Bagaimana Ibu Bapa Boleh Bantu PdPR kanak-kanak tadika?

kelas-online-naluri-kreatif

Dengan pengalaman PKP sejak tahun lalu, Naluri Kreatif, telah bersama-sama menggerakkan pasukan pengajar menjalankan kelas online dengan jumlah keseluruhan lebih dari 1000 contact hours.

Kami kongsikan beberapa tips berguna buat Ibu Bapa:

1. Ketahui jadual kelas online anak-anak. Agar dapat sediakan masa, peralatan dan ruang. Bila tahu jadual anak, Ibu Ayah juga dapat bersedia secara mental. Dapat fikirkan sesuatu yang boleh membantu anak untuk berikan lebih perhatian.

2. Tentukan ruang dan peralatan khusus agar anak-anak cekap melalui sesi pembelajaran online. Ruang yang selesa tak semestinya mahal. Yang penting, ia sesuatu yang memudahkan, menjaga postur dan mengekalkan keseronokan. Bantu anak supaya dapat berada di ruang yang membantu mereka untuk fokus.

3. Bangun paling kurang 1 jam lebih awal dari waktu kelas, supaya sempat persiapkan diri dengan makan minum, mandi terlebih dahulu. Kesegaran membantu anak untuk rasa seronok nak belajar dan berkomunikasi. Mempunyai masa sebelum sesuatu yang berat, membantu mereka mengurus emosi dengan lebih baik.

4. Sebelum kelas, berbual dengan anak mengenai kelas. Sediakan bahan dan mindset untuk pantau mereka. Sematkan di hati, anda akan enjoy sesi ini walau keadaan ini mencabar. Proses ini sangat mahal kerana ini adalah bentuk sokongan yang penting bagi seorang anak.

5. Pastikan anak bersedia 5 minit sebelum kelas bermula agar lebih sejahtera. 5 minit ini juga memberi peluang tambahan untuk Sebarang masalah teknikal terutama apabila perlu menggunakan laptop.

6. Semasa kelas, berikan bantuan yang diperlukan anak. Setiap anak keperluanya berbeza. Fahami juga tahap perkembangan anak anda pada waktu itu. Ada anak, mood mereka kurang baik pada hari tersebut kerana kurang tidur. Apabila memahami situasi itu, toleransi dari Ibu Bapa amat perlu. Ada juga yang ada masalah untuk menggunting atau menulis. Fahami bahawa semuanya tidak akan berubah sekelip mata dan marah tidak akan menyelesaikan. Bantu anak untuk mencuba berdasarkan kemampuan mereka pada masa yang sama mendapat sokongan Ibu Ayah.

7. Cuba lihat, adakah anak faham apa yang di ajar? Apakah masalah yang sedang anak hadapi? Cuba berbual atau melihat hasil kerja anak, untuk menyelami adakah mereka sebenarnya faham atau tidak. Sekiranya mereka tidak berjaya, cuba lihat dengan lebih spesifik, di bahagian mana masalah itu boleh di bantu. Pecahkan masalah kepada beberapa bahagian. Boleh jadi hanya bahagian terakhir yang anak ada masalah.

8. Kenal pasti bagaimana saya dapat bantu anak, dalam masa yang sama melatih anak berdikari. Skop bantuan, boleh di pecah-pecahkan. Mungkin langkah 1 dan 2 sahaja anda bantu, langkah seterusnya, buat sendiri. Apabila sudah ok, boleh perlahan-lahan diberi kepercayaan. Kepercayaan kita amat penting untuk mereka mampu berdikari.

9. Berikan maklumbalas kepada guru mengajar sekiranya ada masalah yang boleh di bawa berbincang. Utarakan sudut apa yang perlukan bantuan dan bincang kan bagaiamana ia dapat di bantu. Bukan semua masalah, tidak boleh di selesai kan, tetapi mungkin perlukan pendekatan yang berbeza.

10. Pastikan mereka melihat dan rasa kita sejahtera memantau, membantu sesi ini kerana ia mempengaruhi minat dan tumpuan anak. Suasana dirumah, membantu mereka untuk belajar. Keseronokan yang kita bina, tidak pernah rugi dalam menyumbang bahagianya seorang anak.

11. Selepas kelas, apabila berpeluang, berbual dengan anak mengenai hasil kerja. Banyak pelajaran juga, boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Aplikasi kehidupan ini penting agar mereka rasa keseronokan belajar.

12. Pamerkan hasil kerja anak di satu sudut khas supaya mereka merasai ia adalah istimewa.

13. Panjangkan diskusi dalam kelas secara santai dan bantu anak kaitkan dengan kehidupan.

14. Bantu anak juga berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan di dalam kelas online.

NLI Education juga membuka juga kepada kanak-kanak 4-6 tahun diluar sana yang ingin turut serta,

Klik di sini: bit.ly/KelasOnlineNOSH