A 3D Showcase of City and Township Theme, in NALURI Kreatif Kubang Kerian, Kelantan.

Bila saya terima gambar-gambar ni, ia adalah salah satu dari keseronokan berada dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Malah, hasil yang kita sedang lihat ini, adalah hasil idea, hasil proses pembelajaran, hasil kemasan kerja guru-guru NALURI Kreatif Kubang Kerian bersama anak-anak didik mereka yang dilatih melalui satu proses pembelajaran yang panjang, bukan setakat menghasilkan kotak-kotak warna warni sahaja. Tema ini mengambil masa sekitar 3-4 minggu.
.
NALURI berada dalam tema City and Township, maka pembelajaran akan tertumpu kepada tema ini. Dengan kaedah bertema ini, anak-anak akan mendalami perbendaharaan kata/vocabularies, pengetahuan teknikal /technical knowledge, logics around the theme, logika dalam tema ini, bercerita, menulis, berlakon dan pelbagai lagi output pembelajaran yang akan dibuat, dan menepati keperluan perkembangan mereka.

Apa yang kita lihat ini adalah hasil perbualan mengenai bandar, kajian guru dan anak, ada kereta, monorel, LRT, kereta, padang permainan menunjukkan pentingnya rekreasi dan mesra keluarga serta kanak-kanak. Lampu isyarat, pokok tanaman di tengah bandar menandakan perlunya bandar yang hijau. Ada bangunan-bangunan asas seperti bank, stesen minyak, pejabat pos, balai bomba menunjukkan anak-anak peka dan mempelajari fungsi setiap binaan yang mereka hasilkan ini.
.
Anak-anak ini mungkin tidak akan sentiasa duduk di meja untuk menulis, tetapi mereka akan melalui proses berinteraksi, berbual, menyatakan pendapat dan berkongsi cerita mereka bercuti di hotel, pergi ke pasar, ikut emak dan ayah ke kedai, pergi ke bank.
.
Anak-anak zaman sekarang semua kalau bercuti akan cerita pergi ke hotel, kata cikgu. Di akhirnya atau pertengahan, kita akan rakamkan dalam bentuk penulisan, kemampuan mereka menulis akan melangkaui proses penulisan yang tiada pengalaman seronok begini.
.
Lihat ketelitian hasil kerja mereka. Di belakang tabir, sebelum display ini dihasilkan, pelbagai proses berlangsung. Anak-anak belajar dalam suasana yang penuh objektif, gembira, aktif, kaya dengan pengetahuan, interaksi sosial dan pemindahan ilmu yang tinggi.
.
Apabila hasil yang begitu mengagumkan ini boleh dihasilkan, ia membuktikan bahawa sistem yang terperinci, disiplin tinggi, latihan yang berterusan, komitmen terhadap pendidikan dan kualiti yang tinggi, pemantapan pasukan yang berhasil. It shows that hard work pays off.
.
Sekiranya anda mencari tadika, carilah yang menekankan aktiviti dan perkembangan anak, bukan membaca mengira semata-mata. Future generations will thank us for that. Sekiranya anda dekat dengan mana-mana cawangan NALURI, jemputlah kenali kami.
.
Untuk 2021, team NALURI bersedia menerima pendaftaran baharu, ada pakej menarik yang tak pernah diberi sebelum ini. Terima kasih ibu ayah, rakan-rakan semua atas sokongan terhadap NALURI.
.
Your partner in children’s education,
Nurul Hanan Arifin,
Pengarah Urusan,
NLI Education Sdn. Bhd.
.
Pendaftaran 2021 Naluri Kreatif di 12 Lokasi kini dibuka.
Klik link di bawah untuk info lanjut:
https://www.wasap.my/+601156671603/RegistrationNaluri2021

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.