusi dokumentari pendek, lalu menghasilkan kraf Orang Utan sendiri. Semangat mereka diuji pula dengan permainan Tarik Upih & Baling Selipar, disusuli Natural Writing. Sesi hari ini diakhiri dengan latihan rukuk & sujud yang betul beserta hafalan bacaan.

Hari kemuncak bermula dengan Gala Dress-Up bertemakan Jalur Gemilang & Merdeka Hunting Games yang mengujakan. Anak-anak menikmati Heritage Games Festival dan jamuan potluck bersama guru & rakan-rakan. Hari terakhir ditutup dengan solat Zohor berjemaah & penyerahan Sijil Penyertaan Holiday at NALURI.

Tempah Tempat Anak Anda di Holiday at NALURI

Pilih Slot Masa Anda

Jadual masa yang berbeza, tapi keseronokan yang sama. Pilih yang sesuai mengikut jadual keluarga anda.

Tempat Terhad, Daftar Sekarang!