Beraktivti dengan Anak: Mengapa Perlu?

Kupasan mengenai pengaruh beraktiviti terhadap anak.

Kami sering menekankan pentingnya ibu bapa beraktiviti bersama anak-anak. Sama ada ia bersifat rekaan mahupun pengalaman sebenar kehidupan.
.
.
Keperluan kepada aktiviti sebegini sekurang-kurangnya mempunyai dua kelebihan. Pertama adalah dari aspek non kognitif yang melibatkan fizikal, dan sosio emosi.
.
.
Ia melatih anak untuk biasa beraktiviti- tidak statik dan bergerak pantas serta cergas, sentiasa berfikir untuk membuat sesuatu, occupied into something, melalui proses berfikir untuk menghasilkan objektif projek dan permainan tersebut, memenuhi kepuasan dan keyakinan diri bahawa ia boleh mencapai sesuatu.
.
.
Berfikir untuk menyelesaikan masalah, berfikiran kritis, belajar kemahiran negosiasi dan menyempurnakan kemahiran hidup. Berfikir mengapa ia harus melakukan begitu dan begini. Senarai ini lebih panjang dan boleh digubah lagi.
.
.
Namun, semua ini perlu digandingkan dengan teknik pembimbing yang betul sama ada guru, atau ibu bapa penjaga anak. Teknik berkomunikasi, cara mengurus aktiviti dan mengurus krisis yang pasti timbul, bahasa badan yang tersirat semuanya akan memberi kesan kepada pencapaian objektif non-cognitive di atas.
.
.
Tanpa gandingan ini, aktiviti akan dilihat sebagai sesuatu yang membebankan, hambar, tidak menyeronokkan malah mungkin satu bentuk paksaan atau deraan apabila anak meningkat dewasa.
.
.
Justeru itu, ilmu dan kemahiran keibubapaan amat penting untuk diselami agar kita memaksimakan ruang pembelajaran dan pembentukan yang wujud di hadapan kita.
.
.
Objektif kedua yang sebenarnya dapat dicapai melalui experiential learning ini juga merangkumi aspek kognitif. Apabila rangsangan positif diberikan kepada otak, ia menjadikan sel-sel otak bersambung dan bercambah dengan jayanya. Hal ini disokong oleh banyak kajian pakar.
.
.
Hal ini seharusnya digunakan sebaiknya untuk merangsang lagi perkembangan intelek. Antara bentuk aktiviti yang akan membantu hal ini ialah apabila sesuatu aktiviti/pengalaman baru dilalui, ibu bapa atau guru gunakanlah peluang ini untuk menterjemahkannya ke dalam bentuk pembelajaran, namun ia tidak perlu kaku!
.
.
Contohnya, sekiranya kita melatih anak untuk melakukan aktiviti rumah yang mudah, kita sambung pengalaman itu dalam bentuk diskusi untuk menanamkan nilai-nilai kepada anak. Gunakan segala peluang yang ada untuk dikaitkan kepada aktiviti dan nilai yang ingin ditanam.
.
.
Seterusnya, kita boleh membawanya ke dalam bentuk penulisan, mungkin menulis ayat mudah seperti ‘Saya pandai sapu sampah’, ‘Saya pandai basuh pinggan’, ‘Saya pandai siram pokok’, ‘Saya pandai sidai baju’, ‘Saya pandai hidang pinggan’, ‘Saya pandai mop lantai’. Anak-anak dapat belajar banyak kosa kata baru dan menangkap ejaan perkataan yang berulang secara automatik.
.
.
Aktiviti kerja rumah boleh dijadikan buku skrap yang indah. Dihiasi dengan pelbagai hiasan menarik. Kita seharusnya menjadikan aktiviti seperti ini sesuatu yang bermakna untuk anak-anak agar mereka benar-benar mendapat sesuatu darinya. Sebenarnya, kita juga akan belajar sesuatu yang berharga daripadanya.

13312919_1198622626838588_7024617588529347629_n

credit: Tadika Naluri