Tadika Naluri Kreatif – Anak Aktif, Kreatif & Seronok Belajar.
Memilih tadika adalah keputusan penting bagi ibu bapa. Di Naluri Kreatif, anak-anak bukan sekadar belajar akademik. Mereka dibimbing untuk berkembang secara holistik—fizikal, emosi, sosial, kognitif, dan kreatif.
Selaras dengan Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026), setiap aktiviti di Naluri Kreatif direka supaya anak menikmati pengalaman belajar yang menyeronokkan, membina keyakinan dan kreativiti, serta membolehkan mereka meneroka minat sendiri setiap hari.
Mengapa Naluri Kreatif Berbeza Dari Tadika Lain?
Dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam program bertema berasaskan Project Based Learning, Naluri Kreatif memahami keperluan unik setiap anak. Kami tahu bahawa pendekatan ini adalah cara terbaik untuk anak membesar dengan gembira dan yakin.
Bayangkan anak duduk kebanyakan hari di meja. Aktiviti sebegini boleh membuat mereka cepat bosan. Di Naluri Kreatif, menyediakan aktiviti yang memenuhi keperluan anak adalah langkah utama..
Di Naluri Kreatif, anak-anak belajar melalui projek, permainan, dan interaksi, membina kemahiran sosial, kreativiti, dan pemikiran kritis.
Melalui projek, anak akan belajar:
- Menyusun idea dan strategi
- Berbincang dan menyelesaikan masalah secara kreatif
- Mengurus emosi apabila berlaku konflik kecil
- Mengira, membaca, dan menulis dalam konteks praktikal
Bukan itu sahaja. Setelah anak rasa seronok melalui projek dan aktiviti di luar, aktiviti menulis, melukis, dan mencatat pengalaman menjadi sangat menyeronokkan, kerana mereka menulis berdasarkan pengalaman yang sudah mereka alami. Ingatan terhadap aktiviti ini lebih kuat, dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.
Aktiviti Outdoor: Fokus, Emosi & Keberanian Anak
Tahukah anda bahawa aktiviti outdoor dan alam semula jadi membantu anak:
- Fokus lebih lama
- Menyokong kesejahteraan emosi
- Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri
Ramai kanak-kanak kini menghadapi situasi diatas. Justeru, kerana itu juga kami memilih menyediakan premis yang landed, bukan rumah kedai. Di Naluri Kreatif, anak-anak diberi peluang meneroka alam, berkebun, dan bermain secara bebas.
Untuk pengetahuan ibu bapa, aktiviti outdoor sangat membantu pengurusan tingkah laku anak:
- Anak melepaskan tenaga berlebihan, jadi lebih tenang
- Anak kurang bosan dan lebih fokus di dalam kelas
- Kurang tantrum, kurang meragam, kurang bergaduh, dan kurang marah
Ini menjadikan pengurusan anak-anak lebih mudah dan suasana belajar lebih kondusif.
Station Learning: Anak Belajar Mengikut Minat, Bukan Paksaan
Selain daripada pembelajaran berstruktur, Naluri Kreatif ada Station Learning. Ia ruang di mana anak-anak bebas memilih sudut yang mereka minati.
Station yang disediakan termasuk:
- Station Seni: Lukisan, mewarna, dan kraf kreatif
- Station Role Play: Menjadi doktor, chef, bomba, atau watak lain
- Station Matematik & Sains: Eksperimen dan manipulasi blok
- Station Membaca: Buku-buku menarik
- Station Motor Halus: Aktiviti threading, sorting, manipulatif
Pendekatan ini memberi anak-anak peluang belajar mengikut minat, bukan paksaan, sambil tetap mendapat manfaat daripada aktiviti pembelajaran berstruktur lain.
Role Play & Imaginasi Anak
Role play membantu anak memahami dunia sekitar sambil mengasah kreativiti dan kemahiran sosial. Anak-anak boleh menjadi chef, doktor, bomba, atau watak lain yang diminati.
Aktiviti ini membolehkan anak:
- Mengembangkan kemahiran sosial dan emosi
- Meningkatkan kosa kata dan komunikasi
- Memahami peranan masyarakat secara praktikal
- Membina keyakinan diri dan kreativiti
Kurikulum Selari KP2026: Projek-Based Learning & Pembelajaran Aktif
Kurikulum KP2026 menekankan project-based learning dan pembelajaran aktif, di mana anak terlibat secara hands-on dalam aktiviti yang memberi pengalaman sebenar. Di Naluri Kreatif:
- Anak belajar melalui projek dan pengalaman langsung
- Terlibat dalam aktiviti kolaboratif setiap hari
- Mengembangkan kemahiran sosial, kognitif, fizikal, emosi, dan kreatif
- Diberi ruang untuk berkembang mengikut kadar dan minat sendiri
Pendekatan ini memastikan anak bersedia untuk persekolahan formal, sambil menjadi individu kreatif, yakin, dan berkeyakinan tinggi.
Kesimpulan
Menghantar anak ke Naluri Kreatif bukan sekadar belajar. Setiap aktiviti—projek, outdoor, Station Learning, role play—memberi pengalaman yang membina keyakinan, kreativiti, kebahagiaan, dan kemahiran hidup. Anak belajar dengan cara menyeronokkan, bebas meneroka, dan setiap hari di tadika menjadi pengalaman yang bermakna.
Dengan lebih 30 tahun pengalaman, Naluri Kreatif arif memahami keperluan setiap anak. Pilihan ini adalah pelaburan terbaik untuk perkembangan mereka. Aktiviti berstruktur dan bebas direka supaya anak bukan sahaja belajar, tetapi mendapat pengalaman penuh yang membentuk diri mereka.