Pernah fikir tak, macamana anak-anak belajar lepas pendemik Covid-19? Dah terlalu lama dalam rumah. Apa tadika dan taska patut buat untuk berdaptasi dan bantu perkembangan anak-anak ini?
Jom lihat apa yang Naluri Kreatif susun untuk bantu anak kembali semula fitrah mereka.
Naluri Kreatif mempunyai rangkaian tadika dan playhouse di 11 lokasi.
Pernah fikir tak, macamana anak-anak belajar lepas pendemik Covid-19? Dah terlalu lama dalam rumah. Apa tadika dan taska patut buat untuk berdaptasi dan bantu perkembangan anak-anak ini?
1. Interaksi alam semulajadi / Nature interaction :
Kanak-kanak perlu kembali bermain dengan alam, mendapat ketenangan dari alam yang hidup, hijau, ceria dan tenang. Interaksi ini membantu regulasi emosi anak dengan lebih baik. Emosi yang dapat diurus dengan baik, membantu pengurusan tingkahlaku sekaligus membantu anak belajar dengan lebih baik.
2. Pancaran matahari setiap pagi / Sunlight exposure :
Beraktiviti di bawah pancaran sinar matahari setiap pagi amat penting untuk setiap anak demi kesihatan, mendorong anak untuk ceria dan bertenaga sepanjang hari. Semua premis Naluri Kreatif menyokong aktiviti ini.
3. Bermain dan membuat projek / Cooperative play and projects :
Sikap bekerjasama perlu dipupuk sejak usia muda. Sepanjang pandemik, jumlah masa berinteraksi dengan rakan-rakan dan aspek perkembangan sosial terjejas. NALURI Kreatif melalui pendekatan Project Based Learning merangka aktiviti dan sesinya dengan meletakkan objektif ini sebagai keutamaan. Anak-anak akan terus bermain dan membuat projek berasaskan pembelajaran, yang akan menyerlahkan potensi sebenar mereka.
4. Aktiviti berasaskan stesen dan sudut / Station based activities & corners :
Stesen dan ruang pembelajaran mandiri disediakan di pelbagai sudut bagi menggalakkan anak-anak meneroka sepanjang masa secara spontan tanpa perlu menunggu guru. Pendekatan ini memupuk keseronokan mencuba perkara baru dan mengaitkannya dengan kehidupan.
5. Penggiliran ruang / Rotating areas :
Kanak-kanak akan menggunakan ruang-ruang berbeza sepanjang hari, ini akan membantu memberi pengalaman baru, segar dan membantu anak terus fokus dan minat dalam setiap sesi. Sikap ingin tahu anak akan sentiasa dipupuk dan membantu penerokaan terus berlaku.
6. Kesedaran dan sokongan emosi / Emotional awareness and support :
Pandemik meninggalkan kesan emosi terhadap semua lapisan masyarakat. Kesedaran dan sokongan emosi amat penting termasuk kanak-kanak. Warga NALURI diberi kesedaran dan latihan dalam kesedaran dan sokongan emosi agar anak-anak berasa selamat dalam norma baharu.
Sokongan emosi secara berterusan bermakna, menyediakan program bersesuaian yang menyokong regulasi emosi anak dengan lebih baik. Selain dari itu, guru juga diberi pendedahan tentang teknik yang sesuai untuk menjayakan objektif ini.
7. Sentuh-rasa-bermain / Feel-touch-play :
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan banyak sentuhan, aktiviti melibatkan rasa dan bermain. Pendedahan ini akan membuatkan kanak-kanak berasa gembira, meransang deria dan dapat memenuhi fitrah keperluan diri dan perkembangan mereka.
Memegang pelbagai tekstur bahan melalui pelbagai pendekatan dalam eksplorasi kehidupan adalah sebuah perkara penting buat kami. Kepelbagaian menjana idea kreatif anak, memberikan ruang kemahiran berfikir kritikal. Kreativiti bukan sesuatu yang datang tiba-tiba.
8. Tumpuan kepada pelajar / Student centred :
Perkembangan anak-anak di NALURI Kreatif sentiasa dilihat secara unik bagi setiap anak. Apatah lagi dalam sesi pasca pandemik ini, kanak-kanak perlu diberi ruang untuk beradaptasi, kemudian didorong, disediakan keperluan mereka untuk terus berkembang dalam suasana pembelajaran yang sejahtera.
Apabila aktiviti dijalinkan berdasarkan keperluan kanak-kanak, ia membantu anak untuk berkembang dengan lebih baik. Anak pada dasarnya mempunyai kelebihan yang istimewa yang perlu diberikan ruang dan peluang untuk berkembang.
9. Ibu bapa sebagai rakan kerjasama / Parents as partners :
Perkembangan dan proses pembelajaran anak yang berjaya akan melahirkan kejayaan yang maksima apabila berlakunya kerjasama rapat antara pihak pendidik dan ibu bapa. Suasana pasca pandemik memerlukan kerjasama ini berlaku dengan lebih era.
Kajian membuktikan bahawa “Parental Involvement” adalah antara element penting dalam kerjasama bersama institusi pendidikan kanak-kanak. Keterlibatan ini membantu impian meraikan keperluan perkembangan kanak-, kanak pasca pendemik covid ini lebih baik.
Sekiranya Naluri Kreatif ada di lokasi anda, mahu kah anda ketahui lebih lanjut? Berita baiknya ia ada di 11 lokasi dan pendaftaran 2022 anak 1-6 tahun, tadika dan playhouse sudah di buka.
Semak link ini untuk ketahui lokasi dan tempah untuk temujanji sekarang!