NOTA PARENTING DARI JAKARTA
Alhamdulillah, kami berpeluang ke sesi talkshow santai seputar parenting. Terima Kasih tak terhingga kepada Encik Suami Remy Azrai M Amin kerana jaga 4 orang anak tengok rusa sementara mamanya dengar talk.
Yang menariknya sambil dengar talk di ruangan padang , ibu ayah dapat bawa anak tengok binatang, pameran fotografi Dan akhir acara ada story telling.
Ini yang sempat saya salin.
– Tiada istilah anak nakal – Pilihlah untuk cinta dengan lebih. Setiap anak ada bibit-bibit positif yg perlu di tumbuhkan.
– Setiap anak perlukan tokoh feminin dan maskulin yang baik. Bila mereka tidak ada contoh, ini membuatkan mereka kehilangan panduan.
– Keras & tegas itu berbeza. Tegas utk anak ikut komitment adalah keperluan. Ketegasan adalah perlu utk ibu n ayah. Kerjasama antara ibu dan ayah perlu kuat. Perlu musyawarah. Ketegasan tidak bermaksud perlu dilempiaskan dengan emosi.
– Berikan anak peluang menikmati alam. Biar ada halaman rumah. Ajar permainan-permainan tradisional supaya tak terlalu bergantung dgn gajet.
– Staff atau pembantu kita adalah teman kerjasama. Jangan rendahkan mereka.
– Kualiti masa memang penting. Tapi sebelum itu, kuantiti masa juga pastikan cukup. Ada minimum time yg perlu kita target sebelum kita bicarakan tentang kualiti. Tiada yg dapat digantikan dgn kualiti dan kehadiran kita sebagai ibu ayah.
– Apa yg kita lakukan pada anak kita, kesannya bukan hanya pada anak kita, tapi pada keturunannya. Carikan satu aktiviti yang di sukai ahli keluarga. Biar sama sama suka. Fikirkan rutin-rutin menarik yang membawa manfaat untuk anak.
– Raikan soalan-soalan anak. Jelaskan. Jangan racuni fikiran anak dengan ketakutan.
– Gaget itu alat. Macam gunting. Kita perlukan gunting. Tapi tahu bila penggunaannya. Jangan jadikan ia sebagai musuh. Tapi jangan sampai dikuasai musuh juga. Internet umpama pasar. Ada macam-macam orang, jualan dan pilihan. Fikirkan cara utk manfaatkan teknologi tapi bukan anti teknologi.
– Bantu anak untuk menghadapinya. Terapkan disiplin positif. Wujudkan kesepakatan. Jika guna gajet, bantu anak untuk gunakan secara bermanfaat. Ada banyak kebaikan kebaikan yang kita belum perkenalkan pada anak.
– Jadilah SAHABAT untuk anak kita. Libatkan anak. Supaya mereka terbiasa dengan bekerjasama.Posisikan diri menjadi sahabat kerana sekiranya anak tidak jumpa sahabat di rumah, anak akan mencari sahabat di LUAR RUMAH.
– Sama – sama terlibat. Kadang kita sendiri perlu ajak anak beraktiviti, supaya mereka ada idea. Kadang kala, kita memang tidak tahu untuk buat aktiviti apa. Belajar untuk jadi ibu ayah yang tahu.
– Cari cara lain & ciptakan kesempatan supaya ibu ayah masing masing dapat memainkan peranan masing-masing. Jangan biarkan semua peranan di mainkan oleh salah seorang ibu atau ayah sahaja.
– Contoh, aktiviti A, B, C bersama ayah , aktiviti D,E,F bersama ibu, aktiviti G,H, J bersama Ibu & Ayah. Ada byk cara untuk kita memaknakan aktiviti .
Credit : @maryamthorayaarifin #naluriparentingcafe