Berhadapan dengan situasi ibu ayah dan anak-anak perlu berada dirumah dalam masa yang lebih lama dari biasa, memerlukan kita beradaptasi agar masing-masing sejahtera
1. Praktikal dengan rutin di rumah
Dalam situasi sekarang, usahakan mengekalkan rutin yang praktikal dan adapatsikan mengikut keadaan masing-masing. Rutin membantu anak mengurus diri dengan lebih baik. Bincangkan jadual, atau flowchart bergambar, dengan sokongan reward yang sesuai apabila anak mencapai target.
2. Tenang mengurus dan meraikan emosi anak
Emosi yang stabil bagi ahli keluarga adalah penting. Berikan peluang dan ruang untuk perkara ini berlaku. Melukis dan mewarna adalah antara kegemaran anak-anak. Ia boleh dijadikan medium meluahkan perasaan bagi anak. Ambil peluang ini untuk berbual dengan lebih bermakna dengan ahli keluarga. Ibu ayah juga pastikan kita memberi ruang untuk diri sendiri.
3. Bahan mudah untuk projek-projek mini
Fitrah anak, suka sesuatu yang lain untuk mewujudkan keseronokan, menghilangkan kebosanan. Dalam situasi sekarang, utamakan sesuatu yang bermakna, mampu buat, mudah dan selamat. Boleh lihat bahan apa yang apa ada dirumah. Raikan juga idea mereka dan beri peluang untuk anak menunjukkan mereka boleh.
4. Elakkan dari menjadi terlalu perfectionist
Proses membuat projek adalah proses yang pertama sekali melatih ibu ayah menahan perasaan ingin anak buat idea kita. Dalam mengemas juga, tunjukkan kepercayaan kita terhadap kebolehan anak. Mereka boleh basuh pinggan, lipat baju, potong sayur, asalkan selamat dan ia meringankan beban kita.
5. Rehat yang cukup, gaya hidup sihat.
Ajak anak tidur awal, sebab esok kita akan buat projek menarik. Anak yang sihat, cukup tidur akan lebih ceria dan lebih senang diuruskan berbanding dengan nak yang keletihan. Semak juga waktu screen time anak-anak semasa situasi ini. Screen time tanpa kawalan sehingga berjam-jam, walaupun cerita bagus, masih perlu kawal.
6. Kesejahteraan Ibu Ayah
Santai-santai dahulu. Jangan abaikan keperluan yang satu ini. Menghadapi situasi baru ini, memerlukan tolak ansur antara pasangan. Pastikan dahulu kita behagia untuk membahagiakan ahli keluarga.
Semoga kita semua diberikan kekuatan dalam menghadapi situasi sekarang. Stay safe, stay at home, fight Covid-19!