KISAH MAMA (4) Sambungan: Tips Menggalakkan Tingkahlaku Positif Anak

 

Menggalakkan Tingkahlaku Positif Anak

Ini adalah perkongsian dari perspektif anak, tentang bagaimana seorang ibu membantu menggalakkan sikap positif dalam diri mereka Pn Noor Hayati Abdul Hamid adalah Ibu kepada 7 orang anak, Principal Consultant Natural Learning Initiatives & Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga.

Perkongsian ini akan menggunakan KAMI bagi mewakili anak-anak Pn Noor Hayati. InsyaAllah, perkongsian santai ini akan di email secara bersiri, agar mudah di cerna.

Rutin istimewa Sabtu dan Ahad!

Hujung minggu adalah hari yang istimewa. Semua ahli keluarga akan ada masa lebih untuk bersama. Biasanya kami akan bangun dan solat subuh bersama, diimamkan oleh ayah. Kemudian akan berkumpul di dapur untuk tolong Mama buat breakfast. Biasanya menu hujung minggu lebih istimewa, contohnya nasi lemak Mama atau mihun putih Mama!Ketika di dapur, kami akan bantu memotong bahan-bahan. Waktu yang ada tidak hanya senyap. Selalunya kami akan tanya Mama, cara potong dan cara masak. Mama selalu beri arahan yang direct dan simple, bukan berjela dan meleret. Kami happy je.

Selain itu, inilah masanya kami bercerita pengalaman tentang rakan dan cikgu di sekolah atau apa sahaja perkara. Mama kenal rakan dan guru-guru kami. Sambil kacau sambal tumis, kami akan cerita, sambil basuh pinggan akan cerita, Mama akan angguk2 tanya soalan apa yang patut. Adakalanya serius, adakalanya penuh gelak tawa. Begitulah juga halnya hingga ke meja makan. Ayah akan meminta salah seorg dari adik beradik utk membacakan doa makan dan kami menikmati juadah bersama. Ops, aktiviti di dapur tidak hanya melibatkan yang sudah besar, malah yang kecil juga turut membantu memeriahkan suasana.
Usai makan pagi biasanya mama dan ayah akan ke pasar borong, kami tinggal di rumah, mengemas rumah. Hari minggu tugasan mengemas agak berbeza.

Mama ajar pada setiap hujung minggu kita akan tukar semua cadar, sarung bantal dan tuala perlu dibasuh. Tandas juga begitu. Saya paling suka tugas basuh tandas, padan pun hingga kini saya suka bersihkan tandas. Kami akan kutip semua cadar, sarung bantal dan tuala dari semua bilik tidur dan bawa ke mesin basuh.Bagaimana mama control kualiti dan cara implement tugasan ini? Pastilah pada mulanya Mama akan buat bersama kami. Bila dah mahir, mama buat carta markah.

Mama akan periksa semua bilik, katil dan tanda utk memberi markah samada a, b atau c. Selalunya dpt a atau b, kami sangat teruja tunggu mama beri markah. Semasa kecil, teringat juga, sekali sekala kami mendapat reward berupa wang. Bukan besar pun nilainya, tapi ia PRICELESS kerana dihargai.Sekiranya ayah dan mama ke pasar, ada rutin penting menunggu. Kami akan sorting ayam, ikan dan sayur. Masuk bekas dan plastik masing2. Mama dan ayah akan shopping utk keluarga kami yang agak meriah, 2 dewasa dan 7 anak-anak!

Kami akan bentang canvas di belakang rumah. Ada stesen utk sayur, ikan, ayam dan daging. Ada sistem untuk susun setiap bahan makanan tersebut. Kami buat macam operator pengeluaran di kilang! Bayangkan betapa meriahnya operator pengeluaran yg berusia 5 tahun hingga umur sekolah menengah buat kerja bersama. Mama akan sediakan bekas dan plastik dan tunjukkan tempat untuk disimpan semua makanan tersebut.

