Ajak Anak MINAT Ensiklopedia

photo_2021-04-14_12-32-34

11083833_1062432110440082_1196766439632121531_n

Saya pernah kecewa anak tak suka baca ensiklopedia. Penat-penat kita belia hadiah. Tapi baru-baru ini saya dapat idea.

Saya cuba eksperimen ini beberapa kali dengan anak-anak saya. Ada persamaan antara semuanya.

Katakan kita mempunyai Buku ensiklopedia yg baik utk dibaca bersama anak-anak tapi malangnya mereka menolak dan menunjukkan sikap tidak meminati buku tersebut.

Jangan kecewa dulu!

Teknik yang saya cuba ialah membelek buku tersebut dan mencari gambar yang diminati anak-anak contohnya haiwan yang sentiasa disebut oleh mereka.

Terus tanyakan, eh siapa tahu ini apa? Binatang apa ni? Ular ni ada makananlah kat mulutnya? Sapa tahu ular makanannya apa? Besarnya makanan ular..

Wah terus anak-anak datang.

Eh ini macam monyet, tapi kenapa hidungnya merah jambu? Besarnya monyet ni? Kenapa macam orang?

Sibuk anak-anak bertanya, membuat penyataan dan menjawab soalan. Pastikan kita dah baca dahulu atau speed read fakta-fakta yg ada agar jawapan tepat. Ingat, kita tak boleh menipu anak walaupun mereka masih kecil.

Melekat anak-anak membelek ensiklopedia. Berebut pula nak baca. Dari tak mahu kepada tak sabar-sabar menunggu giliran membelek halaman ensiklopedia.

Sekiranya ada beberapa prang anak lebih mudah kerana mereka akan mempengaruhi antara satu sama lain. Jangan lupa buat sistem giliran sekiranya semua teruja nak baca bersama.

Di tadika juga kami amalkan perkara sama. Guru mengambil satu buku yang akan menjadi bahan perbincangan. Kemudian kesannya sungguh luar biasa, buku tersebut akan lunyai kerana dibaca berulang banyak kali oleh anak-anak tanpa disuruh guru. Mereka membacanya dengan kawan-kawan di reading area di waktu santai. Jangan terkejut sekiranya mereka ada fakta yang kita pun tidak tahu!

Berbaloi-baloi melabur dalam buku ensiklopedia untuk kanak-kanak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.