As the saying goes…
children is never too young to understand LOVE….
and unfortunately REJECTION too..
Bahasa paling awal anak belajar adalah bahasa perasaan, komunikasi perasaan, bicara perasaan dan hati.
Sejak janin lagi anak ini sudah dapat merasai getaran tenaga perasaan dan jiwa ibu mereka dan mula mengenal suara ibu.
Setelah lahir anak akan rasa tenteram apabila mendengar suara dan dapat merasai getaran yang sama apabila dapat menyusu buat pertama kali susu ibunya.
- Bercakap dengan Bahasa Kasih Sayang dan Harapan.
ibu bapa hendaklah memperkasa diri dengan kata-kata dan tingkahlaku yang menyampaikan mesej Mama n Abah. Sayang Abang, percaya abang boleh buat. Abah dan Mama boleh dipercayai, mama dan ayah sentiasa ada bersama untuk membantu.
. - Elakkan dari bergaduh suami isteri depan anak.
Anak akan rasa cemas dan takut. Apabila anak rasa cemas, mereka akan bertindak cemas, perasaan mereka tertekan, rasa bingung dan ini adalah satu situasi yang sukar untuk anak hadapi dan fahami. Fikiran anak terganggu, orang dewasa lebih mampu kawal keadaan berbanding dengan anak-anak. Selesaikan perselisihan secara professional.
. - Anak-anak setiap masa belajar, bukan disekolah sahaja.
Fitrah mereka sentiasa ingin tahu dan memahami apa berlaku di sekeliling mereka. Lagi banyak anak-anak ini didedahkan, dilibatkan sambil diberi penerangan ‘how things work’ dan kenapa kita buat sesuatu, insyaallah kefahaman anak-anak tentang kehidupan akan meningkat.
.
Anak: Mama nak mangga, sambil pegang mangga yang putik ,sambil senyum
Mak: Ohh… mangga tu belum masak sayang….
Ank: masakkanla mama
Mama: (kehairanan tak faham maksud anak….kemudiaan ibu dapat ide). Mangga ni kita kena tunggu dia masak, dia masak dalam kertas, bukan macam nasi….
Anak: haah….. nape?…
. - Kita seorang yang kotakan apa yang kita katakan.
Ada peraturan hidup yang sama-sama diikuti dan amalkan. Anak-anak senang hidup dan tenang apabila apa yang dilihat dan apa yang dikatakan adalah selari. Hidup dalam rutin dan penerimaan keistimewaan masing-masing dan saling membantu dan memahami. Tegas dan Lembut selari.
. - Hormati anak kita untuk mereka buat pilihan yang mereka suka.
Mereka belajar buat pilihan dalam hidup masa kecil lagi akan membantu membina kemahiran membuat pilihan yang betul bila dewasa kelak. Anak boleh pilih makanan apa dia nak order di restoran dan contoh juga anak pilih untuk tidak buat homework, anak kena marah dengan cikgu adalah satu contoh pilihan dan akibat yang anak-anak akan belajar bertanggungjawab tanpa perlu kepaa leteran yg tdak membina.
. - Sediakan suasana yang meransangkan kesejahteraan fikiran dan perasaan anak.
Anak bangun pagi sudah teransang dengan bau sedap didapur, Anak rasa tenang dengar suara ibu ayahnya sedang baca quran, anak boleh turun sendiri dan cari ibunya didapur/ruang tamu. Anak ceria, ternampak pula buku kegemarannya disisi ibu/ayah baru beli buku tajuk kegemaran anak, dinosaur.
. - Belum sempat anak minta, ayah/ibu sudah sediakan kegemaran mereka.
Kalau demam, ibu dah awal2 masakkan bubur nasi kegemaran, sediakan minuman kegemaran. Langkah Worldclass care dan prihatin ini akan membuat anak rasa dihargai dan rapat degan ibu bapa.
Seringkali berlaku perhatian kita tertumpu bila anak buat hal, masa anak baik, kita abaikan, masa anak meragam kita beri perhatian segera.
Jadi perhatikanlah kata-kata tersirat kita kepada anak-anak agar mereka tidak tekeliru dengan bahasa badan kita yang banyak tersasar.
Cabaran kita sebagai ibu bapa ialah apabila menghadapi situasi yang cemas…
To keep COOL when its HOT.
The Strength of a Chain is at its Weakest Point.
Hentikan kitaran:
Perasaan Keliru, Fikiran Celaru, Tingkahlaku Haru Biru.