Komunikasi Dengan Anak

 

KOMUNIKASI DENGAN ANAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kali ini kami ingin berkongsi VIDEO ringkas tapi amat mendalam.Ia nampak kecil tapi berpengaruh

.
.
Kita sudah pasti tidak suka sekiranya sentiasa seperti gambar di atas. Hakikatnya, kita tidak mahu. Tapi kadang kala ia TERJADI.
Salah satunya adalah untuk kita cuba menggunakan BAHASA POSITIF dan tindakan tindakan yang menyenangkan.
.
.
CUMA, CUMA, CUMA, ia adalah proses, proses dan proses dalam usaha membentuk SUASANA POSITIF.
.
Antara sharing praktikal ini adalah

1. Bila nak kemas barang. Bagaimana nak melibatkan anak?
2. Kita nak mudahkan kerja kita. tapi anak pun nak mudahkan kerjanya.
3. Bersama-sama membuat kerja dan mengemas dengan anak
4. Kadang kadang sebab kita garang. anak lebih suka duduk dalam bilik.
5. Anak-anak tidak suka mendengar kita membebel.
6. Anak-anak membuat pilihan bermula tingkatan1,2, 3 ketika itu cabaran ibu bapa sangat terasa
7. masa kecil sikit anak cakap talk to the hand.. anak dah mula besar sikit talk to the door.

Siapa penyampai dalam video ini?
.
.
Beliau adalah Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid ,Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd, Pengasas Naluri Early Excellence Centre. Berpengalaman selama 35 tahun dalam pendidikan awal anak anak
.
 .
Pentingnya emosi anak. Ini bukan penting buat sehari dua, setahun dua, tetapi seluruh kehidupan anak kita. Tapi hakikatnya, ramai antara kita KALAH dalam perjuangan mengawal EMOSI SENDIRI. Ya, ia bukan perkara mudah. Ia satu perjuangan.
.
 .
Bayangkan anak kita adalah bakal ibu dan bakal ayah kepada anak dan generasi seterusnya. Banyakkan saham kita kalau kita pandai membantu anak kita mengendalikan emosi.
.
Di mana anda boleh mendalami dengan lebih serius tentang emosi anak?
.
klik link ini : http://goo.gl/991HQv