Katakan kita pelakon sebagai emak dalam kisah di bawah:

Kisah 1:

Suatu hari, Didi yang berumur 6 tahun sedang bereksperimen bersama adik-adiknya. Beliau sangat asyik menjumpai sesuatu yang menarik. Kali ini mereka membuat eksperimen menggunakan air dan sabun. Mamanya sedang sibuk menjaga adik kecil yang agak kurang sihat harini.

 
Setelah adiknya kecil tidur, mamanya ingin menjenguk keluar anak anak. Tiba-tiba mamanya yang sedang penat terjatuh tergelincir. Rupanya Didi tertumpah air campuran sabun tadi di atas lantai.
 
Bagaimanakah respon Mama dalam cerita itu? Bagaimana pula respon Didi? 
 
Mampukah mama menahan amarah dan berlemah lembut ?


Kisah 2: 

Suatu hari, Ahmad membuat karya yang tidak pernah Ahmad buat. Lama sangat beliau buat. Tiba tiba adiknya merosakkannya. Adik tak sengaja. Habis adik di marahnya Ahmad. Ahmad amat sedih dan geram. Adiknya pula menangis meraung.

Mama pula bagaimana?

Di manakah kita? 

Kisah ini memang tidak dilengkapkan. Hanya kita yang tahu kebiasaan kita.
Berlemah lembut ni, senang untuk kita tuturkan. Tapi apakah ia suatu yang senang untuk kita lakukan dengan konsisten.
 
Mengawal amarah ini ia juga senang untuk kita tulis tetapi ia kuasa hebat yang perlu kita perjuangkan untuk tidak melakukannnya.
 
Sama-sama kita mendidik diri, menjadi pejuang kasih sayang dan kelembutan. Kita cuba baca ayat di bawah degan mata hati:

“……serta orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan(kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran [3]: 134).

Daripada Aisyah RA,
“Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kelembutan tidaklah terdapat pada sesuatu melainkan akan menghiasinya, dan tidaklah dicabut dari sesuatu melainkan akan mencemarinya”
(Hadith Riwayat Muslim)

Daripada Jarir bind Abdillah RA, dia berkata
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ” Barangsiapa yang tidak dikurniakan kasih kelembutan, bererti dia tidak dikuriakan seluruh kebaikan.” (Hadith Riwayat Musim)

Kadang kala, sesuatu itu menjadi teramat KOMPLEKS hanya apabila hilangnya

KELEMBUTAN dan KEMAAFAN

bukan mudah ….

Tetapi ia mudah apabila hadir keikhlasaan, kebiasaan, serta jiwa kuat

kuat bagaimana? sekuat apa? Kami hadirkan beberapa persoalan, untuk di ambil BUAHnya dari kisah Nabi Ibrahim,
kupasan Ustaz Nukman Ali Khan.

 

JOM SERTAI SEMINAR & BENGKEL LET’S TALK EMOTION

Untitled design (2)

Anda Berminat untuk menyertai seminar & bengkel ini?

KLIK LINK INI

http://goo.gl/991HQv

Klik di sini untuk mendapatkan update artikel keibubapaan melalui email:
http://naluri.gr8.com/