fbpx

Tempat adalah terhad!

Pertanyaan :

Tentang Webinar

Kesan musim pandemik dan PKP mempunyai kesan yang negatif terhadap kanak-kanak. Selain kesihatan mental dan emosi, perkembangan kanak-kanak turut terjejas termasuklah dari aspek kognitif, bahasa, fizikal, sosial dan emosi.

Akibat jadual pembukaan dan penutupan sekolah yang tidak stabil, proses PdPR menggunakan kaedah atas talian, penjarakan fizikal dan sosial, tiada interaksi sosial dan masa bermain dengan rakan, pendedahan penggunaan gajet, dan akhir sekali kesan negatif terhadap kesihatan akibat dijangkiti wabak, kesemua faktor ini menjadikan perkembangan keseluruhan kanak-kanak sepanjang tempoh pandemik dan PKP ini terjejas.

Ibu bapa disarankan untuk memberi perhatian terhadap semua tahap-tahap perkembangan kanak-kanak ini kerana ia amat penting untuk pertumbuhan mereka di usia muda. Namun, dalam suasana terhad pandemik ini, hal ini dilihat lebih mencabar.

Tahukah ibu bapa bahawa, jika dibandingkan dengan orang dewasa, pandemik dan kesan PKP ini meninggalkan kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada kanak-kanak dan remaja.

Di musim pandemik dan PKP ini, perkembangan kanak-kanak terjejas dari pelbagai aspek antaranya:

Situasi di atas menyebabkan perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran terganggu. Ibu bapa dirumah boleh membantu anak-anak supaya perkara ini tidak memberi impak yang negatif.

Webinar Siri Pendidikan Keibubapaan Edisi PKP : Bagaimana Ibu Bapa boleh Meransang Perkembangan Kanak - Kanak di Rumah

Tajuk kedua Siri Keibubapaan NALURI PKP akan membicarakan hal ini dan membincangkan solusi serta kaedah praktikal untuk membantu ibu bapa meransang perkembangan kanak-kanak di rumah, kami bawakan Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Cara Kerja yang cukup berpengalaman untuk membantu ibu bapa melalui fasa ini.

Melalui webinar ini, ibu apa akan dapat :

Latar Belakang Mahfuzah Zainol :

Previous slide
Next slide
Previous slide
Next slide

Hasil Penulisan :

Penganjur Webinar : Natural Learning Initiatives - NLI Education

Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI Edisi PKP

Sempena PKP, NLI melancarkan Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI Edisi PKP yang akan mengupas dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan keluarga-keluarga di Malaysia bagi mendepani cabaran keibubapaan musim PKP. Pihak penganjur akan membawakan tokoh-tokoh dan pakar-pakar yang berkaitan bagi mengupas tajuk-tajuk yang dipilih. Antara tema yang menjadi perhatian NLI adalah psikologi, perkembangan kanak-kanak, sokongan keluarga mendepani PKP dan komunikasi kanak-kanak cemerlang di musim PKP.

Maklumat penuh

Webinar

Meransang Perkembangan Kanak-Kanak Di Rumah Musim PKP

Tarikh & Masa

Sabtu, 5 Jun, 2021

10:00 Pagi– 12:00 Tengah Hari

Lokasi

YouTube NALURI Kreatif (Unlisted), Online Streaming

*Link YouTube akan diemel kepada semua peserta yang mendaftar

Harga Tiket

Beli 1 Tiket dan HADIAHKAN 1 Tiket kepada Rakan Terbaik anda

RM 35

+ PERCUMA 1

Tiket!

SELEPAS 16 Mei 2021

Tunggu Dahulu!

Sekiranya anda inginkan yang lebih berbaloi, kami ada pakej SIRI WEBINAR PARENTING PKP PADA HARGA RM 97 sahaja dan dapat 1 TIKET PERCUMA

Daftar segera pilihan anda

Tempat adalah terhad!

Pertanyaan :