Pandemik dan PKP memberi kesan kepada seluruh ahli masyarakat. Semua keluarga turut merasai kesan pandemik dan akibat lockdown yang berpanjangan. Aktiviti asas kehidupan, sosial, ekonomi, pendidikan, kesihatan, malah aktiviti kekeluargaan dan kanak-kanak kesemuanya terjejas. Sebagai unit terkecil semua komuniti, keluarga merupakan benteng terakhir bagi memastikan masyarakat masih dapat melalui fasa pandemik ini dengan sokongan yang diperlukan.