Teroka Ilmu Menerusi Alam
Artikel ini adalah dari Harian Metro Alhamdulillah pihak kami telah mendapat liputan dari harian metro dan berikut adalah perkongsiaan setelah di interview oleh wartawan harian metro. Apabila sesi pembelajaran di dalam kelas bertukar di luar kelas, sekumpulan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun ini menjerit kesukaan. Jelas kegembiraan pada wajah mereka tatkala diminta menanam pokok bendi kemudian menyiram beberapa jenis sayur-sayuran yang ditanam di sekeliling sekolah. Tanpa rasa takut, geli atau kotor mereka menggumpal tanah lalu memasukkan ke dalam pasu, bermain