Beraktiviti bersama: Kaedah membentuk tingkah laku positif
Pada kali ini, kami akan menghalakan fokus bagaimana sebenarnya dengan melakukan aktiviti bersama anak dapat membantu dalam pembentukan tingkah laku yang positif.
Di sini kami ulang bahawa beraktiviti bersama anak mempunyai dua dimensi.Pertama, aktiviti rutin harian yang sengaja dilakukan bersama anak contohnya seperti membasuh pinggan, mengangkat kain, menyidai kain, memasak nasi dan sebagainya. Kedua ialah aktiviti yang dirangka khas bersama anak-anak dan biasanya mempunyai objektif tambahan seperti projek seni kreatif, eksperimen sains, berkebun, aktiviti memasak dan pelbagai lagi.
Kedua-dua jenis aktiviti ini mampu membantu para ibu bapa dan pendidik terutamanya di bidang pendidikan awal kanak-kanak membentuk tingkah laku positif anak. Dalam kategori aktiviti rutin harian sebenarnya merupakan kaedah yang paling berkesan apabila melibatkan anak-anak bersama.
Contohnya ketika sesi makan, rutinnya anak telah ditugaskan untuk mengira, mengambil, dan menyusun pinggan di atas meja. Aktiviti membasuh pinggan, harus bersihkan sisa kotoran, dan sabun depan dan belakang pinggan.
Ini semua mengajar anak untuk mengikut langkah-langkah yang tetap, tidak boleh melangkau mana-mana langkah. Ini mengajar anak untuk teratur, menyusun langkah, minda dan koordinasi mata tangan. Selain itu ia membangkitkan rasa puas yang tinggi kerana anak mampu melakukan tugas orang dewasa. Tambahan lagi mereka berlatih mengira, mengecam warna dan kepunyaan dan menjadi teratur.
Kaedah ini sangat perlu diaplikasikan di rumah dan di mana-mana pusat pendidikan awal kanak-kanak. Kita harus keluar dari pemikiran pendidikan yang hanya berlaku dalam bilik darjah. Apabila anak-anak hendak makan, mereka mencedok nasi dan menghidangkan kepada adik beradik dan rakan- ini membantu menyuburkan kasih sayang, self esteem, sifat kepimpinan dan kemesraan. Sebelum itu mereka membasuh tangan, berdoa dan menunggu semua orang bersedia dan makan bersama. Ini melatih anak-anak bahawa sebelum sesuatu, ada syarat ia boleh dilakukan.
Dalam kes anak-anak yang lebih mencabar contohnya; ibu bapa dan guru boleh menggunakan aktiviti sebagai cara untuk membentuk dan mendidiknya erti tertib dan disiplin dengan cara yang santai. Kebiasaannya apabila guru atau ibu telah kongsikan rancnagan projek yang akan dilakukan, anak-anak akan teruja dan tidak sabar untuk melakukannya.
Apabila semua peralatan telah dikeluarkan dan aktiviti hendak dimulakan, ibu atau guru meminta anak-anak bertenang dan berada di tempat masing-masing. Katalah projek membuat kek. Sekiranya ada anak yang tidak mendengar arahan, katakan siapa dah sedia, boleh tolong cikgu kacau bancuhan kek. Pasti semua anak mahu, tetapi bagi anak yang tidak mendengar kata, guru perlu gunakan peluang ini untuk menunjukkan kesan tindakan mereka dengan tidak memberikan peluang mencuba aktiviti itu kepada anak yang tidak mendengar arahan tersebut.
Tidak perlu mengugut dan menjerit-jerit memarahi anak tersebut, memadai dengan membiarkan ia merasa kesan akibat perbuatannya. Sebut siapa kemas mainan dan beratur akan dapat tolong cikgu kacau bancuhan kek. Anak tersebut akan membuak rasa hatinya mahu mengacau bancuhan kek tadi seperti rakannya yang lain dan akan dengan terpaksa mengikut arahan guru tadi. Sekiranya ia diulang-ulang, anak ini akan belajar tentang disiplin, peraturan dan semua perkara ada tempatnya.
