Dalam membina sebuah ekosistem pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti semestinya memerlukan komitmen padu. Penyelesaian haruslah berpaksikan perkara teras semua dimensi secara menyeluruh, dan tidak melihat kepada ranting, serta harus memberi fokus kepada kanak-kanak serta masa hadapan kemenjadian dan pembelajaran mereka. Ia perlu dilihat bagi jangka masa sederhana dan panjang di semua peringkat, termasuklah organisasi, kurikulum, operasi, perguruan dan pembelajaran.
Membina sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berdaya saing serta memenuhi keperluan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak hari ini dan masa hadapan, merupakan idaman setiap organisasi pendidikan.
Dengan meletakkan objektif bahawa pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia haruslah mampu menterjemah pendidikan bermakna kepada semua kanak-kanak dan bergerak memenuhi keperluan masa hadapan mereka.
PSB – Siri ini membincangkan dunia dan industri pendidikan awal, bagaimana sifat dan minda pengusaha organisasi pendidikan awal. Kita akan melihat bagaimana kepentingan pemilihan konsep pendidikan dan pembelajaran serta kurikulum yang tepat amat penting dan mempengaruhi kelancaran operasi dan halatuju organisasi. Bagaimana menerjemah kurikulum dan operasi agar selari dan menghasilkan sistem pembelajaran dan pendidikan yang bermakna.
Pre School Business 101
30 Jun 2022
Bangi
9:30 pagi – 4:30 petang
Berapa Nilai Pelaburan Anda:
Pre School Business 101
30 Jun 2022
Bangi
9:30 pagi – 4:30 petang
PSL – Merupakan siri yang memberi fokus kepada aspek kelancaran operasi dengan memberi perhatian kepada aspek sumber manusia. Mencari, melatih dan mengurus bakat, potensi kakitangan, pengurusan dan komunikasi pasukan, kemahiran penugasan dan kerjasama, kesihatan mental dan budaya kerja, serta kepimpinan yang praktikal dalam industri.
Pre School Teachers Leadership 101
1 Julai 2022
Bangi
9:30 pagi – 4:30 petang
Berapa Nilai Pelaburan Anda:
Pre School Teachers Leadership 101
1 Julai 2022
Bangi
9:30 pagi – 4:30 petang
PST – Meletakkan asas paling utama buat semua pendidik pendidikan awal bagi memastikan proses pembelajaran mencapai objektif pembelajaran yang bermakna. Kandungan latihan meliputi asas pendidikan awal, psikologi dan perkembangan kanak-kanak, persiapan kendiri guru cemerlang, serta kemahiran-kemahiran praktikal bilik darjah. Aspek kreativiti, pembentukan cara fikir dan pembinaan sahsiah kanak-kanak juga di bincangkan.
Pre School Teaching 101
2 Julai 2022
Bangi
9:30 pagi – 4:30 petang
Berapa Nilai Pelaburan Anda:
2 Julai 2022
Bangi
9:30 pagi – 4:30 petang
Founder & Director NALURI Excellence Systems
Director