Mengapa Kanak-Kanak Sangat Perlu Aktiviti “Outdoor” Di Waktu Ini

Negara kita telah menjalankan PKP sejak 18 Mac 2020, dan kini PKPP. Semua warga cuba beradaptasi dengan situasi baru ini, termasuklah institusi keluarga.
.
Pada waktu tulisan ini dikeluarkan, taska, tadika sudahpun dibuka. Sekolah rendah juga bakal dibuka secara bertahap 15 dan 22 Julai ini.
.
Pembukaan premis ini, bukan biasa, tetapi ia ada banyak SOP yang perlu diikuti oleh kanak-kanak ini.
.
Kanak-kanak, otak mereka sedang berkembang amat pesat. Pancaindera mereka perlu diaktifkan, sedangkan banyak aktiviti di sekolah juga tidak dapat dilakukan sepenuhnya demi melawan COVID-19.
.
Pergerakan yang terbatas, menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menyalurkan tenaga mereka seperti biasa. Proses bermain yang terganggu juga sedikit sebanyak mengganggu perkembangan sosial dan emosi mereka yang biasa.
.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk bantu anak melalui proses ini? Memahami pengaruh besar ibu bapa, di sini kami senaraikan beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh ibubapa:
.
1. Menambahkan kekerapan aktiviti riadah.
Cari tempat yang sesuai untuk anak beraktiviti di luar. Mereka perlukan kawasan lapang, udara segar untuk dihirup sambil bermain. Antaranya, bawa ke taman permainan, bawa ke tasik, sungai, pantai, dan kebun.
.
2. Wujudkan waktu tanpa gajet.
Mereka memerlukan waktu yang tiada gangguan gajet, termasuklah tv yang mereka dapat berinteraksi dengan ahli keluarga dengan lebih efektif dan bermakna. Kualiti komunikasi senang terjejas dan fokus anak sering lari apabila ada bahan lain dipasang.
.
3. Ajak anak terlibat dalam aktiviti mengemas rumah.
Wujudkan keseronokan dalam mengemas rumah. Tak perlu semua kerana mereka dalam proses latihan. Memadai ada kebersamaan dalam beberapa aktiviti, supaya ia membantu semangat kerjasama, tolak ansur dan meningkatkan motivasi menyiapkan kerja. Mulakan dengan yang mudah. Contohnya, mengemas katil, mengemas meja belajar, dan melipat baju. Pastikan ia tidak bertindan supaya mencapai objektif seronok membantu.
.
4. Membuat aktiviti kraf bersama.
Aktiviti kraf mampu merangsang imaginasi dan kreativiti anak. Ada pelbagai jenis aktiviti kraf yang ibubapa boleh pilih bersama anak. Pilih sesuatu yang anak anda suka. Cuba juga untuk pelbagaikan jenis untuk elak kebosanan. Dalam banyak situasi, anak sebenarnya sangat seronok apabila ibu ayah terlibat bersama mereka. Mereka dapat berbual sambil beraktiviti. Disinilah sebenarnya kita dapat mencungkil banyak perkara dari anak.

(Dapatkan set aktiviti kraf anak-anak, NALURI K-Reative Box di sini)

.
5. Mencuba sesuatu yang baru.
Adakah anak anda suka berkebun, bertukang, menjual, membuat aktiviti robotik? Aktiviti-aktiviti ini mungkin baru bagi mereka. Boleh kenalkan pada mereka, mana tahu mereka suka. Tetapi jangan PAKSA mereka cuba. Sebaliknya cari cara untuk explain atau cuba sedikit dahulu.
.
Akhir kata, menjayakan semua ini, perlu dengan cara BUKAN memaksa. Justeru sama-samalah kita memperhebat seni negosiasi dan rapat dengan anak.
.
Semoga tulisan ini memberi inspirasi untuk kita semua.
.
Gambar dari Naluri Kreatif Kubang Kerian, aktiviti memetik buah Mulberry di taman.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.