Menggalakkan Tingkahlaku Positif Anak
Ini adalah perkongsian dari perspektif anak, tentang bagaimana seorang ibu membantu menggalakkan sikap positif dalam diri mereka Pn Noor Hayati Abdul Hamid adalah Ibu kepada 7 orang anak, Principal Consultant Natural Learning Initiatives dan Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga.
Perkongsian ini akan menggunakan KAMI sebagai mewakili anak-anak Pn Noor Hayati Abdul Hamid. InsyaAllah anda akan mendapat email perkongsian santai ini secara bersiri, agar lebih mudah di cerna.
Aplikasi rutin yang praktikal & berkesan:
Jam 5 petang main padang
Setiap hari kami ternanti-nanti untuk bermain padang. Keseronokan bermain dengan adik beradik dan sahabat sangat mengujakan. Ada kawan dah tunggu depan pagar. Apatah lagi rumah kami depan padan permainan!Tapi kami jelas dengan peraturan ini. Semua homework dah siap sebelum waktu asar. Hinggakan kawan-kawan pun pinjam homework yg dah siap tu! Pernah juga waktu asar tu dah tunggu depan sejadah nak solat! Kadang-kadang rasa lambatnya masuk solat asar! Pernah tu anak-anak solat terawal sedikit dari azan 🙂 penangan nak main padang sangat hebat. Mama tak payah susah-susah nak ingatkan. Semua termotivasi nak bermain di padang.
Tepat jam 5 petang anak-anak dah siap dan menuju ke padang. Seronok bermain tapi anak-anak tak lupa, sebelum jam 7 malam semua perlu berada di rumah. Walaupun kawan-kawan belum balik, kami adik beradik akan panggil sesama kami untuk pulang ke rumah.
Automatik di rumah terus kami bersiap mandi dan pastikan bersedia utk Maghrib berjemaah dengan ayah dan mama. Ini semua kisah manis dalam pengalaman kami melalui RUTIN di rumah bersama mama.
Menguruskan Tingkahlaku Negatif Anak
Seperti kanak-kanak lain, kami juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan demi kesilapan demi kesilapan. Oleh kerana 7 orang adik beradik, rumah agak riuh dengan pelbagai peringkat umur. Tetapi Mama seorang yang tenang.
Mama bukan seorang yang suka memaksa, jauh sekali akan memarah dan menengking kami. Ada banyak pelajaran luar biasa yang kami pelajari apabila kami membuat kesilapan. Ia luar biasa kerana RESPON Mama terhadap kami.
Apabila kami buat silap, Mama tidak memberi RESPON NEGATIF. Sebaliknya Mama akan memberitahu/menunjukkan bahawa Mama faham perasaan atau situasi kami. Mama memberi laluan dahulu untuk kami bercerita dan meluahkan perasaan. Selepas itu, barulah Mama akan berbincang dengan untuk menyelesaikan atau memperbaiki kesilapan kami.
Keadaan ini berbeza dengan masyarakat, di mana, apabila anak membuat kesilapan, terus dimarah atau dipotong percakapan, tanpa memberi ruang kepada anak untuk membela diri atau menceritakan kenapa ia berlaku sedemikian rupa.
Sungguh, ia pelajaran yang mendidik hati kami. RESPON Mama memberi kesan mendalam masa itu dan jangkamasa panjang.
Ia bukan berlaku semasa kami remaja dan dewasa sahaja, tetapi berlaku sejak kecil.
Secara tidak langsung, Mama memenangi hati kami walaupun di saat kami melakukan kesilapan. Kami terasa di beri peluang. Secara tidak langsung menyebabkan rasa ingin memperbaiki diri dan senang hati mengikut nasihat Mama.
Kedua-dua perkongsian di atas adalah berlaku secara RUTIN. Ia adalah kebiasaan yang telah menyentuh hati kami sehingga kini.
Jangan main-main dengan kuasa RUTIN & respon positif kepada anak. Ia mempengaruhi anak hingga anak dewasa.
…………………………………………………………….
Daripada artikel ini perasan tak bahawa emosi anak ni sangat pentingkan untuk kita bangunkan dan betapa pendidikan ibubapa dalam pengetahuan tentang emosi anak ni jangan di buat main. Sebabnya emosi anak kita ni dibawa sehingga besar.
.
Bayangkan anak kita adalah bakal ibu dan bakal ayah kepada anak dan generasi seterusnya. Banyakkan saham kita kalau kita pandai membantu anak kita mengendalikan emosi.
.
Jom sertai kami bagi menjayakan seminar dan bengkel Let’s Talk Emotion dan kami amat menyarankan anda semua untuk menyertai seminar di bawah.
.
Jom Sertai
SEMINAR & BENGKEL “LET’S TALK EMOTION”
Seminar & Bengkel: Let’s Talk Emotion
——————————-
Pernah anda hadapi situasi ini?
✨Anak saya ni suka sangat main, susah nak fokus. Geram. Susah nak ajar dia.
✨Bila marah, saya rasa bersalah. Tapi saya tak tahu bagaimana nak hadapi kerenah anak.
✨Anak saya degil. Susah dengar kata. Stres saya
✨Anak saya suka sangat ganggu saya apabila saya ada tetamu.
✨Bila tak dapat gadget, dia mengamuk.
✍Ayuh, bergabung bersama kami, mencari solusi terbaik untuk membantu anak mengurus emosinya.
Ia bukan sekadar seminar, tetapi diskusi berbentuk bengkel untuk ibu bapa saling berkongsi idea masing masing.
——————————-
Tarikh : 28 May 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi
Speaker:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid ,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd
Prof Madya Dr.Che Noraini Hashim,
Kulliyyah Of Education
International Islamic University Malaysia
——————————-
Yuran :
RM 140 seorang
RM 270 Pakej suami isteri
Early Bird Promotion
–sehingga 20Mei 2016–
RM 130 seorang
RM 250 pakej suami isteri
# Seminar ini berbahasa Melayu
———————————-
Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45
——————————————-
Sila klik link ini untuk pendaftaran peserta di sini
http://goo.gl/forms/czzE1zHyYq
Pendaftaran anak di sini
http://goo.gl/forms/wfEk9xwilo
☎Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan
Cik Nadhrah : 0196916559