Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

KISAH MAMA 2 : Aplikasi Rutin & Urus Tingkah laku Negatif

Aplikasi rutin : Jam 5 petang main padang

Setiap hari kami ternanti-nanti untuk bermain padang. Keseronokan bermain dengan adik beradik dan sahabat sangat mengujakan. Ada kawan dah tunggu depan pagar. Apatah lagi rumah kami depan padan permainan!

Tapi kami jelas dengan peraturan ini. Semua homework dah siap sebelum waktu asar. Hinggakan kawan-kawan pun pinjam homework yg dah siap tu! Pernah juga waktu asar tu dah tunggu depan sejadah nak solat! Kadang-kadang rasa lambatnya masuk solat asar! Pernah tu anak-anak solat terawal sedikit dari azan 🙂 penangan nak main padang sangat hebat. Mama tak payah susah-susah nak ingatkan. Semua termotivasi nak bermain di padang.

Tepat jam 5 petang anak-anak dah siap dan menuju ke padang. Seronok bermain tapi anak-anak tak lupa, sebelum jam 7 malam semua perlu berada di rumah. Walaupun kawan-kawan belum balik, kami adik beradik akan panggil sesama kami untuk pulang ke rumah.

Automatik di rumah terus kami bersiap mandi dan pastikan bersedia utk Maghrib berjemaah dengan ayah dan mama. Ini semua kisah manis dalam pengalaman kami melalui RUTIN di rumah bersama mama.

Bila kami buat hal…

Seperti kanak-kanak lain, kami juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan demi kesilapan demi kesilapan. Oleh kerana 7 orang adik beradik, rumah agak riuh dengan pelbagai peringkat umur. Tetapi Mama seorang yang tenang.

Mama bukan seorang yang suka memaksa, jauh sekali akan memarah dan menengking kami. Ada banyak pelajaran luar biasa yang kami pelajari apabila kami membuat kesilapan. Ia luar biasa kerana RESPON Mama terhadap kami.

Apabila kami buat silap, Mama tidak memberi RESPON NEGATIF. Sebaliknya Mama akan memberitahu/menunjukkan bahawa Mama faham perasaan atau situasi kami. Mama memberi laluan dahulu untuk kami bercerita dan meluahkan perasaan. Selepas itu, barulah Mama akan berbincang dengan untuk menyelesaikan atau memperbaiki kesilapan kami.

Keadaan ini berbeza dengan masyarakat, di mana, apabila anak membuat kesilapan, terus dimarah atau dipotong percakapan, tanpa memberi ruang kepada anak untuk membela diri atau menceritakan kenapa ia berlaku sedemikian rupa.

Sungguh, ia pelajaran yang mendidik hati kami. RESPON Mama memberi kesan mendalam masa itu dan jangkamasa panjang.
Ia bukan berlaku semasa kami remaja dan dewasa sahaja, tetapi berlaku sejak kecil.

SEMINAR & BENGKEL ” LET’S TALK EMOTION”

 

46cd5130-3003-4136-8705-80127f05fbb6

Seminar & Bengkel: Let’s Talk Emotion
——————————-

Pernah anda hadapi situasi ini?

✨Anak saya ni suka sangat main, susah nak fokus. Geram. Susah nak ajar dia.

✨Bila marah, saya rasa bersalah. Tapi saya tak tahu bagaimana nak hadapi kerenah anak.

✨Anak saya degil. Susah dengar kata. Stres saya

✨Anak saya suka sangat ganggu saya apabila saya ada tetamu.

✨Bila tak dapat gadget, dia mengamuk.

✍Ayuh, bergabung bersama kami, mencari solusi terbaik untuk membantu anak mengurus emosinya.

Ia bukan sekadar seminar, tetapi diskusi berbentuk bengkel untuk ibu bapa saling berkongsi idea masing masing.

——————————-
Tarikh : 28 May 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi

Speaker:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid ,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

Prof Madya Dr.Che Noraini Hashim,
Kulliyyah Of Education
International Islamic University Malaysia
——————————-
Yuran :

RM 140 seorang
RM 270 Pakej suami isteri

Early Bird Promotion

–sehingga 15April 2016–
RM 120 seorang
RM 230 pakej suami isteri

# Seminar ini berbahasa Melayu
———————————-
Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45

——————————————-
Sila klik link ini untuk pendaftaran peserta di sini

http://goo.gl/forms/czzE1zHyYq

Pendaftaran anak di sini

http://goo.gl/forms/wfEk9xwilo

☎Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan
Cik Nadhrah : 0196916559

Leave a Reply