12006245_747627295341944_6820751372778944662_n
 
 

Pn Noor Hayati Abdul Hamid adalah Ibu kepada 7 orang anak, Principal Consultant Natural Learning Initiatives & Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga.

 
Perkongsian ini akan menggunakan KAMI bagi mewakili anak-anak Pn Noor Hayati. InsyaAllah, perkongsian santai ini akan di email secara bersiri, agar mudah di cerna.

 

Kami 7 beradik. Yang sulung ialah abang kami yang menetap di London bersama keluarga tercinta. Beliau banyak berfikir, agak pendiam tapi mesra apabila mengenalinya. Di zaman sekolah, abang dikenali sebagai seorang yang pendiam. Tapi seingat saya abang ialah seorang anggota pustakawan, tidak dinafikan abang sangat rajin, ramai cikgu sekolah yang memuji peribadinya.

 

Ketika zaman persekolahan, abang sangat menonjol dengan aktiviti pengakapnya. Dalam diam, beliau menjadi ketua di peringkat sekolah dan sering mewakili sekolahnya bagi aktiviti pengakap. Mama dan ayah mendorongnya bergiat aktif dalam pengakap. Kami seronok gembira mendengar kisahnya di meja makan apabila beliau pulang. Meja makan itu banyak menjadi saksi kepada kisah-kisah yang diceritakan.

 

Banyak simpulan-simpulan pengakap baru yang kami belajar. Abang pandai menjahit sebab banyak lencana pengakap perlu dijahitnya. Abang juga suka mempraktikkan ilmu pengakapnya di sekeliling rumah. Tanah di belakang rumah abang ajarkan kami memasak kentang di dalamnya. Bukit di belakang rumah menjadi tapak latihan kami untuk aktiviti mendaki. Bukit ini setinggi rumah dua tingkat menjadi tempat beraktiviti kami adik beradik terutamanya aktiviti lasak. Adik beradik perempuan kami pun semuanya biasa mendaki hasil didikan Pengakap Raja di rumah.

 

Paling saya ingat abang terpilih untuk ke Jepun mewakili Pengakap Malaysia. Beliau bukan sahaja menjadi wakil Malaysia malah telah berjaya memecahkan rekod pendaki sebelum itu dengan berjaya mendaki 6 puncak Mount Sanbe dalam masa 4 jam sahaja. Satu rekod baru ketika itu. Abang ketika itu berusia 16 tahun. Selain itu, aktiviti pengakap abang dan kawan kawan pernah di rakamkan untuk rancangan Rice Mice di TV2 untuk siaran hujung minggu pada ketika itu.

 

Walaupun abang saya seorang yang kelihatan lasak, beliau sangat sensitif dari segi perasaan. Beliau seorang yang cepat memahami perasaan orang lain. Pada pemerhatian saya, latihan berpengakap ini telah menyempurnakan lagi didikan mama dan ayah di rumah. Abang menggosok baju sekolah beliau sendiri sejak sekolah rendah. Walaupun ada pembantu rumah part time yang menggosokkannya, beliau akan memeriksanya dan seringkali kelihatan beliau menggosoknya sendiri. Beliau juga sangat mahir menjahit pakaian yang perlu dibaiki. Tidak perlu bantuan mama. Mungkin kerana sering lihat mama juga yang rajin menjahit. Beliau juga sangat cermat menjaga barangan peribadinya. Dalam pengakap banyak lencana dan selendang yang perlu dijahit. Saya masih ingat selendang beliau yang penuh dengan lencana. Beliau akan menjahit dengan penuh cermat.

 

Abang juga akan sentiasa ajak adik beradik untuk menolong mengemas, sidai baju, mop lantai dan memasak. Suatu yang sangat mengujakan kami berada di bawah kepimpinan abang. Tidak dilupakan juga buku skrap pengakap beliau. Sungguh tebal dan besar. Penuh dengan gambar dan catatan pengembaraan aktiviti pengakap. Kami adik beradik suka membacanya. Saya sering melihat abang di meja tulisnya melengkapkan buku tebalnya itu.

