Aktifkan Aktiviti Berbual Bersama Bayi Dan Kanak-Kanak

Berbual-Bual Dengan Bayi Dan Kanak-Kanak

Bermain merupakan salah satu cara utama bayi berkembang, belajar dan meneroka dunia. Bermain dengan bayi memberikan anda banyak peluang untuk bercakap.

Lebih banyak anda bermain dan berkomunikasi, lebih banyak perkataan yang anak anda dengar. Secara tidak langsung meningkatkan kemahiran bercakap dan juga membantu perkembangan otak mereka.

Apabila ibu bapa meluangkan masa berbual dan bermain bersama, ia mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak.

Berbual-Bual Dengan Bayi Dan Kanak-Kanak
Sumber: Pexels.com

Dan tanpa kita sedar perkembangan mereka bercambah disebabkan bimbingan dan dorongan ibu bapa memberi keyakinan kepada anak untuk terus meneroka dan belajar.

Untuk tahun pertama anak anda, mungkin ibu bapa sudah mendengar beberapa perkataan dan gaya percakapan seperti:

  • babbling
  • mengikut mimik suara
  • menyusun bunyi mudah – contohnya, “ma-ma”
  • bercakap “taknak” dengan menggelengkan kepala

 

Pada sekitar 12 bulan, anak anda mungkin sudah tahu menyebut beberapa perkataan dan juga sudah memahami apa maksudnya.

Berbual-Bual Dengan Bayi Dan Kanak-Kanak
Sumber: Pexels.com

Contohnya, mereka mungkin menyebut ‘mama’ atau ‘baba’ untuk merujuk kepada ibu atau ayah. Comel bukan?

Amalan atau “habit” bercakap tentang perkara yang sedang kita lakukan dapat merangsang minda anak-anak. Contoh perbualan seperti:

“Kita siram pokok sebab pokok nak minum air juga. Kalau tak minum nanti pokok mati”

“Sebagai seorang Muslim, kita wajib solat 5 waktu. Tapi sebelum solat kita kena ambil wudhu dulu”

“Malam ni kena tidur awal tau. Esok pagi kita nak balik kampung jumpa atuk dan nenek”

Berbual-Bual Dengan Bayi Dan Kanak-Kanak
Sumber: Pexels.com

Sejak mereka lahir lagi, aktiviti berbual-bual semasa melakukan sesuatu perkara ketika ditemani oleh anak-anak adalah amat penting.

Walaupun anak memberi tindak balas yang mungkin kita tidak fahami, namun ianya tetap respon yang positif.

Mungkin mereka memberi tindak balas melalui pergerakan badan, seperti pandangan mata yang tepat, anggukan, pergerakan badan atau mengeluarkan bunyi.

Semuanya merupakan bentuk tindak balas yang perlu diberi perhatian.

 

Mainkan Idea Untuk Galakkan Anak Bercakap

Berbual-Bual Dengan Bayi Dan Kanak-Kanak
Sumber: Pexels.com

Lebih banyak perkataan yang didengari oleh kanak-kanak, lebih banyak perkataan yang boleh mereka pelajari.

Berikut ialah beberapa perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama-sama untuk menggalakkan anak bercakap:

  • Berbual dengan anak anda tentang perkara yang anda lakukan di sekitar rumah, walaupun anda rasa ia membosankan. Contohnya seperti “Ayah nak pergi kerja tau”

  • Ulangi percubaan perkataan anak anda untuk menggalakkan perbualan dua hala. Contoh, jika anak anda menyebut “mama” anda boleh menyebut “mama” kembali.

  • Anda juga boleh mengulang dan membina kata-kata anak anda. Sebagai contoh, apabila mereka berkata, ‘kapal terbang’, anda berkata, “Ya, besarkan kapal terbang tu’.

  • Tunjukkan minat dengan rasa seronok ketika bercakap sambil membuat hubungan mata dan memperbanyakkan senyuman.

  • Membuat gerak geri atau bahasa binatang dan lakonkan semula. Contoh, jika anak anda terlihat burung, cuba membuat bunyi burung sambil membuat aksi mengepak sayap.

 

Menggalakkan kemahiran bercakap adalah semudah mendengar dan memberi respons kepada anak anda.

Berbual-Bual Dengan Bayi Dan Kanak-Kanak
Sumber: Pexels.com

Berkongsi cerita, berkongsi lagu kegemaran, malah bercakap tentang hari anda – semuanya akan membantu anak anda belajar dan berlatih secara semula jadi.

Berkongsi pengalaman ini juga bagus untuk mengeratkan hubungan dengan bayi anda. Hal ini kerana apabila anak terbiasa dengan perbualan bersama ibu bapa, sebenarnya mereka mempelajari cara kita berfikir dan mengaplikasikan dalam penggunaannya.

Begitu juga apabila mereka mempelajari cara menggunakan ayat dalam konteks yang tepat agar tidak tersasar.

Justeru, untuk menghubungkan dunia kita dan mereka, marilah kita mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan perbualan bersama anak dalam membuat apa jua aktiviti di rumah mahupun di luar rumah. Peratusan speech delay yang semakin meningkat boleh dibantu dengan perbualan insentif sebegini dari awal.