Apa pentingnya rutin ini ya? Rutin begini telah mengajar kami erti tanggungjawab. Semua dari kita ada peranan yang akan menyumbang kepada kelancaran perjalanan rumah. Mempelajari erti tanggungjawab dan peranan diri amat penting dalam kehidupan. Belajar berkomunikasi, meluahkan apa yang terbuku di hati, melatih kecekapan apabila melaksanakan tugas berulang kali melalui rutin, faham bahawa sekiranya hendak sesuatu, kita harus berusaha mendapatkannya. Tiada perkara yang datang bergolek. Belajar kepentingan kerjasama, belajar adaptasi hidup bersama satu kumpulan.

Banyak lagi yang dapat dicedok dari rutin biasa ini. Komunikasi dan pengurusan keluarga juga aspek yang amat penting. Pastinya kami juga hanya sedar kesan ini apabila kami telah dewasa, lebih lebih lagi apabila sudah mempunyai anak anak sendiri.

Oh ya, satu lagi, weekends adalah masa kami berjalan-jalan. Anak-anak menunggu mama ayah balik kerja tiap hari, terutama jika kami ingin keluar bersama. Sehingga kawan-kawan rasa pelik, “eh, tuggu parents balik sebab nak keluar sama-sama ke? Terbalik kawan-kawan, parents balik, dah tak boleh keluar…….
berangkat ke sekolah.

…………………………………………………………………..

Daripada artikel ini perasan tak bahawa emosi anak ni sangat pentingkan untuk kita bangunkan dan betapa pendidikan Ibubapa dalam pengetahuan tentang emosi anak ni jangan di buat main. Sebabnya emosi anak kita ni dibawa sehingga besar.
.
Bayangkan anak kita adalah bakal ibu dan bakal ayah kepada anak dan generasi seterusnya. Banyakkan saham kita kalau kita pandai membantu anak kita mengendalikan emosi.
.
Jom sertai kami bagi menjayakan seminar dan bengkel Let’s Talk Emotion dan kami amat menyarankan anda semua untuk menyertai seminar di bawah.
.

Untuk pengetahuan anda Kisah Mama ini adalah kisah benar. Merujuk kepada Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid , Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd. Beliau juga merupakan speaker utama dalam Seminar & Bengkel Let’s Talk Emotion

Jom Sertai Seminar & Bengkel

Let’s Talk Emotion

46cd5130-3003-4136-8705-80127f05fbb6

Seminar & Bengkel: Let’s Talk Emotion
——————————-

Pernah anda hadapi situasi ini?

Anak saya ni suka sangat main, susah nak fokus. Geram. Susah nak ajar dia.

Bila marah, saya rasa bersalah. Tapi saya tak tahu bagaimana nak hadapi kerenah anak.

Anak saya degil. Susah dengar kata. Stres saya

Anak saya suka sangat ganggu saya apabila saya ada tetamu.

Bila tak dapat gadget, dia mengamuk.

✍Ayuh, bergabung bersama kami, mencari solusi terbaik untuk membantu anak mengurus emosinya.

Ia bukan sekadar seminar, tetapi diskusi berbentuk bengkel untuk ibu bapa saling berkongsi idea masing masing.

——————————-
Tarikh : 28 May 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi
Speaker:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid ,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

Prof Madya Dr.Che Noraini Hashim,
Kulliyyah Of Education
International Islamic University Malaysia
——————————-
Yuran :

RM 140 seorang
RM 270 Pakej suami isteri
Early Bird Promotion

–sehingga 15April 2016–
RM 120 seorang
RM 230 pakej suami isteri

# Seminar ini berbahasa Melayu
———————————-
Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45

——————————————-
Sila klik link ini untuk pendaftaran peserta di sini

http://goo.gl/forms/czzE1zHyYq

Pendaftaran anak di sini

http://goo.gl/forms/wfEk9xwilo

Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan
Cik Nadhrah : 0196916559