KISAH MAMA (3) : Jadual Kemas Rumah yang Menyeronokkan

ncis 001

 Jadual Kemas Rumah yang Menyeronokkan

 

Kami punyai jadual tugasan harian di rumah. Setiap kami punyai tanggungjawabjawab tersendiri, setiap hari bertukar mengikut giliran. Adik kami yang 5 tahun pun ada namanya dlm jadual. Cuma diberikan tugas yang mudah contohnya susun pinggan atas meja. Anak 5 tahun dah boleh susun pinggan kan? Kami guna pinggan melamine:) bila dewasa saya pun guna pinggan ini bukan kerana cantik atau murah tetapi kerana ia sesuai dengan perancangan keibubapaan di rumah. Nampak kan bagaimana semua perkara ada kesan dalam gaya hidup kita dan keluarga?

Oh ya, kami juga punya abang dan adik lelaki. Mereka juga cekap melakukan kerja rumah. Siapa kata lelaki tak boleh buat kerja rumah. Ia hanya mitos dan escapism masyarakat. Yang pastinya mereka sangat hebat membantu. Kami suka berunding, contohnya saya tak suka basuh pinggan, jadi saya swap dgn adik saya yang suka basuh pinggan.
 

Bunyi macam askar, buat anak macam pembantu rumah? Tak lah, itu hanya tanggapan semata. Kami gembira, sampai kami dewasa kami sentiasa berunding dalam hal-hal keluarga yg perlukan perhatian. Ia ada kesan panjang dalam perhubungan kami. Rasa tangungjawab yang tinggi menular dlm setiap jiwa kami. Alhamdulillah tiada rasa tidak puas hati kepada yang lainnya. Ini kesan tidak langsung jadual tugasan rumah sehingga kini. Perasaan bertanggungjawab membawa perubahan untuk lingkungan masing masing;)

 

Teringat zaman tu. Memang best. Tak terasa ia sebagai paksaan. Jarang dengar mama suruh itu dan suruh ini. Apabila jadual sudah ada, secara tidak langsung lebih mudah kami merancang. Kerana kami jelas dengan peranan, malah rasa berbangga bila di beri kepercayaan . Walaupun kemas rumah tu kadangkala akhirnya porch di rumah menjadi penuh berbuih kerana terlebih main sabun, ia satu kepuasan.Bukan semua ibubapa sanggup beri anak kemas rumah, kerana khuatir anak main sabun, khuatir lambat siap, bertambah banyak kerenah, tak rapi, dan seribu satu alas an, pinggan pecah, dan lain-lain.

 
 
Sebenarnya ia hanyalah persepsi diri kita sedangkan anak anak belajar daripada pengalaman dan eksplorasi. Hanya dengan membetulkan persepsi, banyak yang kita boleh ubah.Begitu juga dengan CARA MENGAJAK. Pendekatan mengajak dengan penuh keseronokan akan menukar respon anak untuk jauh lebih positif. Berbeza apabila disuruh. Maka timbullah anak rasa malas, penat, rasa terbeban. Mulalah juga kita melabel anak dan ibu bapa terasa terbeban. Kitaran itu akan semakin lama semakin tidak baik, apabila kita biarkan tanpa mencari solusi.
 
 
EH, semuanya bermula dari KITA ! Apabila jadual dan sistem ini berjalan, Mama lebih senang. Jadi Mama lebih bahagia. Dan beginilah antara cara Mama merancang untuk bahagia. Bukan terjadi tiba-tiba. Mama sediakan dahulu sistemnya, dan bahagia itu kami lihat pada Mama. Mama kurang stress bila anak anak sudah masuk dalam sistem ini. Inilah antara cara mama menjemput sikap positif anak dan sikap positif untuk mama sendiri. Mama membina SUASANA dan suasana inilah yang mahal.

……………………………………………………………………

Daripada artikel ini perasan tak bahawa emosi anak ni sangat pentingkan untuk kita bangunkan dan betapa pendidikan Ibubapa dalam pengetahuan tentang emosi anak ni jangan di buat main. Sebabnya emosi anak kita ni dibawa sehingga besar.

.
Bayangkan anak kita adalah bakal ibu dan bakal ayah kepada anak dan generasi seterusnya. Banyakkan saham kita kalau kita pandai membantu anak kita mengendalikan emosi.
.