Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

KISAH MAMA 7: Diskusi Di Rumah, Cetus Potensi Anak

SAMBUNGAN KISAH MAMA >

Setiap anak, sudah pasti banyak kerenah dan berbeza watak. Sebagai seorang anak, sudah pasti orang pertama yang dilihat sebagai contoh adalah ibunya. Tidak terkecuali daripada kami. Tetapi dalam banyak perkara, tidak dinafikan, kami belum faham dengan semangat seorang ibu. Mungkin kerana ketika itu kami masih kecil. Tapi kami meraikanya, Alhamdulillah.

Masa berlalu sangat pantas.

Majoriti adik beradik kami mempunyai anak. Kami melihat mereka membesar dan tidak terlepas dari membayangkan bagaimana Mama menjaga kami.

Refleksi-refleksi ini sangat kuat, sehingga kami dapat merasakan yang Mama lakukan dahulu pada kami sangat besar impaknya. Ia belum pasti dapat kami lakukannya, tetapi kami harus tetap berkongsi agar kebaikannya lebih meluas.

 Mama pendengar setia

Setiap kami tidak lari dari cabaran kehidupan. Ada sahaja cerita yang perlu kami luahkan dan diskusikan. Mama mendengar dengan penuh semangat. Mama tidak membuat kerja lain semasa mendengar. Mama memberi respons dan memberi refleksi terhadap apa yang kami utarakan. Apakah semuanya baik baik sahaja masalah kami? Oh tidak. Ia bervariasi daripada santai sehingga amat berat. Mama mendengar sehingga kami rasa dihargai.

 Memilih perkataan

Perkataan mama dipilih dengan hati-hati. Walupun ada perkara perkara berat yang harus dibicarakan, ianya tersusun sehingga bagaimana mama bertindakbalas terhadap kesalahan kami, membuatkan kami bertambah malu dan segan. Gaya percakap Mama sangat mempengaruhi jiwa kami.

 Gaya Bahasa dan Intonasi

Apabila kami mempunyai anak-anak sendiri. Kami, dapat rasai bagaimana menjadi ibu ayah akan sering teruji kesabarannya. Ia bukanlah sesuatu yang senang untuk sentiasa tenang dengan kerenah anak. Tetapi Mama meninggalkan contoh amat berharga bahawa ibu ayah MAMPU untuk lebih tenang menjaga gaya bahasa dan intonasi yang lebih baik kepada anak.

3 perkara ini amat memudahkan sesi diskusi kami dari kecil hingga dewasa dengan Mama.  Dari diskusi inilah, Mama mencetus kami mencuba, menghargai, membetulkan persepsi negatif, dan meransang kami untuk mencari dan membuat sesuatu yang bermakna.

Ia membuatkan kami menginsafi bahawa,

“sebelum kita bersusah payah mengusahakan macam macam, mengeluarkan wang dan masa dengan sangat banyak untuk meransang POTENSI mereka, kita harus memperhebatkan kemahiran komunikasi dengan anak”

Siapa Mama? Mama Noor Hayati Abd Hamid (Mama Yati) adalah  mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang keibubapaan, Konsultant Utama NLI Education Sdn Bhd dan mempunyai rangkaian Tadikanya, Naluri Kreatif.

Pn Noor Hayati akan menjadi speaker utama dalam Seminar “Let’s Talk Emotion”

…………………………………………………………

Daripada artikel ini perasan tak bahawa emosi anak ni sangat pentingkan untuk kita bangunkan dan betapa pendidikan ibubapa dalam pengetahuan tentang emosi anak ni jangan di buat main. Sebabnya emosi anak kita ni dibawa sehingga besar.
.
Bayangkan anak kita adalah bakal ibu dan bakal ayah kepada anak dan generasi seterusnya. Banyakkan saham kita kalau kita pandai membantu anak kita mengendalikan emosi.
.
Jom sertai kami bagi menjayakan seminar dan bengkel Let’s Talk Emotion dan kami amat menyarankan anda semua untuk menyertai seminar di bawah.
.

SEMINAR & BENGKEL “LET’S TALK EMOTION”

 

46cd5130-3003-4136-8705-80127f05fbb6

Seminar & Bengkel: Let’s Talk Emotion
——————————-

Pernah anda hadapi situasi ini?

Anak saya ni suka sangat main, susah nak fokus. Geram. Susah nak ajar dia.

Bila marah, saya rasa bersalah. Tapi saya tak tahu bagaimana nak hadapi kerenah anak.

Anak saya degil. Susah dengar kata. Stres saya

Anak saya suka sangat ganggu saya apabila saya ada tetamu.

Bila tak dapat gadget, dia mengamuk.

✍Ayuh, bergabung bersama kami, mencari solusi terbaik untuk membantu anak mengurus emosinya.

Ia bukan sekadar seminar, tetapi diskusi berbentuk bengkel untuk ibu bapa saling berkongsi idea masing masing.

——————————-
Tarikh : 28 May 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi
Speaker:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid ,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

Prof Madya Dr.Che Noraini Hashim,
Kulliyyah Of Education
International Islamic University Malaysia
——————————-
Yuran :

RM 140 seorang
RM 270 Pakej suami isteri
Early Bird Promotion

–sehingga 13Mei 2016–
RM 130 seorang
RM 250 pakej suami isteri

# Seminar ini berbahasa Melayu
———————————-
Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45

——————————————-
Sila klik link ini untuk pendaftaran peserta di sini

Pendaftaran anak di sini

http://goo.gl/forms/wfEk9xwilo

Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan
Cik Nadhrah : 0196916559

 

Leave a Reply