Kenali Anak Demi Kecemerlangan

 

Kenali anak demi kecemerlangan
.
Pernah ibubapa alami situasi mencabar seperti anak menangis tak mahu pergi sekolah walau sudah berbulan?
.
Atau anak sendiri yang bijak suarakan nak tukar sekolah. Jika ini terjadi apa boleh kita buat untuk mereka?
.
Jom kenalpasti!
.
Pertama, cuba tahu apa kecenderungan kecerdasan yang anak miliki, karekter dan minatnya. Jika sudah tahu…
.
Kedua, pilihlah sekolah yang kena dengan hati jiwa mereka berdasarkan tips di atas supaya anak meraih emosi yang stabil untuk jangka masa yang panjang.
.
Emosi yang stabil membawa maksud anak berasa “enjoy” dengan pengajaran pembelajaran dan “happy” datang ke sekolah tanpa rasa terpaksa.
.
Pentingnya ibubapa “care” anak pada usia 6 tahun ke bawah adalah kerana perkembangan otak manusia 80% terjadi pada usia ini.
.
Oleh itu, marilah rangsang otak anak supaya ia dapat berhubung semaksima yang boleh untuk dapatkan perkembangan diri yang optimum dalam semua aspek perkembangan.
.
Jika tidak, sel – sel ini akan mati. Ini amatlah merugikan kerana setelah umur itu, perkembangan otak anak berbaki hanyalah 20% hingga ke akhir hayat mereka.

Gambar aktiviti anak-anak NALURI di Tadika NALURI