Tips Bantu Anak Tidak Bergantung Pada Gajet πŸ“±

Tips Bantu Anak Tidak Bergantung Pada Gadget

Kita perlu akui bahawa gajet merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kita terlalu bergantung dengan gajet. Baik dari segi perhubungan komunikasi antara keluarga atau urusan kerja, mahupun ke arah mendapatkan isu-isu terkini, segalanya berada di hujung jari.

Namun penggunaan gajet yang terlalu lama kepada anak bukan sahaja menjurus kepada ketagihan, malah boleh menghalang kemahiran sosial anak. Hal ini kerana kajian mendapati penggunaan gajet seperti handphone, tablet, televisyen dan komputer, serta konsol permainan video boleh mengganggu fokus dan konsentrasi, di samping menunjukkan kelakuan yang agresif.

Jadi bagaimana untuk membantu anak tidak bergantung pada gajet? Ikuti Tips Bantu Anak Tidak Bergantung Pada Gajet di bawah.Β 

1. Menggantikan Dengan Pen dan Kertas

tips-bantu-anak-tidak-bergantung-pada-gajet-1
Sumber: Unsplash.com

Biasakan merancang dan membuat kerja menggunakan pen dan kertas. Sekiranya kerja tersebut memerlukan anda menggunakan gajet, lakukannya jauh dari pandangan anak. Jika mereka selalu lihat kita sibuk dengan gajet, mereka juga akan teruja. Maka sekiranya ia sering di β€œulang-tayang”, maka meningkatlah kebarangkalian mereka bermain gajet setiap masa.

2. Wujudkan Masa Bebas Gajet

Cuba tetapkan zon tanpa gajet. Seperti contoh semasa makan, tetapkan larangan gajet di meja makan dan praktikkan komunikasi bercakap tentang hal-hal seperti kondisi anak, bertanyakan aktiviti di taska dan tadika, kawan-kawan baru, atau berbincang tentang trip percutian yang akan datang agar anak lebih teruja dan seronok. Amalkan rutin ini sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak untuk mengelakkan anak tidak terlalu bergantung dengan gajet.

3. Aktiviti Mengemas Rumah

Salah satu tips bantu anak tidak bergantung pada gajet ialah, kita boleh selang-selikan dengan aktiviti mengemas rumah. Antara aktiviti yang dimaksudkan ialah mengemas bilik, mengemop lantai, menyapu sampah, menghidang meja, menyidai baju, membasuh kasut dan banyak lagi. Peranan kita adalah dengan mewujudkan suasana menyeronokkan, di samping menggunakan penggunaan bahasa dan intonansi yang baik, serta mengaktifkan aura positif di dalam rumah.

4. Kurangkan Tabiat β€œFrequent Checking” Gajet

tips-bantu-anak-tidak-bergantung-pada-gajet-2
Sumber: Unsplash.com

Sekiranya anda membuat sesuatu post atau komen di media sosial, jauhkan diri daripada memeriksa gajet berulang kali. Lebih-lebih lagi apabila anda kerap menyinggah media sosial anda hanya untuk memeriksa jumlah β€œlikes” dan komen di sesuatu post.

Justeru, tetapkan limitasi masa untuk mengendalikan sesuatu. Sekiranya anda mengendalikan jualan, tetapkan masa tertentu sahaja untuk menguruskan hal ini. Apabila anda terlalu kerap memeriksa, anda sedang melatih otak anda untuk bergantung kepada respon tanpa mengira masa walaupun anda tidak mahu ia berlaku.

Sekiranya anda ingin membaca update penting di media sosial misalnya, anda boleh menyimpan nota tersebut dengan cara screenshot atau tekan butang save untuk rujukan masa hadapan. Tidak perlu membaca semua maklumat dengan teliti sekiranya keadaan tidak mengizinkan terutamanya apabila bersama anak. Hal ini sedikit sebanyak akan melatih disiplin kawalan gajet untuk diri sendiri sebelum anak-anak.

5. Sediakan Bahan, Ruang Dan Masa Untuk Anak Beraktiviti

tips-bantu-anak-tidak-bergantung-pada-gajet-3
Sumber: Unsplash.com

Sediakan barang pengganti aktiviti gajet kepada anak-anak. Contohnya bahan-bahan seni dan kraf, buku kanak-kanak, bahan eksperimen, bahan role play dan construction toys. Yang paling mudah dan berharga sekali adalah dengan menyediakan diri dan masa kita untuk menjadi bahan mainan anak kita.

Tanpa ada bahan-bahan tadi, anak mungkin akan buntu untuk melakukan sesuatu. Pastikan beberapa perkara asas seperti kertas A4, kertas pelbagai warna, gam dan gunting sentiasa ada di rumah.

