Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

In the world of connectivity. We are less connected? How is that true?

 

 

In the world of connectivity.
We are less connected?
How is that true?

Pagi ni saya bersarapan di luar, saya mencari-cari tempat duduk dan agak penuh.

Saya ambil masa santai sikit hari ni sebab telah melalui 3 hari yang agak padat.

Dari jauh terkelihatan yang duduk santai menikmati juadah dan rezeki didepan mata.

Alhamdulillah yang dah habis makan ada yg borak-borak, ada yang sedang connect dengan handphone, tidak kurang juga yang sambil makan sambil tengok handphone dan disebelahnya mungkin suami dan isteri, anak, kawan, atau tetamu.

Lebih ramai yang sedang connect dengan handphone dari engage dengan perbualan hati ke hati dengan insan didepan mata ?

Masa kini agak sukar bercakap tanpa ‘gangguan dari handphone ‘ ?.

Kalau dengan kawan-kawan mungkin biasa la
tapi kalau dgn suami isteri
apa agaknya mesej yang diberi atau diterima?

Sambil kunyah tengok handphone cakap sekejap-sekejap tengok lagi handphone ?

Kalau bersama dengan anak-anak parah lagi.
Kalau anak buat hal
siapa nak peduli sebenarnya?
Siapa yang lebih dapat mengawal suasana
anak atau orang-orang tuanya?

handphone ni untuk menyenangkan hidup kita seperti bisnes kita agar lebih lancar, lebih efektif, lebih cemerlang komunikasi, menjimatkan dan boleh buat online business dan sebagainya.

Hakikat pencerobohan handphone dalam kehidupan ini akan dapat dikawal sekiranya kita sendiri yang disiplinkan penggunaannya untuk memanfaatkan kita.

control,control,control!
Wahai diri.

Time makan makanlah,
Time rehat cubalah rehat,
Time handphone,
handphone habis-habis…
Time untuk uruskan handphone…uruskan.
Jangan sampai handphone yang uruskan kita ?

Sekadar peringatan buat diri saya dan sahabat yang dikasihi dipagi yang mulia ini.

Sayangi orang yang kita kasih dengan memberikan haknya untuk difahami dengan mendengar sebagaimana kita juga ingin difahami
Ceria-ceriakan diri mencari inspirasi ?

Oleh: Puan Noor Hayati Abdul Hamid,

Founder NALURI Early Excellence System,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd