Category:

Educate

Tugas Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak Berdikari

Tugas Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak Berdikari 🐣

Adalah menjadi tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak berdikari di rumah. Jika bukan dari asuhan ibu bapa, siapa lagi? Manakan tidak, segelintir ibu bapa mengambil langkah mudah dengan mengambil “bibik” atau pembantu rumah untuk menguruskan perihal berkaitan anak dan rumah. Tidaklah menjadi satu kesalahan kepada yang memerlukan pembantu rumah ini atas beberapa faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan. Seperti contoh ibu bapa yang mempunyai kekangan masa dalam menjaga anak di rumah, mahupun pasangan suami isteri yang terlalu sibuk dengan kerjaya

Continue reading ➝

Komunikasi Untuk Keluarga Berjaya

Rumahtangga yang bahagia dipengaruhi oleh komunikasi yang positif dan seterusnya menjurus kepada komunikasi keluarga berjaya. Tanpa disedari ia mempengaruhi suasana pertumbuhan sejahtera buat anak-anak. Setiap pasangan suami dan isteri pasti mempunyai impian anak berjaya di dunia dan di akhirat. Umum juga menyedari bahawa lelaki dan perempuan mempunyai cara berfikir yang berbeza. Malah cara memahami sesuatu juga ada keistimewaan masing-masing yang tersendiri. Begitu juga dalam menjayakan pendidikan anak-anak. Kadangkala, corak berfikir dan komunikasi yang berbeza menjadikan kita bingung walaupun niat kita

Continue reading ➝
berbual dengan anak

Bagaimana Jadikan Perbualan Bersama Anak Lebih Bermakna?

Komunikasi merupakan antara tunjang utama dalam pembentukan kepribadian anak. Berbicara dengan anak bukan sekadar berbual biasa sahaja. Jom ikuti tips berbual bersama anak agar perbualan menjadi lebih bermakna. 1. Bercakap Pada Paras Matanya Anak-anak sering berasa diri mereka kerdil dan bercakap dalam keadaan perasaan yang tidak yakin. Lebih-lebih untuk anak yang masih kecil dan belum petah berkata-kata. Untuk mendepani situasi ini, ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan bercakap pada paras matanya. Situasi ini akan membuatkan anak anda berasa terbuka untuk

Continue reading ➝

5 Tempat Rekreasi Menarik Di Shah Alam Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Walaupun kita sudah menginjak ke tahun baru 2022, kesan daripada pandemik Covid-19 masih lagi menghantui masyarakat sedunia. Kita perlu akur bahawa kita perlu bersedia untuk terus “hidup bersama” dengan wabak ini dan jangan sesekali mengabaikan SOP yang telah dikeluarkan.   Kesan yang saya maksudkan bukanlah dari aspek orang dewasa sahaja malah kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara kita juga telah pun menerima impak yang sama dari pandemik ini.   Manakan tidak, seawal usia mereka yang masih kecil tidak dapat ke

Continue reading ➝

Anak Anda Kurang Bercakap? Jom Ikuti Panduan Ini

Pada ibu bapa yang mempunyai anak pastinya menginginkan anak mereka lebih aktif dalam berkomunikasi. Tanyalah pada setiap ibu bapa, pastinya mereka mahukan anak mereka suka bercakap dengan mereka.   Namun ibu bapa juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam merangsang anak-anak untuk berkomunikasi. Di bawah ini kami kongsikan tips praktikal yang boleh diusahakan oleh para ibu bapa.   1. Jadikan Komunikasi Sebagai Rutin Untuk merangsang komunikasi anak-anak ibu bapa mestilah aktif bersembang dengan mereka sejak mereka lahir. Menjadikan komunikasi sebagai rutin

Continue reading ➝

Tekanan Akademik Dan Kesan Terhadap Kesihatan Mental

Saya percaya bahawa ramai daripada kita ditanamkan dengan mentaliti bahawa untuk mencapai kejayaan mestilah dengan mendapatkan keputusan cemerlang di sekolah. Namun di peringkat akar umbi lagi, kanak-kanak digalakkan untuk terus berfikir ke hadapan dan mempersiapkan diri secara akademik untuk pencapaian ke tahap tertinggi, dan seterusnya membawa kepada tekanan akademik. “Apa? Tekanan akademik?”  Ya, mari kita perhalusi satu per satu. Tekanan akademik ditakrifkan sebagai “pengalaman di mana seseorang pelajar dibebani oleh tuntutan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat akademik tertentu. Tekanan

