Perkongsian menarik. Kadang kadang kita nak ajak anak tolong, tapi rasa macam kecil lagi.

Tapi melibatkan anak dalam aktiviti seharian dirumah adalah antara cara yang sangat menarik dalam membina hubungan ahli keluarga, memupuk semangat kerjasama, tolong menolong, membangun kepercayaan diri anak, dan ia adalah pelajaran mahal dalam pembinaan character positif bagi anak apabila kita menjadikan ia sebagai habit.
.
.
Semasa beraktiviti sebegini, bagus untuk kita buang target untuk perfect dan mahu cepat siap. Tapi lebihkan menyokong usaha, terlibat sama serta gunakan ayat ayat seronok dan bukan arahan dan jauh sekali paksaan.
.
.
Ini adalah antara masa yang sangat best untuk berborak dwngan anak anak. Borak ikut level mereka. Lain aktiviti, pasti lain dialog nya. Dialog di ampaian pasti lain dialog di dapur dan di bilik. Jadi mempelbagai aktiviti di pelbagai tempat akan memperkayakan keupayaan anak berbahasa.
.
.
Semua ini juga adalah experiencial learning buat anak. Ia memang nampak sangat santai tapi ia amat mahal dan kaya pelajaran buat anak.
.
.
Semasa menulis ini, ia terluncur begitu sahaja kerana ia banyak di kupas oleh ibunda tercinta, Noor Hayati Abdul Hamid.
.
.
P/s : Walaupun artikel ini memberi panduan umur berapa yang sesuai, tetapi pada pendapat saya, ia sebenarnya boleh sahaja kita dedahkan lebih awal. Tetapi bukan buat semua step. Hanya buat step yang anak kita boleh sahaja.
.
.
Selain dari itu, satu aktiviti, kita boleh libatkan perlbagai umur anak. Contohnya untuk basuh baju menggunakan mesin basuh, anak 1.8 thn – 3 tahun boleh main masukkan baju bersama mama. Mereka boleh identify baju siapa. 4-6 tahun, kita boleh beri kepercayaan letak sabun dan laraskan tombol di mesin basuh hingga dia berfungsi dengan bantuan kita .
.
.
Anak mungkin buat beberapa step sahaja daripada keseluruhan step. Yang penting adalah ia meninggalkan perasaan positif pada anak.
.
.
Meh baca 


 

 

A Guide to the Different Chores You Can Give Kids at Various Ages

 

 

klik link ini untuk bacaan lanjut : 

https://brightside.me/inspiration-family-and-kids/a-guide-to-the-different-chores-you-can-give-kids-at-various-ages-253260/