Tips beraktiviti matematik bersama anak? Macam mana tu? Haa kalau nak tahu lebih anda kena teruskan membaca 10 tips dibawah ini. Namun sebelum itu, adakah anda dalam kalangan ibu bapa yang sering buntu untuk mencari idea menarik mengajar subjek matematik untuk anak anda di rumah?
Biasalah, kadang-kadang anak tidak mahu memberi kerjasama dalam proses pembelajaran. Ataupun anak kurang faham dengan konsep yang disampaikan. Justeru, menggunakan kepelbagaian pendekatan yang melibatkan banyak pancaindera boleh membawa kepada keseronokan. Dibawah adalah tips yang boleh ibu bapa gunakan untuk beraktiviti matematik bersama anak.
1. Jadikan Nombor Sebahagian Daripada Perbualan Harian
Libatkan nombor dalam setiap aktiviti harian anda bersama anak seperti memasak, mengemas, sidai baju, berkebun dan lain-lain. Sebagai contoh, mengira bawang ketika memasak, menimbang berat bahan membuat kek, mengira mainan ketika mengemas dan mengukur baju.
2. Fokus Kepada Satu Objektif Dalam Satu Masa
Tidak dinafikan banyak perkara dan aktiviti yang ada untuk kita membantu anak. Namun yang penting adalah kita perlu fokus pada satu perkara sahaja dalam satu masa agar anak tidak pening kepala memikirkan hal-hal yang tidak perlu.
3. Gunakan Seni Dan Kraf Sebagai Pancingan
Kanak-kanak sangat suka pada seni dan kraf. Melibatkan seni dan kraf membuatkan anak melihat aktiviti nombor ini adalah sesuatu yang istimewa dan menyeronokkan. Dengan menggabungkan aktiviti kraf dan matematik menimbulkan bermacam-macam idea dan pastinya melibatkan projek kecil seperti melukis, mewarna, mengira dan menghias. Seni menjadikan nombor hidup!
4. Libatkan Dengan Mainan
Anak-anak secara lumrahnya memang sukakan bermain mainan terutamanya pretend play seperti bermain lego dan aktiviti โmasak-masakโ. Mengambil contoh permainan lego, sambil bermain boleh kira bersama berapa banyak ketul lego diperlukan untuk membina sesuatu. Jika main masak-masak pula, boleh cuba main order-order dan kira jumlah โbayaranโ bersama anak.
5. Mengira Ikut Rentak Irama Muzik
Kanak-kanak paling mudah belajar apabila mendengar irama muzik. Tidak salah untuk anda menyanyi sambil mengira bersama anak. Ini akan menimbulkan suasana ceria dan riang. Sambil menyanyi, selitkan juga โpersembahanโ seperti membuat aksi dan tarian. Malah anda boleh cipta lagu bertemakan nombor dengan anak-anak.
6. Lembaran Kerja
Gunakan lembaran kerja (worksheet) sebagai pengukuhan. Aktiviti pengukuhan perlu dibuat selepas anak memahami konsep asas. Latihan dalam lembaran kerja perlu dikaitkan dengan aplikasi persekitaran. Ini akan mengukuhkan lagi pemahaman serta menambahbaik fokus anak kepada penguasaan konsep. Lakukan secara bertahap dan lihat hasilnya.
7. Beri Tugasan Kepada Anak
Memberi tugasan dan arahan berkaitan dengan nombor dan bilangan. Sebagai contoh, anda boleh meminta anak mengambilkan sudu dan memberitahu berapa batang sudu yang perlu diambil. Selain itu, salah satu tugasan yang lain adalah menabung kerana anak dapat mengetahui nilai wang, mengenal warna dan mengenal amaun duit yang menjurus kepada nombor dan pengiraan.
8. Melakukan Aktiviti DIY Matematik
Dengan menggunakan peralatan di sekitar rumah dan alat kraf mudah untuk menjadi alat aktiviti matematik, sama ada diubah fungsi sedia ada atau di ubahsuai menjadi alat pengajaran. Contohnya menggunakan bekas ais untuk digunakan sebagai bekas mengira guli, atau cawan kertas diletakkan nombor dan meminta anak memasukkan guli yang sama bilangan dengan nombor.
9. Adaptasi Matematik Dalam Buku Cerita
Dalam sesi membaca buku cerita bersama anak, lihat kepada peluang untuk memperkenalkan konsep matematik seperti saiz, warna, kedudukan dan bilangan, serta konsep pengiraan. Masukkan bahagian ini sebagai selingan ketika bercerita. Di luar sesi storytelling ini boleh dikukuhkan lagi dalam bentuk lembaran kerja atau perbincangan.
10. Ajar Tanpa Paksaan Dan Berhenti Sebelum Bosan
Hal yang paling penting ketika mengajar adalah untuk tidak memaksa mereka belajar dan berhenti sebelum mereka bosan. Hal ini agar mereka tidak hilang minat untuk belajar dan beraktiviti bersama di lain waktu. Tahap fokus dan minat anak pada satu perkara adalah pendek. Jadi pastikan sesi pembelajaran itu sesuatu yang pendek dan kompak namun mempunyai kualiti yang berpanjangan.
BACA: 7 Idea Jadikan Aktiviti Di Dapur Bersama Anak Menarik
ย
Demikianlah sedikit sebanyak tips dan cara yang boleh anda praktikkan dalam pembelajaran anak di rumah, tidak kiralah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semua aktiviti di atas boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam kehidupan seharian. Anda boleh mengolah dan mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti ini mengikut kreativiti tersendiri.
P/S: Ikuti juga media sosial kami di Facebook dan Instagram sekarang! ๐