 

Selain pengakap, antara minat abang saya yang amat menonjol ialah di sekitar peralatan elektronik. Sejak kecil beliau suka mengumpul motor-motor elektronik dari barangan yang rosak, dan dihasilkan pula sesuatu alat yang baru. Di biliknya banyak koleksi barang elektronik yang belum diproses! Minat beliau dalam bidang ini diteruskan hingga beliau mengambil pelajaran Reka Cipta untuk ujian PMR ketika abang di Tingkatan 3. Abang menghasilkan sebuah mesin kompos baja organik. Ia menukar sisa organik kepada baja organik. Abang juga membuat mesin pembancuh air dan ganggang telefon bertopy Star Wars daripada barang recycle. Kami semua kagum mencuba dan menggunakannya. Beliau sangat tekun menghasilkan mesin tersebut. Saya masih ingat meja besar yang menjadi platform beliau mencipta barangannya itu.

 

Siapa sangka, minat membaiki barang elektronik yang rosak ini telah membawa beliau menjadi seorang Network and IT Consultant. Perjalanan abang mengejar impiannya adalah sesuatu yang amat menarik.

 

Selepas SPM, abang diterima masuk ke Pusat Matrikulasi di Negeri Sembilan. Abang jadi ketua juga di situ. Memang seperti abnag sulung. Beliau sangat peka dari segi kebersihan rumah dan disiplin anggota rumahnya yang lain. Ketika itu asrama. Tetapi tidak lama kemudian, abang meminta dari ayah dan mama untuk berhenti dari matrikulasi dan beliau ingin meneruskan pelajaran beliau di sebuah politeknik ternama di Malaysia. Pasti mama dan ayah risau, kerana ketika orang lain tersohor anaknya berada di Matrikulasi, abang ingin pindah ke Politeknik, yang mana kelayakan untuk masuknya adalah lebih rendah dari Politeknik. Tetapi setelah perbincangan, mama tanya betul ke abang nak berhenti dari sini? Sebab orang lain semua berebut-rebut hendak pergi ke matriks, abang pula nak pergi ke poli. Abang menjelaskan tindakannya, terlalu banyak ujian dalam sistem matriks dan mungkin tidak sesuai dengan jiwa abang.

 

Rupanya keputusan melanjutkan pelajaran ke Politeknik adalah sesuatu yang di luar dugaan. Abang mendapat Anugerah Emas ketika beliau graduasi. Hebat betul penangan minat sejak kecil ini telah mendorong abang cemerlang dalam suasana yang beliau serasi. Politeknik telah memberi ruang yang luas untuk abang meneroka minatnya. Selain bidang pengajian yang diminati, abang turut menimba pengalaman baru di arena silat. Banyak pengetahuan dan penghayatan mengenali identiti dan jatidiri bangsa serta agama ditimba melalui penglibatan beliau dan silat.

Mama dan ayah begitu gembira dengan pencapaian abang di politeknik. Seterusnya abang mencari tempat untuk menyambung pelajaran. Hasil doa dan usaha beliau dan mama serta ayah, abang mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Sepanjang pengajian dan perantauan beliau ke bumi asing, kehidupan yang dilalui tidak sunyi dari ujian dan cabaran anak perantau. Namun, hasil pengalaman berdikari dan latihan kepengakapan serta pengajian silat, dan doa, nasihat serta dorongan yang tak putus-putus dari ayah dan mama memberi beliau kekuatan dan ketabahan hati walaupun jauh beribu batu. Beliau tamat mendapat Degree in Electrical & Electronics dari University of Sheffield.

 

Kini abang saya berusia 36 tahun dan menetap di  London, United Kingdom, bersama isteri dan anaknya. Beliau bekerja sebagai seorang IT & Network Consultant di samping meneruskan exam CCIE, ijazah profesional di bidang tersebut.

 

Pada saya kisah perjalanan kejayaan abang ini sesuatu yang amat unik kerana laluannya agak berbeza dari kebanyakan pilihan umum. Namun, ia mampu dilakukan kerana sokongan, doa dan dorongan mama dan ayah yang begitu jitu. Minat dan keberanian abang yang mendalam dan beliau jelas apa yang diingininya. Kematangan abang dan peribadinya yang jelas menonjolkan hasil didikan mama dan ayah sebagai asas seorang manusia berdikari.

 

Ia juga menjadi aspirasi buat saya untuk melihat sistem pendidikan negara kita sekarang ini yang secara umumnya adalah berasaskan peperiksaan dan akademik semata-mata. Bagi seorang yang fitrahnya serasi dengan pendekatan “hands on”, dan bukan teori semata-mata, sistem negara kita merupakan satu cabaran yang besar. Namun, kisah ini menjadi contoh bagaimana dengan keberanian dan minat, kejayaan mampu dicapai melalui jalan-jalan yang tersedia, namun memerlukan hati yang cekal untuk melaluinya kerana tidak ramai yang mengambil laluan yang sama.

