Tentang Program Zakat MAIPs

Program Zakat MAIPs @ NALURI merupakan satu peluang pembayaran zakat secara terus ke Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dengan menggunakan kod 00389, dan menawarkan kepada ibu bapa Potongan Yuran NALURI Kreatif sebanyak 5% dari Bayaran Zakat kepada MAIPs tersebut.

Ciri-Ciri Menarik Program Zakat MAIPs

Ibu bapa akan memperoleh resit rasmi zakat dari MAIPs dan layak mendapat potongan cukai pendapatan.

Bayaran dibuat terus ke portal rasmi Majlis Agama Islam Perlis, tanpa pihak pertengahan.

Pengurangan Yuran Bulanan NALURI Kreatif adalah 5% dari jumlah bayaran zakat MAIPS apabila menggunakan kod 00389.

Pengurangan di pro-ratakan kepada 6 bulan selepas pembayaran zakat dibuat dan dihadkan pada maksima RM 100.

Kelebihan buat ibu bapa NALURI Kreatif

Dapat menunaikan tanggungjawab membayar zakat melalui pusat pendidikan anak anda.

Menunaikan tanggungjawab dalam Rukun Islam Ketiga dengan membuat bayaran zakat.

Membuat bayaran zakat dengan kaedah yang ringkas dan sistematik.

Bayaran zakat adalah kepada pihak berwajib yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab.

Memperoleh penjimatan dalam kos pendidikan anak di NALURI Kreatif.

Dapat menyokong pihak NALURI Kreatif dalam membangunkan kualiti pendidikan.

Langkah Pembayaran Zakat

1

Layari laman portal Zakat Majlis Agama Islam Perlis

2

Masukkan kod 00389

3

Buat bayaran dan simpan resit MAIPs

4

Isi Google Form Zakat MAIPs dan masukkan kod 00389 NALURI

5

Sertakan resit bayaran zakat kepada MAIPs di dalam Google Form

6

Tebus Rebat Yuran Bulanan

Terma & Syarat Program ZAKAT MAIPs

  • Ibu bapa perlu menggunakan kod 00389 apabila membuat pembayaran zakat kepada MAIPs untuk menuntut Rebat Yuran Bulanan NALURI Kreatif
  • Untuk layak, ibu bapa mesti mengisi Google Form Zakat MAIPs dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran zakat kepada MAIPs dan melampirkan resit pembayaran tersebut
  • Rebat dikira pada 5% daripada jumlah bayaran zakat kepada MAIPs
  • Potongan rebat akan diagihkan secara pro-rata kepada 6 bulan berikutnya secara berturut-turut, dengan had maksima RM 100 setiap bulan
  • Tuntutan rebat hanya dibenarkan untuk kadar pro rata, bukan tuntutan sekaligus
  • Potongan akan dibuat ke atas jumlah invois bersih bulanan.
  • Potongan rebat akan bermula selewat-lewatnya 2 bulan selepas pembayaran zakat kepada MAIPs dilakukan
  • Sebarang jumlah yang tidak dituntut dibenarkan untuk dibawa ke hadapan ke sesi/tahun berikutnya.

Tunaikan bayaran Zakat anda kepada MAIPs hari ini!

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Program Zakat MAIPs