Adalah menjadi tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak berdikari di rumah. Jika bukan dari asuhan ibu bapa, siapa lagi?
Manakan tidak, segelintir ibu bapa mengambil langkah mudah dengan mengambil “bibik” atau pembantu rumah untuk menguruskan perihal berkaitan anak dan rumah.
Tidaklah menjadi satu kesalahan kepada yang memerlukan pembantu rumah ini atas beberapa faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan. Seperti contoh ibu bapa yang mempunyai kekangan masa dalam menjaga anak di rumah, mahupun pasangan suami isteri yang terlalu sibuk dengan kerjaya mempunyai peratus yang lebih tinggi dalam pengambilan pembantu rumah ini.
Namun yang menjadi kerisauan adalah apabila kesemua kerja rumah diserahkan kepada pembantu rumah. Sehinggakan anak yang sudah pun berumur 10 tahun masih tidak pandai melakukan perkara-perkara asas seperti membawa pinggan sendiri ke sinki dan membasuh pinggan.
Ini boleh mengundang kepada masalah yang lebih besar. Justeru bagi ibu bapa yang masih muda, berikut adalah pesanan saya.
Ajal maut di tangan Tuhan. Kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. Inilah antara faktor yang mendorong saya membuat atau memberi yang terbaik kepada anak-anak dan anak didik saya.
Dalam konteks pemahaman, memberi didikan yang secukupnya mampu mengubah perspektif anak dalam meminta sesuatu secara jelas dan nyata tanpa memerlukan tekaan yang boleh mengambil masa yang lama.
Ā
Bagaimana Caranya?
Jika kita perhatikan anak berumur satu tahun, mereka sudah mula berada di fasa bercakap dan berjalan. Mungkin tidaklah selancar yang kita fahami namun bukankah lebih elok jika diasah dan dibimbing dari awal? Teruskan membaca untuk mengikuti tips-tips yang boleh diaplikasikan sebagai rutin harian.
Ā
1. Galakkan Pergerakan Anak
Ketika anak kita sedang merangkak, beri aktiviti yang menggalakkan lagi mereka untuk merangkak seperti mengejar bola, meletakkan permainan kegemaran dengan jarak yang jauh dan pelbagai cara lagi. Tetapi jangan pula sehinga menyusahkan mereka seperti meletakkannya terlalu jauh atau meletakkan di tempat yang tinggi. Risau jika mereka di tempat yang tidak sepatutnya di kemudian hari.
Ā
2. Membuka Atau Menutup Suis Lampu
Pada usia ini tidak salah mengajar anak untuk membuka atau menutup suis lampu di sekitar rumah. Perlahan-perlahan mendidik mereka untuk berdikari dengan melakukan perkara-perkara asas yang tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Di samping itu, boleh juga selitkan tentang disiplin dalam membuka dan menutup suis agar anak tidak sewenang-wenangnya bermain suis di rumah. Teroka, teroka juga, namun jangan lupa utamakan keselamatan okay?
Ā
3. Bermain Di Tangga
Bagi ibu bapa yang mendiami perumahan bertingkat, pasti anda risau memikirkan keselamatan anak-anak bermain tangga. Sudah menjadi fitrah anak-anak teruja mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan risiko yang bakal terjadi jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.
Persoalannya, boleh ke kita membenarkan anak-anak kecil yang belum boleh berjalan ini untuk menaiki tangga?
Bagi saya tiada halangan untuk membenarkan anak-anak meneruskan āpenerokaanā mereka dan mencuba sesuatu yang baru. Namun haruslah dengan pantauan ibu bapa atau penjaga yang sentiasa mengawasi langkah-langkah percubaan mereka. Sekali gus menjadikan mereka lebih berwaspada dengan ketinggian dan risiko yang bakal dihadapi jika tidak berhati-hati.
4. Menanamkan Sikap Saling Tolong-Menolong
Bagi meningkatkan daya akal yang baik, menanamkan sifat tolong-menolong di usia awal amat digalakkan.Ā Seperti contoh, dalam penyediaan makanan sahaja sudah banyak gerak kerja yang mudah yang boleh dijadikan sebagai rutin harian.
Contohnya membantu menghidang makanan, mengemas meja, menyusun kerusi dan membawa pinggan ke dapur (jika perlu). Jika dapat dipraktikkan dari awal bukan sahaja memudahkan kerja kedua ibu bapa, malah perlahan-lahan membina sikap berdikari dalam diri anak.
Ā
5. Memberi Peluang Makan Sendiri
Dalam tugas ibu bapa mendidik anak berdikari, tentunya banyak ragam dan kerenah anak yang perluĀ kita hadapi. Pada usia ini kemahuan anak untuk makan dan menyuap makanan sendiri semakin menonjol. Anak akan lebih berselera jika mereka dapat memegang sendiri makanannya. Akibatnya, ruang makan menjadi berselerak dan bersepah.
Namun jika kita boleh terapkan nilai disiplin yang tinggi, anak akan dididik untuk makan lebih berhemah, lebih-lebih lagi jika di rumah orang atau majlis tertentu. Perkara ini sememangnya digalakkan bagi. Bukan sahaja dari segi pendidikan awal, namun pendedahan dari segi sifat makanan itu sendiri akan membuatkan kemahiran deria motor (sensory-motor skills) anak berkembang.
Ā
Artikel Berkaitan: 9 Cara Latih Sensori Anak Di Persekitaran Rumah
Ā
Kesimpulan
Dalam melaksanakan tips-tips di atas, kita sebagai ibu bapa kepada anak kita hendaklah mengiringi aktiviti yang dijalankan dengan perbualan-perbualan tentang apa yang sedang berlaku. Sedikit sebanyak anak akan lebih mesra dan mudah menerima pembelajaran daripada aktiviti yang dijalankan. Dengan memasukkan elemen-elemen seperti unsur suspen, gurauan, gelak tawa dan mimik muka boleh membuatkan anak lebih tertarik untuk belajar tanpa mereka sedar.
Jadi dengan cara ini, anak-anak akan lebih faham bagaimana hendak mengekspresikan dirinya nanti apabila mereka boleh bercakap kelak. Anak-anak yang dilatih untuk berdikari akan lebih yakin dan ini akan membantu dalam pembelajaran mereka nanti.
Ā