Cuba 7 Projek Kreatif ini Semasa Didik Anak Mengenai Islam

WhatsApp-Image-2021-08-20-at-18.24.34-1

Di musim PKP ini, ibu bapa boleh mengambil peluang untuk bercerita dan menerangkan tentang islam kepada anak-anak. Antara cara yang efektif untuk memudahkan anak proses maklumat adalah dengan melibatkan banyak pancaindera mereka melalui pelbagai cara. Kepelbagaian ini akan menambah keseronokan. Anda sendiri, mesti lebih suka sesuatu yang pelbagai, berbanding satu cara sahaja bukan?

Jom lihat 7 idea projek kreatif santai yang boleh dilakukan:

1. Kraf Masjid

Kraf masjid hanya memerlukan staw, kertas, gunting dan gam. Ikut kreativiti anda untuk membentuk masjid, projek ini dapat meningkatkan daya imaginasi anak. Sambil buat kraf, ibu bapa boleh bercerita tentang solat, waktu solat, kenapa kita perlu solat dan fungsi masjid untuk umat islam. Dengan cara ini, anak-anak dapat proses maklumat dengan cepat, santai dan mereka akan lebih cintakan Islam.

2. Donation Suitcase

Kraf ini hanya memerlukan gambar-gambar barang, kertas, pensil warna, gunting dan gam. Sebelum melakukan kraf, ibu bapa boleh bercerita tentang bersedekah, kelebihannya, kenapa perlu memberi, siapa orang yang lebih memerlukan, barang apa yang kita boleh sedekah. Selepas bercerita, boleh mula untuk buat kraf dan kait kan dengan penceritaan tadi. Dengan projek ini, dapat memupuk anak dengan rasa empati dan bersyukur dengan apa yang mereka ada. Kalau nak lebih real, anda boleh buat bersama bekas untuk barang derma. Boleh dapatkan idea dari anak anda, bagaimana nak hias kotak tersebut dan kepada siapa untuk kita berikan. Ini boleh juga menjadi aktiviti keluarga.

3. Kraf Pokok Kurma dan Padang Pasir

Ibu ayah boleh lakukan kraf pohon kurma dan padang pasir bersama anak sambil bercerita tentang kisah perjuangan Nabi Muhammad. Semasa bercerita secara santai, dengan intonasi menarik, cerita ini menjadi lebih menarik kerana anak menjiwai suasana di pasir. Kraf ini hanya memerlukan kertas, water color, gunting dan gam. Melalui kraf ini, anak dapat mengenali Rasulullah dan memupuk rasa cinta pada baginda. Anak juga dapat kenali keadaan padang pasir yang mereka tidak pernah lihat. Untuk menambah keseronokan, anda boleh gabungkan juga bahan semulajadi seperti daun kering, menjadi pelepah kurma. Pasir atau tanah sebagai pengganti lukisan tanah.

4. Kraf Sejadah.

Kraf sejadah ini, ibu bapa boleh kaitkan dengan kepentingan matahari dalam menentukan waktu solat. Didik anak tentang waktu waktu solat, dan kaitannya dengan kedudukan matahari. Anak dapat belajar tentang solat, sekaligus tentang ciptaan Allah SWT iaitu matahari. Melalui aktiviti ini, anak dapat lihat kebesaran Allah SWT, memupuk rasa seronok untuk mendirikan solat dan rasa cinta kepada Pencipta mereka.

5. Telaga Air Zam Zam Menggunakan Cawan Kertas.

Kraf ini boleh dikaitkan dengan kisah tentang keajaiban terjadinya air zam-zam dengan hentakan kaki Nabi Ismail. Ibu bapa boleh bercerita tentang bagaimana terjadinya telaga air zam-zam. Melalui aktiviti ini, anak-anak akan mengetahui tentang kesabaran Siti Sarah, dan kekuasaan Allah Swt. Kisah Telaga juga boleh dikaitkan dengan kisah Nabi Yusuf yang amat pemaaf terhadap abang-abangnya yang meninggalkannya didalam telaga.

6. Jurnal Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW.

Baru-baru ini, kita ada menyambut Ma’al Hijrah, Ibu bapa boleh buat jurnal perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah sambil bercerita secara santai dan mudah difahami anak. Melalui aktiviti ini, anak dapat proses maklumat dengan cepat. Jurnal ini boleh dibuat dengan interaktif bersama gambar, marker warna warni, cat air dan sticker. Kaedah jounaling ini juga amat bagus untuk ibu ayah bantu anak menceritakan sesuatu. Mulakan kebiasaan ini dengan hanya satu ayat dan 1 gambar, sudah memadai.

7. Origami

Origami adalah antara aktiviti kraf yang tidak membosankan dan meransang kemahiran motor halus. Gunakan objek origami untuk memancing perbualan dengan anak. Contohnya, membuat origami Baju. Memupuk anak mensyukuri bahawa kita ada rezeki bernama pakaian. Dari pakaian, ia melindungi kita dari pelbagai masalah, menjaga maruah kita tetapi ia sering dilupakan. Daripada rasa syukur dengan apa yang ada dan apa yang Allah beri, akan lebih mudah untuk kita bawa anak kepada mencintai Allah, insyaAllah.

Tak sempat nak rancang dan sediakan bahan?
Ibu ayah, bagi anda yang tak sempat nak fikir aktiviti ini dan sediakan bahan, anda boleh dapatkan 1 kotak aktiviti sebegini dari NLI Education. NK Box Islamic Learning Set dilengkapi dengan 3 Modul lengkap bahan untuk anak berumur 5 – 9 tahun beraktiviti bersama ibu ayah.

Berita baik buat semua, sempena bulan kemerdekaan ini, beli set ini secara Kombo akan dapat 1 Bendera dan 1 Set Mewarna Batik bertema kan Malaysia.

Rebut tawaran terhad ini sekarang: https://nalurikreatif.com/merdeka-kombo/

2 Comments:
2 Trackbacks:

[…] Oh ya, berinteraksi santai sambil belajar dan beraktiviti dengan anak juga boleh dianggap sokongan sosial yang baik. Boleh lihat idea aktiviti di sini. […]

[…] Apabila memasuki Ramadan, pasti terasa akan suasananya. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghidupkan suasana tersebut. Buat persediaan sepertimana kita tidak sabar menanti kehadiran bulan yang suci ini. Seperti mengemas rumah, membuat hiasan dekorasi dan membuat kraftangan bersama anak. Sambil membuat aktiviti tersebut, sertakan dengan bercerita dengan anak aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat di bulan Ramadan. Atau anda boleh klik di sini untuk rujukan 7 Projek Kreatif Semasa Mendidik Anak Mengenai Islam. […]

Comments are closed.