 

Peranan ibu bapa amat penting dalam perjalanan seperti ini.

 

Percaya – kepercayaan ibu bapa terhadap kemampuan anak amat penting, apa yang kita percaya, itulah yang anak kita mampu lakukan. Kekhuatiran dan kegusaran kita adalah elemen negatif yang perlu disimpan. Tampung dan bina kepercayaan dengan doa.

 

Ruang – ibu bapa harus belajar memberi ruang kepada anak-anaknya untuk membuat pilihan. Ruang perbincangan dan membuat keputusan adalah antara cabaran utama kebanyakan ibu bapa. Memberi ruang anak mengutarakan pendapat dan melalui proses perbincangan serta membuat keputusan merupakan satu proses yang amat penting untuk melahirkan insan-insan berjiwa matang, kritis dan pemimpin.

 

Dorongan – kesetiaan ibu bapa melihat potensi anak dan mendorongnya amat penting. Contoh dalam kisah ini adalah memberi sokongan kewangan dan masa mencari barang yang diperlukan untuk aktiviti.

 

Kisah ini bukan sahaja menginpirasi kami semasa anak-anak, tetapi ia sangat kepada kami apabila mendidik anak-anak lelaki. Semoga kisah ini membuka mata hati kita untuk membuat yang terbaik dan membantu mereka memaksimakan POTENSI diri.

Pn Noor Hayati (Mama Yati) adalah merupakan salah seorang dari Speaker bagi Let’s Talk Emotion. Kupasan beliau adalah berdasarkan pengalaman  membantu menCETUS POTENSI anak-anak sendiri dan ribuan anak didik beliau. AYUH, SEGERA DAFTAR seminar ini sebelum tempat penuh.

 Klik di sini untuk info SEMINAR & BIODATA PENUH Mama Yati

 Daripada artikel ini perasan tak bahawa emosi anak ni sangat pentingkan untuk kita bangunkan dan betapa pendidikan ibubapa dalam pengetahuan tentang emosi anak ni jangan di buat main. Sebabnya emosi anak kita ni dibawa sehingga besar.
.
Bayangkan anak kita adalah bakal ibu dan bakal ayah kepada anak dan generasi seterusnya. Banyakkan saham kita kalau kita pandai membantu anak kita mengendalikan emosi.
.
Jom sertai kami bagi menjayakan seminar dan bengkel Let’s Talk Emotion dan kami amat menyarankan anda semua untuk menyertai seminar di bawah.
.

Share link ini juga ia membantu !

 

SEMINAR & BENGKEL “LET’S TALK EMOTION”

46cd5130-3003-4136-8705-80127f05fbb6

Seminar & Bengkel: Let’s Talk Emotion
——————————-

Pernah anda hadapi situasi ini?

Anak saya ni suka sangat main, susah nak fokus. Geram. Susah nak ajar dia.

Bila marah, saya rasa bersalah. Tapi saya tak tahu bagaimana nak hadapi kerenah anak.

Anak saya degil. Susah dengar kata. Stres saya

Anak saya suka sangat ganggu saya apabila saya ada tetamu.

Bila tak dapat gadget, dia mengamuk.

✍Ayuh, bergabung bersama kami, mencari solusi terbaik untuk membantu anak mengurus emosinya.

Ia bukan sekadar seminar, tetapi diskusi berbentuk bengkel untuk ibu bapa saling berkongsi idea masing masing.

——————————-
Tarikh : 28 May 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi
Speaker:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid ,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

Prof Madya Dr.Che Noraini Hashim,
Kulliyyah Of Education
International Islamic University Malaysia
——————————-
Yuran :

RM 140 seorang
RM 270 Pakej suami isteri
Early Bird Promotion

–sehingga 13Mei 2016–
RM 130 seorang
RM 250 pakej suami isteri

# Seminar ini berbahasa Melayu
———————————-
Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45

——————————————-
Sila klik link ini untuk pendaftaran peserta di sini

http://goo.gl/forms/czzE1zHyYq

Pendaftaran anak di sini

http://goo.gl/forms/wfEk9xwilo

Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan
Cik Nadhrah : 0196916559