Tetapi jangan pula menyuruh mereka meneroka sendiri tanpa tahu hala tuju. Sebaliknya sama-sama meneroka dengan anak untuk bantu mereka mencari minat. Beraktiviti dengan anak memang memerlukan komitmen yang tinggi.

Tidak perlu berlumba-lumba terikutkan keadaan sekeliling, cukup dengan sekadar yang mampu. Lama-kelamaan, jika minat anak terangsang terhadap sesuatu perkara yang diminati, anak akan rasa mahu meneroka secara lebih mendalam dengan pengawasan yang minimum (bergantung kepada umur).

6. Awasi Cara Memberi Reward Gajet Kepada Anak

tips-bantu-anak-tidak-bergantung-pada-gajet-4
Sumber: Unsplash.com

β€œReward” atau ganjaran adalah sesuatu yang bagus untuk menggalakkan tingkah laku yang baik. Namun kekerapan ini perlu diawasi dengan jangka waktu antara ganjaran yang diterima sebelumnya. Tambahan pula, berbaloi atau tidak dengan usaha mereka. Silap percaturan, ia akan menjadi tidak efektif, malah boleh memburukkan lagi keadaan.

Mungkin sebagai ibu bapa, anda selalu menghadapi situasi di mana anak tantrum, menangis meronta-ronta menginginkan telefon bimbit anda. Dengan mengambil langkah mudah, anda terus menawarkan gajet sebagai jalan pintas untuk meredakan emosi anak.

Langkah ini amat tidak digalakkan dan sebaliknya cuba gunakan pendekatan lain. Mengapa? Kebiasaan dalam memberi gajet sebagai ganjaran akan menyebabkan anak-anak bergantung kepada gajet untuk menyelesaikan banyak perkara asas. Anda juga boleh meneroka tentang ganjaran tingkah laku anak menggunakan sticker chart.

tips-bantu-anak-tidak-bergantung-pada-gajet-5
Contoh sticker chart yang boleh digunakan mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing

Β 

7. Tetapkan Peraturan Dan Had Penggunaan Gajet

Menggunakan gajet tanpa kawalan akan membuatkan anak mudah leka dengan aktiviti sekeliling. Malah boleh menjurus kepada masalah komunikasi dan sosial. Justeru untuk mengelakkan daripada terjadi perkara sebegini terjadi, hadkan penggunaan gajet dalam sehari dan tetapkan peraturan bersesuaian. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan kawalan dan dan negosiasi.

Katakan anak gemar menonton rancangan kanak-kanak di YouTube, cuba tetapkan masa dan selang selikan dengan aktiviti lain. Namun jika memerlukan sebarang komitmen tambahan seperti melengkapkan buku bacaan, menulis dan mengaji iqra contohnya, akan mendapat waktu tambahan.

Malah ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan dengan bertanyakan input yang diterima selepas menonton sesuatu rancangan. Antaranya adalah dengan menyuruh mereka bercerita kembali apa yang ditonton atau menulisnya di sebuah buku untuk dijadikan sebagai jurnal harian.

tips-bantu-anak-tidak-bergantung-pada-gajet-6
Sumber: Unsplash.com

Walau apa pun cabarannya, cuba tetapkan dahulu limitasi penggunaan maksimum dalam sehari mengikut kesesuaian. Tetapi jika sesebuah cerita, lagu atau aplikasi permainan di dalam gajet itu bagus, perlukan limitasi juga ke?

Ya, perlu ada had pada screen time anak. Walaupun mereka gembira dan teruja namun kasihanilah anak anda. Di sinilah munculnya kesan sampingan kebergantungan terhadap sesuatu (side effect of dependency).

Bukan itu sahaja, screen time yang lama akan mempengaruhi tahap kesihatan mata anak untuk jangka masa panjang. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Usahakan alternatif lain walaupun sepertinya tiada pilihan dek peredaran zaman yang semakin canggih dengan teknologi moden.

BACA: Bagaimana Keadaan Kita dan Anak-Anak Kita Hari Ini?

Kesimpulan

β€œDan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

Tugas kita kini adalah dengan memperbaiki segala apa yang kurang dengan mengusahakan hasil yang terbaik. Ayuhlah bersama kita saling membantu dan mengingatkan antara satu sama lain agar mereka menjadi generasi yang cemerlang di masa akan datang.

Ilmu Allah terlalu luas. Ada hari kita tahu, ada hari kita tidak tahu. Ada hari Allah pinjamkan ilmu, ada hari kita sendiri tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Apa yang kita tahu hanyalah titisan dari lautan ilmu Allah.

Apapun, semuanya tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah. Semoga dengan adanya sosial media kita dapat saling bertukar dan berkongsi ilmu agar dapat meneruskan manfaat kepada orang lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.