Ambil Tahu Dan Fahami Tahap Perkembangan Anak

Ambil Tahu & Fahami Tahap Perkembangan Anak | NALURI Kreatif

Menjadi ibu bapa yang prihatin memerlukan daya tenaga yang konsisten dan ilmu yang mencukupi dalam membentuk keperibadian anak yang diinginkan.

 

Kadangkala ibu bapa boleh mendidik anak-anak melalui pengalaman kerana bukankah pengalaman itu mematangkan?

 

Ibu bapa juga perlu tahu setiap anak mempunyai fasa umur yang berlainan. Jangan sesekali melayan anak yang berumur 10 tahun sepertimana anda melayan mereka ketika mereka masih kecil.

 

Ambil Tahu & Fahami Tahap Perkembangan Anak
Sumber: Unsplash.com

Cara mendidik anak yang terbaik adalah dengan cara mendidik anak cara Rasulullah, sepertimana Nabi Muhammad SAW berpesan untuk mendidik anak mengikut usia mereka.

 

Namun tulisan ini tidak akan memberi jawapan apa keperluan anak satu persatu pada peringkat umur ini. Tetapi, saya ingin mengajak rakan-rakan untuk memahami bahawa setiap kita perlu ada sedikit sebanyak maklumat perkembangan anak kita.

 

Fasa Golden Age : 0-6 Tahun

Anak pada umur ini sedang berada di fasa golden age, di mana fasa yang amat mahal buat mereka.

 

Selepas fasa ini, anak akan memasuki alam persekolahan formal selama 11 tahun pula, tak termasuk kolej dan universiti. Tempoh 11 tahun adalah tempoh yang lama.

 

Justeru, mengukuhkan asas sebelum memasuki alam ini adalah sesuatu yang amat penting dan tidak rugi. Jadi sangat penting untuk ibu bapa memahami tahap perkembangan anak.

 

Oleh kerana fasa 0 hingga 6 tahun adalah fasa yang amat penting, mereka perlukan pengalaman aktiviti bermakna dalam kehidupan mereka.

 

Di Mana Fasa Anak Saya?

Ibu bapa perlu kenalpasti tahap perkembangan anak – apa yang boleh mereka lakukan, apa yang belum boleh mereka lakukan. Bandingkan dengan carta perkembangan anak. Dapatkan bantuan dan pandangan sekiranya perkembangan anak diluar dari tahap yang sepatutnya mereka berada.

 

Pada fasa ini, pendekatan pembelajaran mereka belum sesuai dengan latih tubi berterusan menggunakan buku dan homework. Fasa ini amat memerlukan penglibatan dari semua pancainderanya supaya semuanya dapat memberikan kesan mendalam untuk anak.

 

Ambil Tahu & Fahami Tahap Perkembangan Anak
Sumber: Unsplash.com

Sekiranya ada yang keterbelakang, meletakkan anak ke tadika mungkin masih belum dapat menyelesaikan masalah, jika sekiranya anda tidak terlibat secara langsung dengan anak.

 

Jalan terbaik adalah dengan berbincang dengan pihak terlibat dan mencari solusi bagaimanakah yang boleh anda bantu.

 

Selain rutin di taska dan tadika, sistem dan rutin di rumah juga mempengaruhi anak. Dirumah, nisbah perhatian anak dengan ibu bapa atau keluarga berbeza.

Seperti contoh, seorang ibu dapat memberi perhatian lebih baik kepada seorang hingga 5 orang anak berbanding dengan 10 anak serentak oleh seorang guru.

 

Aktiviti Untuk Anak

Rumah adalah tempat yang amat bermakna buat anak. Segala aktiviti bersama ibu ayah dan adik beradik, malah saudara mara, serta atuk dan nenek adalah merupakan insan-insan yang banyak mempengaruhi kehidupan anak.

 

Tidak dapat dinafikan kesibukan ibu bapa pada zaman serba mencabar ini kadangkala memang tidak dapat kita elakkan. Tuntutan kerja, keperluan kewangan dan kebajikan keluarga pasti dilalui setiap insan.

