Pembelajaran bertema dan project based learning adalah sinonim dengan NALURI Kreatif. Sejak Mac 2020, pembelajaran berpindah ke dunia digital akibat pandemik COVID-19. Mengekalkan prinsip konsep pembelajaran bertema dan project based learning, NALURI Kreatif memaksimakan kekuatan integrated curriculum bagi melaksanakan proses pembelajaran.
Dengan hampir 10,000 jam pengalaman, pasukan NALURI Online School dilaksanakan oleh 50 tenaga pengajar dari 13 cawangan, meliputi pelajar 2-6 tahun, selama 4 bulan, program ini melalui proses penambahbaikan sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali.
Contoh yang dikongsikan di sini adalah ketika tema Space berlangsung. Tema Space dikembangkan kepada pelbagai tajuk kecil seperti Matahari, Bulan, Bintang, Nama Planet dan Sifatnya, Bumi, Kitaran Bumi, Graviti Bumi, Panas dan Sejuk, Tahi Bintang melalui Surah Al-Hijr, bagaimana Gerhana Matahari terjadi, cita-cita menjadi astronaut, 12 bulan dalam setahun, kejadian siang dan malam, dan kupasan surah mengenai matahari, bulan dan bintang.
Tajuk ini kelihatan berat, tetapi dengan olahan yang kreatif, menyebabkan kandungan tajuk ini dapat difahami dalam konteks yang mudah oleh kanak-kanak.
Tajuk-tajuk ini dikupas dengan kaedah bercerita, lagu, kisah alien, kisah nabi membelah bulan, dough menyerupai muka bentuk bulan, model kejadian bumi dari kotak, fasa bulan biskut oreo, doodle planet, mencipta pakaian astronaut dari kotak terpakai, membuat sandwic alien, eksperimen, mencipta roda bulan dalam setahun, mengecat pemandangan langit yang dipenuhi bintang.
Haaa, menarik sangat. Tetapi, anak-anak boleh belajarkah melalui cara begini? Bagaimana dengan proses pembelajaran yang lebih serius?
Dalam setiap proses ini, pada setiap sesi, guru-guru NALURI Online School akan membuat kesimpulan melalui paper based learning dengan anak-anak. Selain kandungan dari tajuk-tajuk ini, fokus diberi kepada pembelajaran kosa kata, menulis dan membaca, serta kemahiran mengira dan matematik yang terkait dengan isi tadi.
Semua pelajaran boleh disimpulkan dari aktiviti-aktiviti tadi. Bahasa Melayu, Matematik, English, Sains dan Pendidikan Islam boleh diajar secara integrated curriculum. Uniknya ia berkait dengan pembelajaran tema sebentar tadi. Proses ini menyebabkan anak-anak gembira kerana mereka akan membaca, menulis dan belajar berkaitan aktiviti yang telah dilalui. Anak-anak dapat mencapai tahap pembelajaran yang baik pada peringkat mereka.
Melalui kaedah yang aktif dan kreatif ini, beserta tempoh masa yang ditetapkan iaitu satu jam, model NALURI Kreatif Online School di harap dapat mengekalkan hubungan dan motivasi belajar buat semua anak-anak.
Siri baharu NALURI Kreatif Online School (NOSH) akan dilancarkan pada Februari 2021.
Pastikan anak-anak di rumah pun boleh belajar dengan gembira di musim pandemik ini.