Melukis Pra Menulis ✍🏻

Melukis Pra Menulis - NALURI Kreatif

Pernahkah anda terfikir melukis adalah sebahagian daripada langkah awal kepada menulis? Ya, melukis pra menulis!

Seawal usia 1 tahun anak telah berupaya memegang pensil dan menghasilkan garisan-garisan atau dalam bahasa orang yang berusia, contengan. Dinding-dinding menjadi kanvas lukisan bergaris sekiranya ibu bapa tidak sempat menyuakan kertas. Malah semua anak sewajarnya diberi akses mudah kepada kertas sebanyaknya.

Namun, pernahkah terlintas difikiran mengapa ianya berbentuk garis-garis, contengan ataupun lukisan?

melukis pra menulis
Sumber: Unsplash.com

Baik, anak-anak ini melihat dunia ini dari dimensi dirinya. Apa pun yang dilihatnya adalah yang saling terkait dengan dunia dirinya. Begitu juga dengan tulisan. Tulisan hanyalah garisan-garisan pelbagai bentuk dan corak yang tiada makna kerana anak tidak faham bagaimana huruf berfungsi. Oleh hal yang demikian, salah satu langkah dalam perkembangan bahasa adalah memberi kefahaman fungsi-fungsi huruf dan perkataan kepada anak.

Apa yang difahami anak adalah lukisan yang terdiri daripada garisan-garisan yang mirip dunia sebenar sekelilingnya. Seperti contoh lukisan matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan, gambar rumah dan kereta, makanan dan sebagainya. Kebolehan melukis adalah mengikut peringkat usia dan kebolehan berimaginasi masing-masing. Tiada satu lukisan yang akan sama dengan yang lainnya.

Begitu juga dengan tulisan. Sekiranya kita meminta anak-anak menulis, setiap huruf dan kosa kata itu mestilah dirasai sebagai sebahagian dari dunianya agar menjadi satu manifestasi semulajadi sebagaimana lukisan tadi. Maka, bagi memastikan setiap huruf difahami fungsinya dan berkait dengan hidup kita adalah dengan membantunya membaca melalui kaedah membaca yang baik seperti β€œfonik” atau bunyi.

Β 

Kaedah Penulisan Dan Pembacaan Bermakna

Melukis Pra Menulis
Sumber: Pexels.com

Satu langkah lagi yang sewajarnya dilakukan adalah dengan mengadakan penulisan dan pembacaan bermakna. Kaedah penulisan dan pembacaan bermakna ini akan menjadikan anak mahu menulis secara semulajadi. Dengan dorongan daripada ibu bapa, anak-anak akan konsisten dan melahirkan lebih banyak penulisan.

Sebagai contoh melalui lukisan, ia mahu menulis sebanyaknya kerana mereka tahu tulisan juga boleh menggambarkan dunianya. Jadi, anak-anak perlu mendapat dorongan yang baik sejak awal untuk membiasakan dengan aktiviti melukis yang akhirnya akan berkembang kepada aktiviti menulis.

Faktor yang akan membantu menulis secara semulajadi adalah apabila anak-anak faham fungsi huruf-huruf tersebut dan terkait dengan dirinya. Manakala kebolehan untuk anak membaca, kaedah fonik akan menjadikan kemahiran membaca dan menulis menjadi seiring. Malah faktor bonus dengan kaedah pembacaan bermakna, sifat semulajadi menulis akan lebih terserlah.

Β 

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Latih Sensori Anak

Β 

Β