Begitu juga halnya sekiranya anak-anak dapat mengikut peraturan dan berjaya mencuba semua aktiviti, gunakan ia untuk merangsang lagi emosi positif dengan memuji kejayaannya, keberaniannya, percubaannya.
Dua perkara yang turut penting untuk diketengahkan di sini ialah kepentingan untuk merancang aktiviti dengan baik dan gaya komunikasi dengan anak-anak. Sekiranya kita tidak merancang, banyak kelebihan beraktiviti tidak dapat digarap dan hanya tinggal aktiviti sahaja. Rancanglah untuk beraktiviti sekiranya ia memerlukan persediaan rapi. Oleh sebab itu rutin harian amat mudah digunapakai, hanya perlu melibatkan anak-anak sahaja dan tiada persiapan besar perlu dilakukan.
Komunikasi pula, pastikan ibu bapa dan guru bersedia untuk melibatkan anak-anak dalam aktiviti. Mereka akan ada karenah masing-masing. Teknik menangani tingkah laku kanak-kanak termasuklah komunikasi yang baik. Komunikasi yang salah dan membunuh hanya akan menghasilkan lelah selepas beraktiviti dan meninggalkan kesan emosi yang buruk terhadap anak-anak.
Alhamdulillah, selesai perkongsian. Kami berhenti di sini dahulu ya.
………………………………………………………………………..
Daripada artikel ini perasan tak bahawa emosi anak ni sangat pentingkan untuk kita bangunkan dan betapa pendidikan ibubapa dalam pengetahuan tentang emosi anak ni jangan di buat main. Sebabnya emosi anak kita ni dibawa sehingga besar.
.
Bayangkan anak kita adalah bakal ibu dan bakal ayah kepada anak dan generasi seterusnya. Banyakkan saham kita kalau kita pandai membantu anak kita mengendalikan emosi.
.
Jom sertai kami bagi menjayakan seminar dan bengkel Let’s Talk Emotion dan kami amat menyarankan anda semua untuk menyertai seminar di bawah.
.
Untuk pengetahuan anda Kisah Mama ini adalah kisah benar. Merujuk kepada Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid , Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd. Beliau juga merupakan speaker utama dalam Seminar & Bengkel Let’s Talk Emotion
Jom Sertai Seminar & Bengkel
Let’s Talk Emotion
Seminar & Bengkel: Let’s Talk Emotion
——————————-Pernah anda hadapi situasi ini?
✨Anak saya ni suka sangat main, susah nak fokus. Geram. Susah nak ajar dia.✨Bila marah, saya rasa bersalah. Tapi saya tak tahu bagaimana nak hadapi kerenah anak.
✨Anak saya degil. Susah dengar kata. Stres saya
✨Anak saya suka sangat ganggu saya apabila saya ada tetamu.
✨Bila tak dapat gadget, dia mengamuk.
✍Ayuh, bergabung bersama kami, mencari solusi terbaik untuk membantu anak mengurus emosinya.
Ia bukan sekadar seminar, tetapi diskusi berbentuk bengkel untuk ibu bapa saling berkongsi idea masing masing.
——————————-
Tarikh : 28 May 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi
Speaker:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid ,
Principal Consultant NLI Education Sdn BhdProf Madya Dr.Che Noraini Hashim,
Kulliyyah Of Education
International Islamic University Malaysia
——————————-
Yuran :RM 140 seorang
RM 270 Pakej suami isteri
Early Bird Promotion–sehingga 13 Mei 2016–
RM 130 seorang
RM 250 pakej suami isteri# Seminar ini berbahasa Melayu
———————————-
Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45——————————————-
Sila klik link ini untuk pendaftaran peserta di sinihttp://goo.gl/forms/czzE1zHyYq
Pendaftaran anak di sini
http://goo.gl/forms/wfEk9xwilo
☎ Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan
Cik Nadhrah : 0196916559