Peranan Ibu Bapa Selepas Pandemik

Pandemik COVID-19 telah mengubah cara hidup keluarga di seluruh dunia. Anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah, dan ibu bapa menjadi rujukan utama dalam setiap aspek kehidupan mereka. Situasi ini menunjukkan betapa besar peranan ibu bapa dalam membentuk keperibadian anak.

Ibu bapa bukan sahaja perlu memastikan keselamatan fizikal, tetapi juga membimbing emosi dan tingkah laku anak sepanjang tempoh mencabar ini.

Membimbing Rasa Ingin Tahu Anak

Kanak-kanak secara semula jadi suka bermain dan bertanya. Mereka ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka. Rasa ingin tahu ini boleh menjadi peluang pembelajaran!

Ibu bapa boleh membimbing dengan menjawab soalan anak secara sabar, memberi contoh mudah, dan menggalakkan mereka mencuba aktiviti baru. Dengan cara ini, rasa ingin tahu anak disalurkan kepada pengalaman yang berfaedah.

Ibu Bapa Sebagai Tonggak Keperibadian Anak

Di sinilah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting bagi membantu perkembangan emosi, komunikasi, serta interaksi sosial anak. Memahami pengaruh besar ibu bapa, di sini kami senaraikan beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh ibu bapa.

Menambahkan Kekerapan Aktiviti Riadah

Penting untuk ibu bapa kekal aktif dalam melakukan aktiviti sukan dan riadah bersama anak-anak di luar rumah. Mereka perlukan kawasan lapang dan udara segar untuk dihirup sambil bermain. Pada ketika ini lah pancaindera mereka diaktifkan untuk melihat dan memproses alam sekeliling. Terdapat banyak kawasan natural yang boleh diteroka bersama anak. Antaranya, bawa ke taman permainan, tasik, sungai, pantai, dan kebun.

Wujudkan Waktu Tanpa Gajet

Untuk menambahkan keharmonian di dalam rumah, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengasingkan anak-anak dari bermain gajet seperti telefon bimbit dan tablet. Dengan cara ini, ikatan yang lebih bermakna dapat dibina. Hal ini kerana kualiti komunikasi mudah terjejas dan fokus anak sering terganggu.

Kanak-kanak perlu dilatih untuk berdisiplin sebelum menjadi satu ketagihan.

Ajak Anak Terlibat Dalam Aktiviti Mengemas Rumah

Walaupun baru usia dini, pentingnya memupuk keseronokan dalam mengemas rumah. Tidak bermaksud melakukan aktiviti mengemas yang “berat”. Sebaliknya, cukuplah ada kebersamaan dalam beberapa aktiviti agar dapat membantu semangat kerjasama, tolak ansur dan meningkatkan motivasi menyiapkan kerja.

Contohnya, mengemas katil, mengemas meja belajar dan melipat baju. Selain itu, pastikan ia tidak bertindan supaya mencapai objektif seronok membantu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, bukan?

Membuat Aktiviti Kraf Bersama

Aktiviti kraf mampu merangsang imaginasi dan kreativiti anak. Ada pelbagai jenis aktiviti kraf yang ibu bapa boleh pilih bersama anak. Lebih penting lagi, ibu bapa boleh memberikan anak kebebasan dalam memilih aktiviti kraf tersebut, di samping anda cuba mempelbagaikan jenis aktiviti untuk elakkan kebosanan.

Dalam banyak situasi, anak sebenarnya sangat seronok apabila ibu ayah terlibat bersama kerana mereka dapat berbual sambil beraktiviti. Di sinilah, minat anak anda terhadap sesuatu terserlah!

Mencuba Sesuatu Yang Baru

Adakah anak anda suka berkebun, bertukang, menjual atau membuat aktiviti robotik? Aktiviti-aktiviti ini mungkin agak baru untuk mereka namun sangat bagus untuk perkembangan si kecil.

Seeloknya, cuba suaikan aktiviti mengikut umur anak-anak anda dan biarkan dunia eksplorasi mereka membara.

Akhir kata

Menjayakan semua ini, perlu dengan cara bukan memaksa. Justeru itu, sama-samalah kita memperhebat seni negosiasi dan rapat dengan anak.

Semoga tulisan ini memberi inspirasi untuk kita semua. Untuk lebih tips keibubapaan, jemput follow kami di Instagram, TikTok, Threads dan YouTube!

Nurul Hanan Arifin

CEO Natural Learning Initiatives