Tips Galakkan Anak Bercakap
Pada ibu bapa, pastinya menginginkan anak mereka lebih aktif dalam berkomunikasi. Pastinya mereka mahukan anak mereka suka bercakap dengan mereka. Namun, ibu bapa juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam merangsang anak-anak untuk berkomunikasi.
1. Jadikan Komunikasi Sebagai Rutin

Hal ini kerana anak-anak perlukan foundation atau asas untuk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya. Tips mudah, jika anda rajin bercakap dengan anak, nescaya anak pasti akan suka bercakap dan berceritakan tentang hari mereka.
2. Kurangkan Screen Time

Interaksi sosial di rumah amat penting bagi memupuk nilai komunikasi sejak kecil. Dengan mewujudkan suasana ini anak bukan sahaja belajar bercakap malah dapat belajar sesuatu dari komunikasi itu sendiri.
3. Banyakkan Membuat Aktiviti Bersama Anak

Dengan memberikan galakkan berterusan, secara tidak langsung bukan sahaja berlakunya percambahan komunikasi, malah menggalakkan semangat ingin tahu mereka terhadap sesuatu aktiviti tersebut.
4. Melakukan Aktiviti Role Play

Membuat lakonan di dunia nyata seperti bermain masak-masak, membuat aktiviti jual beli dengan anak, mahupun melakonkan watak superhero pun sudah cukup membuatkan anak-anak seronok dan pastinya meningkatkan daya percakapan mereka.
5. Libatkan Aktiviti Harian
Rutin harian di rumah juga boleh dijadikan antara aktiviti yang bermanfaat bersama anak-anak seperti tolong menghidang makanan, menyidai dan melipat baju, membuat aktiviti mengemas, berkebun, mencuci kereta dan sebagainya.
Jangan lupa melibatkan diri dalam kesemua aktiviti tersebut dan berkomunikasi secara aktif. Daripada berborak kosong, cuba perbanyakkan soalan agar fikiran mereka lebih berkembang dalam memberikan jawapan yang menuntut mereka untuk berfikir.
6. Mengamalkan Gaya Tutur Yang Baik
Elakkan dari sikap marah, herdik, menghina, mencaci dan mengeluh. Semua ini lebih mudah bila kita tenang dan sabar. Apabila kita mewujudkan komunikasi yang tenang dan seronok, anak akan berkomunikasi dan menceritakan sesuatu dengan emosi positif.
Ini juga menggalakkan mereka mahu berkongsi kegembiraan bersama orang yang mereka percaya. Namun perkara ini tidak datang begitu sahaja tanpa latihan latihan minda dan jiwa dari ilmu yang betul.
Kesimpulan
Sebagai penutup, usahlah bimbang jika anak tidak petah berkata-kata. Cuba hargai dan fahami sikap anak yang mungkin bersifat introvert dan kurang bercakap, ibarat “ada emas di mulut”. Namun lebih elok jika kita dapat menggalakkan komunikasi antara ibu bapa dan anak di rumah agar mereka tidak kekok untuk bersosial di luar rumah kelak.
