Dengarkan kisah persiapan raya dengan props comel seperti sampul duit raya besar & ketupat hiasan. Aktiviti ini membantu anak fokus & menambah kosa kata bertema hari raya.
Children Activity Day
Children Activity Day (Syawal Special)
Program ini direka khas untuk anak anda merasai keseronokan mencuba projek kraf hands-on serta terlibat dengan aktiviti sensorial yang menyeronokkan. Tidak ketinggalan juga peluang untuk komunikasi ibu ayah dengan anak yang lebih bermakna.
Program ini pasti membantu anak anda lebih menikmati proses pembelajaran lebih. Ia merupakan program hujung minggu selama 3 jam yang melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa dalam aktiviti bertema, berasaskan stesen, serta hands-on — sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 10 tahun.
Hari Raya Ibu Ayah & Anak Jadi Lebih Bermakna
Sambutan Aidilfitri lebih indah bila anak-anak seronok belajar sambil bermain. Children Activity Day Syawal Special kini hadir dengan aktiviti storytelling, baking, puzzle dan projek kreatif bertema Hari Raya, menjadikan hujung minggu anda penuh keceriaan, nilai murni dan kenangan manis bersama keluarga.
Seronoknya Hari Raya, Seronoknya Belajar!
Storytelling
Seronoknya Hari Raya
Baking
Cornflakes Cookies
Kanak-kanak gaul cornflakes dengan madu/mentega & hias dalam cawan kertas. Aktiviti ini melatih motor halus & memberi masa berkualiti untuk ibu bapa kenal pendekatan NALURI Kreatif.
Puzzle Hari Raya
Anak-anak seronok susun puzzle suasana raya ikut umur. Aktiviti ini mengasah kemahiran menyelesaikan masalah & koordinasi tangan-mata dengan cara menyeronokkan!
Create & Write My Own Recipe Book
Jom hasilkan buku resepi mini bertema hari raya dengan menulis bahan & langkah mudah. Ibu bapa boleh lihat kreativiti & keyakinan anak berkembang!