 

Ambil Tahu & Fahami Tahap Perkembangan Anak
Sumber: Unsplash.com

Di sini bukan lagi jumlah waktu bersama anak yang kelihatan bernilai, tetapi kualiti masa bersama anak yang menjadi keutamaan.

 

Ketahuilah anak merupakan rezeki kita dan memerlukan pembelaan kasih sayang, perhatian dan aktiviti bermakna.

 

Oleh itu, memahami apakah keperluan anak amat penting agar kita dapat menyusun waktu berkualiti bersama anak dengan lebih bertanggungjawab.

 

Contoh Pertama

Katakan seorang anak 5 tahun sedang belajar membaca dan boleh mengikut arahan, seorang lagi anak 5 tahun masih berlari ke sana ke mari, tidak fokus, tidak suka membaca dan menulis, pendekatan kedua-dua anak dalam memastikan dia boleh membaca adalah berbeza.

 

Contoh Kedua

Jika anak 4 tahun yang sudah pandai bermain matching games dan patterns, mengenalpasti objek, bentuk dan warna ini dilihat seperti sudah boleh perlahan-lahan masuk kepada mengenali bunyi huruf (letter sound).

 

Ambil Tahu & Fahami Tahap Perkembangan Anak
Sumber: Unsplash.com

Berbeza dengan anak 4 tahun yang belum dapat menguasai perkara di atas, ibu ayah perlu adil dengan tidak memaksa mereka melangkah ke fasa seterusnya. Sebaliknya, bantu mereka dengan asas-asas seperti permainan di atas.

 

Contoh Ketiga

Apabila anak sudah jejak umur 3 tahun, kita teruja mahu latih anak untuk fokus. Seperti contoh, permainan seperti teka silang kata, sudoku, puzzle, permainan maze dan membina blok mungkin menyeronokkan tetapi aktiviti tersebut tak dapat perhatian anak.

 

Sumber: BrightPath.com

Akhirnya kita frust kerana kita lihat anak kawan sebaya seronok bermain ini. Walau aktiviti yang sama, namun pengurusannya mungkin sedikit berbeza bagi setiap anak. Sebab itulah kita perlu kekal kreatif untuk adjust aktiviti mengikut keperluan keadaan.

 

Anak Juga Manusia

Jelas sekali cabaran ibu ayah mengendalikan anak, gaya urus anak mengikut umur, dan juga pendekatan dan gameplay-nya sangat berbeza.

 

Pendekatan kita pula biarlah manusiawi. Anak bukan boneka dan robot. Kasih sayang dan kelembutan adalah “bateri” penting dalam melancarkan proses ini.

 

Ambil Tahu & Fahami Tahap Perkembangan Anak
Sumber: Unsplash.com

Justeru, setelah kita memahami hakikat ini, sama-samalah kita upgrade diri untuk kebaikan ahli keluarga kita dan anak-anak yang lain dengan cara menambah baik diri dengan ilmu dan amalan.

 

Mudah-mudahan anak-anak di sekitar kita sedikit sebanyak mendapat kesannya kerana merekalah generasi yang bakal mencorak masa hadapan yang gemilang.

 

 

 

3 Comments:
3 Trackbacks:

[…] mencukupi mempengaruhi tenaga anak di keesokan hari. Tidur dan rehat yang berkualiti juga boleh membantu perkembangan anak dan seterusnya memperoleh prestasi cemerlang di sekolah. Wujudkan waktu tidur berjadual agar mereka […]

[…] anak-anak tidak mendapat input daripada komunikasi tersebut walau sekadar melalui pendengaran.BACA: Ambil Tahu Dan Fahami Perkembangan Anak BACA: Anak Anda Kurang Bercakap? Ikuti Panduan IniBACA: 7 Idea Jadikan Aktiviti Di Dapur Bersama […]

[…] BACA: Ambil Tahu Dan Fahami Tahap Perkembangan Anak […]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.