Tempat adalah terhad!
Pertanyaan :
Tentang Webinar
Pandemik dan PKP akibat COVID-19 telah menimbulkan rasa takut dan cemas di seluruh dunia dan negara kita. Fenomena ini menyebabkan implikasi kesihatan psikososial dan mental jangka pendek dan jangka panjang kepada kanak-kanak dan remaja.
Tahukah ibu bapa bahawa, jika dibandingkan dengan orang dewasa, pandemik dan kesan PKP ini meninggalkan kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada kanak-kanak dan remaja.
Pernahkah sepanjang tempoh ini anda memerhatikan anak-anak kita seperti ini ?
- Emosi marah lebih dominan dari emosi gembira
- Kurang berdikari, mencari perhatian dan lebih bergantung kepada ibu bapa
- Seringkali resah akibat pemisahan, lesu dan tidak bermaya dalam kebanyakan situasi
- Kurang beri tumpuan, banyak berdiam diri dari berinteraksi dengan ahli keluarga
- Menggunakan gajet dengan lebih banyak berbanding sebelum ini
Semua contoh-contoh di atas didapati hasil dari kajian-kajian yang dihasilkan sepanjang tempoh pandemik dan lockdown di seluruh dunia. Badan dunia WHO melalui agensinya untuk kanak-kanak UNESCO komited dan konsisten memberi panduan dan kesedaran mengenai hal ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa untuk duduk dan memberi perhatian kepada anak-anak dan keluarga masing-masing.
Webinar : Peranan Ibu Bapa Menangani Kesan PKP Terhadap Kanak-kanak.
Tajuk pertama Siri Keibubapaan NALURI PKP akan membincangkan mengenai kesan psikologi-emosi dan minda terhadap kanak-kanak serta sistem kekeluargaan, dan bagaimana ibu bapa perlu berperanan untuk membantu anak-anak untuk menghadapi cabaran di musim pandemik ini.
Dalam sesi ini, ibu bapa dapat :
- Mengetahui kesan-kesan PKP terhadap emosi dan minda kanak-kanak
- Mengesan simptom kesan PKP tersebut pada anak dan keluarga masing-masing
- Mencari idea menguruskan dan mengurangkan kesan negatif impak PKP terhadap anak dan keluarga masing-masing
- Mempunyai solusi bagi menghidupkan rutin keluarga positif di musim PKP
Adalah diharapkan webinar ini dapat membantu keluarga di Malaysia mendepani cabaran PKP dengan :
- Emosi anak-anak dan ibu bapa menjadi lebih positif dan gembira
- Suasana kekeluargaan lebih harmoni dan produktif dalam norma baharu
- Rutin dan jadual masa keluarga yang praktikal dan meraikan semua situasi
- Terhasilnya aktiviti dan hobi keluarga yang membantu kesejahteraan keluarga
- Disiplin dan rutin penggunaan gajet yang lebih sejahtera
Tempat adalah terhad!
Pertanyaan :
Latar Belakang Aiman Psikologi
Previous
Next
Previous
Next
Penampilan Media
Penganjur Webinar : Natural Learning Initiatives – NLI Education
- Merupakan sebuah syarikat yang berteraskan pendidikan dan kekeluargaan, mempunyai 15 rangkaian tadika, taska dan sekolah rendah. Selain memberi perkhidmatan pendidikan, NLI Education aktif mengendalikan seminar pendidikan keibubapaan.
- Membawakan Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI sejak 2014 sebanyak 30 siri dengan tajuk sekitar tema-tema Perkembangan dan Psikologi Kanak-kanak, Komunikasi Efektif Kanak-kanak, Memupuk Kreativiti secara Fitrah, Rumah Penjana Kecemerlangan Keluarga, Tingkahlaku Cemerlang Kanak-kanak.
- NLI dan NALURI mendapat perhatian media pendidikan dan kekeluargaan serta sering diberi ruang penulisan oleh Majalah Pa&Ma, Mingguan Wanita dan Majalah Keluarga, Harian Metro dan Kosmo, serta GPS Bestari.
Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI Edisi PKP
Sempena PKP, NLI melancarkan Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI Edisi PKP yang akan mengupas dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan keluarga-keluarga di Malaysia bagi mendepani cabaran keibubapaan musim PKP. Pihak penganjur akan membawakan tokoh-tokoh dan pakar-pakar yang berkaitan bagi mengupas tajuk-tajuk yang dipilih. Antara tema yang menjadi perhatian NLI adalah psikologi, perkembangan kanak-kanak, sokongan keluarga mendepani PKP dan komunikasi kanak-kanak cemerlang di musim PKP.
Maklumat penuh
Webinar
Peranan Ibu Bapa Menangani Kesan PKP Terhadap Kanak-kanak, oleh Aiman Psikologi
Tarikh & Masa
Sabtu, 29 Mei, 2021
10:00 Pagi– 12:00 Tengah Hari
Lokasi
YouTube NALURI Kreatif (unlisted), Online Streaming
*Link YouTube akan diemel kepada semua peserta yang mendaftar
Harga Tiket
Beli 1 Tiket dan HADIAHKAN 1 Tiket kepada Rakan Terbaik anda
RM 35
+ PERCUMA 1
Tiket!
SELEPAS 16 Mei 2021
Tunggu Dahulu!
Sekiranya anda inginkan yang lebih berbaloi, kami ada pakej SIRI WEBINAR PARENTING PKP PADA HARGA RM 97 sahaja dan dapat 1 TIKET PERCUMA