Continue reading ➝

Bagaimana Beraktiviti Membantu Perkembangan Emosi Kanak-Kanak

Sebelum ini mungkin kita memandang enteng tentang kesedaran kesihatan mental. Sudah sampai masanya untuk kita memberikan peluang kepada anak-anak di Malaysia menjadi seorang yang jauh lebih celik tentang emosi. Melalui pendekatan yang mesra anak-anak, perkara ini perlu dibincangkan bersama dengan lebih mendalam supaya mereka lebih senang menjiwai dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebelum itu, semua individu terlibat termasuk anak mestilah saling bekerjasama dalam mencari kaedah terbaik agar suara mereka didengari dengan lebih telus dan seterusnya dapat membantu mereka mengendalikan

Continue reading ➝

Tips Ini Bantu Tingkatkan Kualiti Hidup Anda

Di saat rakyat mengeluh menghadapi harga barang naik, kita juga bergelut untuk menambahbaik mutu kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi kualiti hidup sering dikaitkan dengan kesejahteraan rakyat. Selepas pandemik covid-19, kesihatan mental dilihat sebagai satu aspek yang sangat penting kerana kesihatan mental mempengaruhi produktiviti setiap individu. Memahami situasi ini, berikut merupakan antara usaha yang boleh dipraktikkan bagi mencapai ke arah taraf kehidupan yang lebih berkualiti. Makan Makanan Yang Sihat Anda mesti inginkan pinggang yang slim dan ramping, bukan? Untuk menjaga kesihatan bukanlah

Continue reading ➝

Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Keperibadian Anak

Sejak kemunculan COVID-19 melanda, negara kita telah melalui pelbagai ujian dari pelbagai aspek, tidak kira dari segi ekonomi, pendidikan, dan kesihatan khususnya. Disebabkan itu juga ramai yang terkesan dengan pelaksanaan PKP yang diterapkan oleh kerajaan sehinggakan menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian. Walaupun institusi prasekolah sudah dibuka namun asas SOP seperti penjarakan sosial dan memakai pelitup muka wajib dipraktikkan setiap masa. Tidak asing lagi, kanak-kanak memang gemar bermain dan sangat aktif dalam meneroka dunia luar. Sudah menjadi sifat semula jadi

Continue reading ➝

Cuba 7 Projek Kreatif ini Semasa Didik Anak Mengenai Islam

Di musim PKP ini, ibu bapa boleh mengambil peluang untuk bercerita dan menerangkan tentang islam kepada anak-anak. Antara cara yang efektif untuk memudahkan anak proses maklumat adalah dengan melibatkan banyak pancaindera mereka melalui pelbagai cara. Kepelbagaian ini akan menambah keseronokan. Anda sendiri, mesti lebih suka sesuatu yang pelbagai, berbanding satu cara sahaja bukan? Jom lihat 7 idea projek kreatif santai yang boleh dilakukan: 1. Kraf Masjid Kraf masjid hanya memerlukan staw, kertas, gunting dan gam. Ikut kreativiti anda untuk membentuk

Continue reading ➝
kelas-online-naluri-kreatif

Bagaimana Ibu Bapa Boleh Bantu PdPR kanak-kanak tadika?

Dengan pengalaman PKP sejak tahun lalu, Naluri Kreatif, telah bersama-sama menggerakkan pasukan pengajar menjalankan kelas online dengan jumlah keseluruhan lebih dari 1000 contact hours. Kami kongsikan beberapa tips berguna buat Ibu Bapa: 1. Ketahui jadual kelas online anak-anak. Agar dapat sediakan masa, peralatan dan ruang. Bila tahu jadual anak, Ibu Ayah juga dapat bersedia secara mental. Dapat fikirkan sesuatu yang boleh membantu anak untuk berikan lebih perhatian. 2. Tentukan ruang dan peralatan khusus agar anak-anak cekap melalui sesi pembelajaran online.

Continue reading ➝